CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Tak Perlu Ibu Baru, Tapi Hafiz Hamidun Yang Kena Cari Calon Isteri

28-1-2021 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4530| Komen: 15

"Saya tak perlu carikan ibu baharu untuk anak angkat, Hamdee Hafiz, 11 bulan kerana dia sudah pun ada ibu bapa kandung, tapi saya yang nak kena cari calon isteri sendiri," kata komposer dan penyanyi lagu kerohanian popular, Hafiz Hamidun.




Hafiz, 37, berkata dia kini cuma penjaga dan bapa angkat kepada bayi itu yang mana sekarang berada di kampung buat seketika di bawah pengurusan ibu bapanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Hamdee, rasanya tidak memerlukan ibu baharu pun kerana adik-beradik saya turut menyayanginya sepenuh hati seperti anak sendiri. Ibu dan bapa saya juga melayani, sayang dan menjaganya bagaikan cucu kandung.

"Cuma, sayalah yang kena cari, calon isteri baharu Apapun, kini saya mahu fokus pada beberapa tanggujawab kerja yang perlu dilaksanakan dahulu serta fikirkan kesejahteraan ibu bapa," katanya kepada Harian Metro.


Sebelum ini, Hafiz pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun mereka akhirnya bercerai beberapa bulan kemudian.

Terdahulu, Hafiz tampil pada sidang media virtual sempena promosi album zikir terbaharunya berjudul Marhaba yang kini dijual dalam bentuk cakera padat (CD) dan juga boleh distrim di semua pelantar muzik.

Mengulas juga mengenai album itu yang mengambil masa sekitar lima tahun untuk dihasilkan, Hafiz berkata dia mahu album yang menjadi impian besarnya sehebat album yang pernah dihasilkan penyanyi lagu kerohanian terkenal, Maher Zain.

"Saya cemburu dengan Maher Zain yang mana album-album pernah dihasilkannya begitu diterima baik dan mendapat tempat di hati pendengar. Jadi, saya mahu album saya juga setanding dan sebagus Maher Zain.

"Bagi saya, kalau Maher Zain boleh buat, kenapa tidak saya? Dalam tempoh pembikinan album ini, saya banyak kali terbang ke negara Timur Tengah untuk menjalin kerjasama dengan pihak yang pernah terbabit pada penghasilan album Maher Zain.

"Alhamdulillah, usaha saya berjaya kerana dapat bekerjasama dengan mereka. Cuma, album Marhaba ini patutnya dilancarkan pada tahun lalu tapi saya tangguh kerana penularan Covid-19," katanya.


Kredit foto: IG Hafiz

Bagaimanapun dengan kerjasama daripada Universal Music Malaysia, Hafiz bersyukur dapat melancarkan album Marhaba pada awal Januari lalu. Album Marhaba memuatkan 13 lagu zikir yang biasa didengar dan menjadi amalan harian.

Album yang disifatkan menyuntik motivasi ini, bagi Hafiz sudah memberi satu kepuasan buatnya. Malah, katanya dia juga tidak menjangkakan album Marhaba itu mendapat sambutan saat baik di dalam dan luar negara meski kini pandemik.Covid-19 masih menular.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 28-1-2021 01:10 PM
Jangan demand sgt pismidon, nak instafemes macam repah hujung2 meroyan repah. Hamdee tu cute
Quote Ain_h 28-1-2021 02:25 PM
Sama je isteri baru=ibu baru
Quote jas7512 28-1-2021 02:44 PM
All the best hafiz...sbb kau x ngada2 demand mcm2 dgn student i dan blh berlebih kurang soal bayaran..i doakan kejayaan album you
Quote Nenolen 28-1-2021 02:47 PM
All the best HH
Quote KIM.K 28-1-2021 02:49 PM
bodoh gay ni. nawaitu atas sokabar propa sangat
Quote nurul_akmar 28-1-2021 02:50 PM
Album zikir terapi ko apiz sgt menenangkan.. tahniah apiz
Quote Mulotkoyak 28-1-2021 03:42 PM
Byk je ustaz yg bertopengkn grindr skg ni kn?  Opppsss pepatah baru iols.
Quote pxlbb 28-1-2021 06:38 PM
Kak Jenna nasihat ko Piz:
Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumahtangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman
Ewahhhh
Quote LadyCarefree 28-1-2021 09:28 PM
Semoga jumpa jodoh dan bahagia.
Quote Orix 28-1-2021 10:32 PM
Wlupun dlu rengsekk dgan ciapan twitter dia yg akhirnya kena btg hidung sendiri, iols salute dgan kesabaran hafiz ni tatkala repah memalukan dia seantero malaya
Quote Manjahati 28-1-2021 10:35 PM
Moga cepat2 bertemu jodoh pizmidon
Quote Nenasketum 29-1-2021 10:42 AM
Senang nya retis amik anak angkat. Macam Sajat, Rizalman. Kem Kebajikan Masyarakat ni something wrong. Yang suami isteri sah, depa make it very hard for them.
Quote zaraaqilah 29-1-2021 12:44 PM
Nenasketum replied at 29-1-2021 10:42 AM
Senang nya retis amik anak angkat. Macam Sajat, Rizalman. Kem Kebajikan Masyarakat ni something wron ...

maybe direct drpd mak bapak kandung kot...sbb tu urusan senang..daftar jer kebajikan masyarakat
Quote MontanaHannah 29-1-2021 08:40 PM
mcm sesuatu bila jantan teruna terhegeh-hegeh gelojoh nak bela anak angkat.

Mcm pelik .


Quote faraway1 29-1-2021 09:40 PM
Hahaha teringat hari rabu lepas single dad shopping dengan dua anak..

Kecil lagi rasa paling besar pun 2 tahun.

Sempat jual kacang bercerita susah nak cari ibu baru, so jaga anak aje, beriya minah tu dengar cita..

So single dad, fokus anak dulu yea..
Kang dapat mak tiri jahat, nyesal

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048630 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top