CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Joe Biden Menang Sawit Masih Kena Ban?

30-1-2021 02:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4122| Komen: 57





Tidak pelik apabila Amerika Syarikat mengisytiharkan boikot terhadap syarikat Felda Global Ventures pada 1 Oktober 2020.

Katanya syarikat berkenaan setelah setahun disiasat terbukti menggunakan buruh paksa untuk merancakkan pengeluaran sawit.

Antara masalah yang dihadapi ialah dokumen identiti dipegang majikan, ugutan dan keganasan seksual (Reuters, 2020). Tuduhan ini sangatlah berat, kerana FGV didakwa membiarkan pekerja dianiaya.

Sebulan kemudian, Donald J. Trump tewas dalam sebuah pilihan raya yang sengit. Drama sawit memuncak enam minggu seterusnya, apabila Sime Darby Plantation pula diharamkan White House.

Siasatan kali ini pula mendedahkan sebuah sistem bagaikan perhambaan (kerja untuk bayar hutang), persekitaran tidak bersih dan keganasan seksual (Sands, 2020).



Jadi, Joe Biden menang pun – sawit masih diboikot. Pertama sekali, Biden masih belum menjadi Presiden Amerika Syarikat. Sekalipun sudah mengangkat sumpah 20 Januari hari itu, sekatan ini dijangka akan berkekalan.

Hal ini demikian kerana faktor sekatan terlalu berat untuk ditutup mata. Kedua pula, Amerika Syarikat sendiri digelumangi dengan isu buruh paksa.

Dijangka 50,000 orang sedang sengsara di Amerika Syarikat, dijadikan hamba di tanah air negara bebas (Buckley, n.d.).

Namun mereka ini benar-benar dieksploitasi, tanpa sebarang normalisasi. Pekerja yang diseludup daripada China, India, Mexico dan Vietnam antaranya bekerja dalam keadaan tidak selamat, bersama rakyat Amerika Syarikat yang lari dari rumah.

Kelompangan dalam penguatkuasaan undang-undang selalunya menjadi asbab yang menghalalkan gejala kotor ini berleluasa. Mereka akan dibayar gaji rendah tanpa mengambil kira langsung tentang persekitaran.

Keringat teruk diperah, tanpa sebarang ganjaran. Ramai juga dijadikan hamba seks tanpa kerelaan tetapi terpaksa kerana dokumen dipegang sindiket (jika lapor, mereka akan ditahan sebagai pendatang haram pula).

Kiranya ini merupakan masalah yang berlaku di mana-mana sahaja. Eksploitasi masih berterusan dalam bidang penjagaan rumah (pekerja domestik, pekebun laman, pembaikpulih barangan dan sebagainya).

Majikan bermulut manis dengan jaminan upah tetapi datang saja masa untuk bayar, mereka ugut akan menghubungi penguatkuasa imigrasi.

Inilah adalah realiti tetapi realiti sama juga boleh ditunggang Malaysia untuk memulihkan keadaan. Hanya kerana semua negara mempunyai gejala ini – tidak semestinya ia wajar dinormalisasikan.

Jika gejala ini dibasmikan, nescaya warga-warga asing yang bekerja akan mendapat gaji setimpal dengan jam kerja berperikemanusiaan.

Perubahan sebegini juga akan bantu membaiki peluang dalam kalangan warganegara (kerana warga asing tidak boleh dibayar rendah untuk kerja lama).

Persepsi Barat terhadap industri sawit memang sukar diperbaiki, melainkan dengan perjanjian antarabangsa yang menjaminkan keberkesanan dan kemanusiaan. Malaysia barangkali berkongsi nasib yang menimpa Indonesia.

Kerajaan Indonesia mengakui bahawa buruh paksa diamalkan secara berleluasa dalam industri sawit (Mason & McDowell, 2020).



Perjanjian antarabangsa yang dimaksudkan ialah apa-apa jua jenis hubungan multilateral seperti Trans-Pacific Partnership (TPP). Dengan adanya TPP, semua negara harus menepati piawaian dipersetujui bersama.

Jadi jika didakwa melakukan gejala buruh paksa, syarikat tempatan boleh memanjangkan pada pihak mahkamah TPP untuk mempertahankan diri.




Sumber : Theoutlookasia

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 30-1-2021 02:06 AM
Parti Usop Biden tu DAPig versi Usa. Parti Trump tu america's Umno
Quote wnwa05 30-1-2021 02:12 AM
pyropura replied at 30-1-2021 02:06 AM
Parti Usop Biden tu DAPig versi Usa. Parti Trump tu america's Umno


kalau luaran trump nampak lagi jahat yg ini masih sopan dan berkarisma. tapi bab perangai.. semua 2x5 je dorang ni

Quote Dwdrum 30-1-2021 02:35 AM
Edited by Dwdrum at 29-1-2021 10:56 AM

Joe Biden Menang Sawit Masih Kena Ban?

Macai malaysian sokong biden ( DAP macai mengaku ) yang percaya biden naik akan tutup mata issue buruh paksa itu kenapa... US ada policy sendiri untuk terima product luar...

Tiada siapa sanggup jadi buruh paksa or sokong unless desperate or job scam.... Walaupun biden nyanyuk but dia bukan 100% nuts if dia tukar...hmmm
Quote Rob07 30-1-2021 02:55 AM
pyropura: Parti Usop Biden tu DAPig versi Usa. Parti Trump tu america's Umno


Pandai lah ko nak sama kan parti org puteh dgn DAP/UMNO.. hapo{:run
Quote tripleid 30-1-2021 11:52 AM
harga sawit  jatuh ka,naik ka menteri peduli apa..

