CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Yang Asyik Ungkit Kisah Silam, Zynakal Terpaksa Ambil Ubat Penstabil Emosi

3-2-2021 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2948| Komen: 4

Penyanyi Zynakal mengakui terasa hati dengan satu komen yang menyentuh masalah kesihatan mental yang dilaluinya sebelum ini.

Cerita Zyn, situasi itu timbul apabila seorang pengikut Instagram ‘menyerangnya’ dengan kata-kata tidak sepatutnya selepas dia menulis komen berbentuk gurauan di posting penyanyi Andi Bernadee.




“Saya pun manusia biasa ada hati dan perasaan mungkin terasa sedikit dengan kata-kata itu, komen macam tu rasa tak best sikit lah.

“Dia komen benda yang dah lepas, kita nak lihat ke hadapan dan kadang-kadang ada orang yang membangkitkan isu yang dah lepas... jadi kita tak ada peluang untuk bergerak ke hadapan, ” katanya.

Pada Isnin, Zyn memuat naik satu paparan skrin di Instagram miliknya berkenaan komen netizen yang menyindir tentang kesihatannya.

“Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa. Terima kasih untuk kata-kata, hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada, ” tulisnya.


Foto: IG

Bercakap tentang status kesihatan terkini, dia masih berehat dan memerlukan pengambilan ubat bagi mengurangkan masalah kesihatannya.

Sekitar September 2019, Zyn disahkan menghidap bipolar mania dan menerima dirawat di HKL selepas menyerang seorang pekerja stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-2-2021 02:20 PM
Takde nama lain yg lagi comersial ke...
Quote manehnya 3-2-2021 03:43 PM
apa masalah budak ni...  klu dgn yoniboi menyanyi sedap sgt
Quote LadyCarefree 3-2-2021 04:34 PM
Kalau ada bipolar atau depresi ke haper jangan jadi retis/publik figa. Kalau nk juga, jauhi dari medsos. Kalau nk juga jgn merayap dn mencabup kt medsos orang. Off komen dan duduk kt medsos sendiri.
Quote Ain_h 5-2-2021 01:37 AM
Zyn, xyah baca komen demi  kebaikan ko

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030291 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top