"ZAMAN untuk berkahwin sudah lepas. Kalau dulu sebelum umur 40 tahun, ada juga terfikir. Tapi sekarang tidak lagi," kata penyanyi Adibah Noor berhubung soal jodoh.
Bahkan penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengakui keinginan untuk hidup berumah tangga bukan menjadi keutamaan. Sementelah hasrat tersebut semakin pudar apabila usia semakin meningkat. Bukan memandang remeh soal jodoh tetapi Adibah reda. Dia nekad tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh sehingga menjadi satu beban dalam hidup. “Saya pernah bercinta dan berasa sakitnya putus cinta. Perasaan itu juga lumrah dirasai oleh mana-mana wanita yang pernah bercinta.
“Apabila jodoh pasangan hidup tidak ada.... saya akur jika itu kehendak-Nya. Mungkin bab itu bukan bahagian saya atau saya akan ketemu juga cinta sejati satu hari nanti, mana tahu. “pada masa yang sama saya juga percaya bahawa jodoh itu berkaitan dengan kekerapan pertemuan dengan mana-mana individu dalam hidup. Macam kita selalu terserempak atau berjumpa dengan kawan, itu pun namanya jodoh. “Sebab itu buat masa sekarang ini saya tak berharap untuk bercinta lagi," katanya yang ditemui di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mengusik sama ada pernah ada cubaan untuk menjodohkan Adibah dengan mana-mana lelaki, kata penyanyi itu: “Memang mudah kalau sekadar nak berkawan dengan mana-mana lelaki. Tapi kalau masuk bab hati, tak semua orang boleh terima kita. Sebab soal hati susah hendak dijangka. “Kalau sekadar nak menjaga hati kawan yang cuba menjodohkan kita itu, baik tak payah. Sebab selalunya hubungan yang diatur macam itu tak ke mana. Susah kalau diteruskan jika tiada keikhlasan antara dua pihak," katanya penuh makna. Kuasa wanita Tidak mahu mengambil pusing soal pasangan hidup, Adibah kini menggunakan sepenuh potensi diri dalam bidang seni untuk masa depan. Apa sahaja peluang yang ada di depan mata akan digunakan sepenuhnya. Penyampai radio Suria FM ini juga mahu membuktikan bahawa wanita bujang juga boleh berdikari dan tidak bergantung dengan mana-mana pihak. Adibah juga tidak sesekali menggunakan status bujang sebagai alasan untuk tidak bersaing dengan wanita yang memiliki profesion hebat di luar sana. “Saya tidak pernah memandang status wanita itu bila kita kaitkan dalam soal mencari rezeki. Pada zaman milenium ini, sesiapa saja yang rajin membanting tulang, pasti akan mendapat faedah. “Kita kena rajin merebut peluang. Orang wanita hari ini bukan lagi fokus pada kerja-kerja menjahit, memasak dan mengemas. Mereka juga berpotensi untuk bersaing dan maju ke hadapan. “Dan saya juga menyokong semua usaha untuk menjadikan seseorang wanita menjadi perkasa. Tidak bergantung kepada mana-mana pihak dan punya pendapatan sendiri untuk hidup," katanya lagi. Adibah juga akan menjayakan Malam Amal Sejuta NurQilan anjuran NurQilan Qaseh, Viva Palestina Malaysia dan Kelab Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPFC) pada 13 November ini. Majlis yang bakal dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bertujuan untuk menjayakan program amal bagi mengisi tabung pembiayaan mikro kredit wanita Palestin. Selain Adibah, Malam Amal Sejuta NurQilan itu turut disertai penyanyi Hattan dan Afdlin Shauki dan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya 24, Persiaran Perdana Presint 3 Putrajaya. Dana yang diperoleh menerusi penjualan meja akan disalurkan kepada wanita-wanita Palestin yang berkelayakan untuk membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan kecil-kecilan. |
cikatilia posted on 4-11-2013 10:27 AM
xnak kawin ka.. kawin tak penting ka.. bukan priority ka.. diam2 sudeeh
xyah la jaja2 cik kak oiii
...
nurfariezza posted on 4-11-2013 10:56 AM
dlm erti kata lain, dia nk habaq kt sume org "aku xlapaq laki ok"...
cikatilia posted on 4-11-2013 10:58 AM
hahaha aku pon setuju ayat tak habaq lelaki tu..
lapaq nasik/ mee saja kan?
hahahaha
“Saya tidak pernah memandang status wanita itu bila kita kaitkan dalam soal mencari rezeki. Pada zaman milenium ini, sesiapa saja yang rajin membanting tulang, pasti akan mendapat faedah.
“Kita kena rajin merebut peluang. Orang wanita hari ini bukan lagi fokus pada kerja-kerja menjahit, memasak dan mengemas. Mereka juga berpotensi untuk bersaing dan maju ke hadapan.
“Dan saya juga menyokong semua usaha untuk menjadikan seseorang wanita menjadi perkasa. Tidak bergantung kepada mana-mana pihak dan punya pendapatan sendiri untuk hidup," katanya lagi.
annehuda posted on 4-11-2013 12:07 PM
well said kak adibah noor
bab women empowerment kt malaysia ni mmg kureng...
ADVERTISEMENT