[fbp]https://www.facebook.com/suararakyatpage/posts/1788584554653387[/fbp]
Quote JohnyEnglish 30-1-2021 11:57 AM
tripleid replied at 30-1-2021 11:52 AM
harga sawit  jatuh ka,naik ka menteri peduli apa..

Tekdirrrrrrrrrrrrrrrrr!!!
Quote kakakpositifker 31-1-2021 11:11 AM
percaya nau ke kapir
Quote dudaberhias 31-1-2021 11:16 AM
tapi memang most produk malaysia yang di ban amerika ni semua deorang claim buruh paksa... why ya? betul ke?
kalau tokey cinkies iols percaya je...
Quote Tinot7 31-1-2021 11:22 AM
dudaberhias replied at 31-1-2021 11:16 AM
tapi memang most produk malaysia yang di ban amerika ni semua deorang claim buruh paksa... why ya? b ...

Iols speku sbb kita amik buruh bkn warganegara. Dan depa dok kata kita amik buruh paksa. Kalau nak maju ke depan, baik amik rakyat sendiri je. Tapi rakyat sendiri takmau sbb gaji kecik. Dan tokey2 pun amik kesempatan bg gaji lebih kecik kat buruh bkn warganegara. Cenggitu la
Quote dudaberhias 31-1-2021 11:27 AM
Tinot7 replied at 31-1-2021 11:22 AM
Iols speku sbb kita amik buruh bkn warganegara. Dan depa dok kata kita amik buruh paksa. Kalau nak ...

ooo gitu... betul la tu kaka... sebab memang kita amik warga asing je kan lagi2 untuk kilang... bukan macam sana nun memang pekerja local je...kalau boleh buka kilang di negara dorang jah senang... tapi sawit nak cari dekat mana?
Quote Tinot7 31-1-2021 11:35 AM
dudaberhias replied at 31-1-2021 11:27 AM
ooo gitu... betul la tu kaka... sebab memang kita amik warga asing je kan lagi2 untuk kilang... bu ...

Depa tak pakai sawit.
Depa pakai alternatif lain.
Dolu2 kita nak promo sawit pun tak mendapat sambutan. Tapi depa mmg nak boikot. Masalah dalaman kita turut mengeruhkan keadaan.
Quote Decaffeinated 31-1-2021 11:51 AM
Siapa yang berharap Biden akan bela sawit Malaysia? Bodohnya...

Quote Dwdrum 31-1-2021 11:54 AM
dudaberhias replied at 30-1-2021 07:16 PM
tapi memang most produk malaysia yang di ban amerika ni semua deorang claim buruh paksa... why ya? b ...

Issue fgv hired buruh dari indon di border borneo... Summore Fgv kah apa.. ada plantatation di indon... Article juga cakap indon sendiri mengaku depa guna buruh paksa.. Somehow i tidak pasti bagaimana kerajaan indon dan company malaysia yang deal hak pekerja buruh asing di sana...
Ada article american investigator cerita secara detail..
Quote Dwdrum 31-1-2021 11:57 AM
Decaffeinated replied at 30-1-2021 07:51 PM
Siapa yang berharap Biden akan bela sawit Malaysia? Bodohnya...

Ada thread lepas... Depa ingat biden akan terima top glove.. Sawit... Dan bagi waive visa...
Quote Decaffeinated 31-1-2021 12:08 PM
Dwdrum replied at 31-1-2021 11:57 AM
Ada thread lepas... Depa ingat biden akan terima top glove.. Sawit... Dan bagi waive visa...

OK. Dah pernah didebat lah. Tak perlu reopen.
Quote Firenzza 31-1-2021 12:38 PM
Gila ke hapa nak sokong sawit, diorg ada mi yak soya sendiri pehal nk import sawit plk?
Quote green~tea 31-1-2021 01:55 PM
Edited by green~tea at 31-1-2021 01:57 PM
Firenzza replied at 31-1-2021 12:38 PM
Gila ke hapa nak sokong sawit, diorg ada mi yak soya sendiri pehal nk import sawit plk?


Exactly.. sama je dgn europe rapeseed and corn oil... us ada soybean.. diorang mmg boikot sawit sbb nak protect industry diirang je sbnrnya... bukan kessah pasal environment or buruh paksa ke apa

Malaysia ada SOP, kita ada MSPO... mmg strictly follow standard practice yg kita keluarkan sendiri standard tu... kalo ikutkan environmental impact, sawit paling sikit bagi impact pd environment sbb yield oil per square feet lg banyak compared to other types of oil... and malaysia bukan tanah gambut mcm indon.. kita ada standard practice utk penanaman semula and use back semua hasil sawit tmasuk batang, daun etc

Indon bakar hutan, and tanah akan terbakar selama 2 bulan, sbb tanah gambut ... tak boleh laa samakan practice malaysian dgn indonesian
Quote sarah82 31-1-2021 01:58 PM
Dwdrum replied at 30-1-2021 02:35 AM
Joe Biden Menang Sawit Masih Kena Ban?

Macai malaysian sokong biden ( DAP macai mengaku ) yang pe ...

Hahahaha. Waduh.. Sebab tu kes hari tu aku diam.. Aku rasa mcm pelik sangat serangan terhadap trump melampau sangat
Quote Simunggu 31-1-2021 02:01 PM
kapir semua sama...mcm Daping juga....MCA pun sama....Paping pun sama...siapa menang pun sama dibelakang mereka...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.173686 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top