CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Jadi Kuning Kerana Ketagih Rokok, Arak

3-2-2021 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2679| Komen: 3

Gara-gara mengamalkan tabiat merokok dan minum minuman beralkohol sejak lebih sedekad lalu, seorang lelaki mengalami ketumbuhan yang kemudian menyebabkan warna kulitnya bertukar menjadi kuning.

Susulan itu, lelaki berusia 60 tahun dikenali Du dikejarkan ke hospital yang terletak di bandar Huai'an bagi mendapatkan rawatan.



Daily Star melaporkan, doktor menemui dua ketumbuhan dengan salah satunya pada bahagian pankreas dan menyekat saluran hempedu lelaki itu.

Salah satu gambar menunjukkan leher dan perutnya bertukar warna menjadi kuning pekat.

Menurut doktor, ia berlaku kerana Du turut menghidap jaundis. Keadaan itu berpunca daripada gaya hidup Du sebagai seorang perokok tegar dan mengambil minuman beralkohol sejak lebih 30 tahun lalu.


Kredit foto: Daily Star/AsiaWire


Ketumbuhan yang menyekat saluran hempedu Du disahkan serius dan doktor meminta dia untuk berhenti mengambil minuman alkohol.

Sejak pembedahan membuang ketumbuhan, kulitnya kembali normal.

Pakar perubatan memaklumkan saluran hempedu yang tersumbat adalah salah satu penyebab utama kepada jaundis, yang mengakibatkan pigmentasi kekuningan atau kehijauan pada kulit dan juga pada putih mata.

Difahamkan, Du sudah dibenarkan keluar daripada wad dan berazam untuk mengubah gaya hidupnya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 3-2-2021 02:44 PM
Ini sudah tahap kritikal
Quote Ain_h 3-2-2021 07:28 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:01 PM
Oh jaundice..hrp pjg umur dan kembali sihat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051531 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top