CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netflix Malaysia Memang Untuk Orang Tak Reti Bahasa Melayu Ke?

1-2-2021 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13362| Komen: 122|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Best sangat kena jajah sampai Netflix Malaysia pun maleh nak guna Bahasa Melayu."


Penyedia perkhidmatan dalam talian, Netflix semakin banyak dilanggan golongan yang mahukan hiburan berbeza daripada program televisyen. Tidak hairanlah ianya menakluk dunia di alam maya dengan siaran yang menarik dan boleh ditonton bila-bila masa.

Bermula di Amerika Syarikat hinggalah pelbagai negara (kecuali China kerana disekat) platform ini diterima baik oleh mereka yang berkemampuan.

Bagaimanapun, kini trending mengenai akaun Twitter Netflix Malaysia yang kekal berbahasa Inggeris, sedangkan negara lain menggunakan ciapan bahasa ibunda mereka sendiri.

Sudahlah sebelum ini, sari kata semuanya di dalam Bahasa Inggeris, ciapan pun serupa juga? Mengapa begitu?


Foto : twitter

Bagi mereka yang menyatakan platform ini kekal berbahasa Inggeris kerana sasarannya adalah mereka yang berada di bandar serta menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka. Dengan itu, tiada masalah jika akaun media sosial mereka menggunakan ciapan berbahasa Inggeris. Lagi pula kos penterjermah mahal, betul ke?




Foto : Twitter

Timbul pula persoalan, mengapa syarikat ini perlu mengikut telunjuk minoriti dengan berbahasa Inggeris, sedangkan majoriti rakyat Malaysia sendiri berbahasa Melayu. Malu ke menciap dalam bahasa ibunda?


Foto : Twitter

Adalah menyedihkan apabila bahasa kebangsaan direndahkan oleh syarikat terbabit serta segelintir rakyat Malaysia yang mempertahankan tindakan tersebut.

Mengapa jati diri mereka begitu rendah dan tidak percaya kepada Bahasa Melayu atau orang kita sendiri yang paranoid?


Foto : Twitter

Bagaimanapun, masih ada harapan apabila seorang penterjemah sarikata di rancangan tersebut memberikan panduan supaya menonton filem atau drama dalam sari kata Bahasa Melayu, jadi ia akan menaikkan 'algorithm' menandakan ianya diperlukan di Malaysia.


Foto : Twitter

Bagi syarikat tersebut, mereka masih menggunakan Bahasa Inggeris walaupun mendapat kecaman bertalu-talu, jadi, anda rasa bagaimana? - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-2-2021 12:26 PM
ada kemudahan ni ke?

Bagaimanapun, masih ada harapan apabila seorang penterjemah sarikata di rancangan tersebut memberikan panduan supaya menonton filem atau drama dalam sari kata Bahasa Melayu, jadi ia akan menaikkan 'algorithm' menandakan ianya diperlukan di Malaysia.
Quote notM 1-2-2021 12:32 PM
Aku tengok Netflix sebab nak improve BI dan belajar slang USA.

Kalau tengok cerita dari Latin America lagi best...diorg guna British English tapi subtitle terjemah ke American English.
Quote kakikuDibibirmu 1-2-2021 12:35 PM
That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.


Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Quote Nenasketum 1-2-2021 12:38 PM
Ya awloh, bangsa Cina golongan muda ni kuat sentap. Sentap manjang.
Aku gi Aeon Kramat smalam. Rack yang sports ada bola aku nak beli, depa sita, bukan essential. Padahal anak aku dok subject PE kat rumah nak guna bola.
Tapi tempat alcohol bukak seolah benda tu essential. Cina mabuk langgar Melayu mati pun kita diam jugak.
It is high time Cina belajar baca bahasa Melayu. Bukan karangan Sastera, Netflix tanya nama ko ngan address ko je la bingai.
Quote umbut 1-2-2021 12:53 PM
Aku prefer sub in english dari bm.. english senang faham dari bm
Quote chandrahusin 1-2-2021 01:01 PM
Kalau nak terjemah ke Bahasa Melayu
Cari lah yg betul2 pandai Bahasa
Janganlah terjemah
'right over there' jadi
'di sebelah kanan'
Quote Decaffeinated 1-2-2021 01:06 PM
Kalau tak kerana indon bahasa melayu ni berhadapan kepupusan

Terima kasih ndon.
Quote pxlbb 1-2-2021 01:08 PM
Yg komen minta bahasa cina tu duduk kat reban mana sampai taktau apa bahasa kebangsaan Malaysia ni? Baru turun dari pokok ke apo.
Quote Decaffeinated 1-2-2021 01:12 PM
umbut replied at 1-2-2021 12:53 PM
Aku prefer sub in english dari bm.. english senang faham dari bm

Aku kalau baca operating manual akan jump direct ke BI. Memang kagum lah kalau ada yang guna BM.
Quote cmf_almondpecan 1-2-2021 01:12 PM
Dari satu sudut yg lain, hal ini menunjukkan kelebihan rakyat Malaysia berbanding 3 negara tersebut sebab berkebolehan pelbagai bahasa iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa antarabangsa.
Quote dizekni 1-2-2021 01:19 PM
Decaffeinated replied at 1-2-2021 01:12 PM
Aku kalau baca operating manual akan jump direct ke BI. Memang kagum lah kalau ada yang guna BM.

Tu pun nak kagum

ko ingat semua orang bodoh macam ko ka
Quote KIM.K 1-2-2021 01:19 PM
Aku prefer any command in english..e.g instagram, FB, Window, fon, mesin ATM
Quote Skuau 1-2-2021 01:20 PM
Ini menunjukkan Malaysia 'TERLEBIH MAJU' drp negara Jepun,Korea,Perancis.
Quote dizekni 1-2-2021 01:25 PM
Tahu guna english pun tak semestinya bijak

buktinya, dengan fake accountant pun boleh kena kencing
Quote Decaffeinated 1-2-2021 01:45 PM
dizekni replied at 1-2-2021 01:19 PM
Tu pun nak kagum

ko ingat semua orang bodoh macam ko ka

"elayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

Gila tak kagum
Quote lattehazelnut 1-2-2021 01:50 PM
Kenapa beriya nak bahasa melayu?
Cerita drama melayu dlm netflix tu brp kerat je..
Yang betul2 berkualiti pun boleh bilang dgn jari tangan dengan kaki.. tu pun sbb xde sape tgk netflix buang je dah list movie melayu..
Cerita korea, jepun, cina, indon beribu ok..
Quote prettyuglybabe 1-2-2021 01:51 PM
biasa la.. guna english baru nampak urban have have..
padahal duduk ppr taman semarak jah..
Quote kelapaparut 1-2-2021 01:58 PM
kalau tgk rancangan2 maksiat x bertapis dlm netflix tu biar je dlm bi, xpyh nak mengajar2 anak melayu kite tgk netflix, tgk content la nak bm ke xpyh, rancangan series lagha yg byk adegan bpelok cium dlm tu biarla kapir2 nak tgk, knp melayu nak butthurt, nanti kalu tinder grindr sugardaddy apps buat edisi bm sentap la pulak korang
Quote mialunar 1-2-2021 02:00 PM
Ok je bi pun.. X perasaan pun subs ape

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.390960 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top