CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Google Maps Bawa Kereta 'Terjun' Sungai

3-2-2021 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2382| Komen: 12

Description: Malang nasib seorang lelaki apabila kereta dinaikinya hilang arah hingga termasuk ke dalam sungai di Andra Pradesh, India.
Malang nasib seorang lelaki apabila kereta dinaikinya hilang arah hingga termasuk ke dalam sungai di Andra Pradesh, India.

Insiden itu berlaku selepas mangsa, Shivaram Balajepalli memandu Honda Amaze miliknya dengan berpandukan aplikasi navigasi Google Maps.


Portal Gaadiwadi melaporkan, mangsa, Shivaram menggunakan aplikasi itu kerana mahu mengikut laluan pintas untuk tiba ke destinasi yang dituju.

Malah, dia berpandukan kepada aplikasi itu tanpa ragu-ragu kerana yakin ia akan membantu membawanya ke lokasi tepat.



Sangkaan Shivaram meleset apabila dia tersesat hingga keretanya termasuk ke dalam sungai. Namun, Shivaram dapat menyelamatkan dirinya, manakala keretanya itu kemudian ditarik keluar dari sungai dengan menggunakan trak.

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas tular gambar dimuat naik di Facebook. Gambar yang tular itu menunjukkan sebuah kereta berwarna putih berada di dalam sungai dengan beberapa individu di lokasi kejadian.


Difahamkan, kereta itu tidak mengalami kerosakan dan dapat dihidupkan semula kerana segera dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-2-2021 12:18 PM
Jalan dekat india tu berselirat....
Quote tagas 3-2-2021 12:34 PM
City baru tu
Quote Punat_button 3-2-2021 12:35 PM
cerita biasa.

bodoh tak boleh bincang

Quote nanies 3-2-2021 01:11 PM
mmg masa kat depan sungai tu, ko tak benti? ko terus jugek?
Quote Artemesiaa 3-2-2021 01:14 PM
Janganlah pembaris sangat dah sampai situ dah tahu ada sungai yang ikutkan juga dah kenapa kan sendiri jugak yang susah
Quote Manjahati 3-2-2021 01:14 PM
Klu dh nmpk sungai depan mata napa terejal nk lalu gak
Quote Boomibulat 3-2-2021 01:17 PM
Sibuk main hp lah tu..pastu salahkan google maps..
Quote Nnasda53 3-2-2021 01:36 PM
Nasib baiklah sungai kalau gaung pakat tak jumpa dah la.
Quote anakmak 3-2-2021 05:12 PM
Oh my
Pernah I ikut waze nak pi UPN rasanya
Dia hantar kitaorg lalu Taman teman org beriadah dan I ikut
Uishhhhh malu betul la
Quote 234126 3-2-2021 11:39 PM
Kalau gaung dia menonong jugek tekan je minyak sebab pikir map tu nak bagi jalan shortcut.

Shortcut ke kubur.
Quote green~tea 4-2-2021 12:59 AM
Kot ye google map.. takkan x tengok jalan
Quote Ain_h 4-2-2021 01:45 AM
Hhhmmn menarik

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060559 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top