Sejak ada kemudahan platform beli-belah dalam talian terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, makin rancak rakyat membuat pembelian. Bukan saja platform beli-belah, malah sudah ramai mula berjinak dengan dunia perniagaan dalam talian. Cari sahaja di Facebook, Twitter dan Instagram ada saja dijualnya terutama makanan. Namun, sehubungan itu cerita penipuan ketika membuat pembelian online juga semakin kerap berlaku. Ada yang kehilangan wang selepas terjerat dengan penipuan scammer dan selalunya ia hanya disedari selepas selesai membuat transaksi pembayaran.
Jangan risau, ada caranya untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa scammer di Shopee. Seperti video dikongsi Megat Mohd Yaacob, anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menerangkan kaedah membuat semakan maklumat penjual di laman Semak Mule PDRM. Loading FB Post... Selepas mengisi semua butiran untuk menyemak maklumat penjual, sekiranya hasil keputusan menunjukkan kotak amaran berwarna merah, anda dinasihatkan supaya tidak meneruskan urusan jual beli dengannya. Terima kasih abang polis! - CARI
|
ADVERTISEMENT