CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Bombeiros', Asal Nama Bomba Yang Dipinjam Dari Perkataan Portugis

22-1-2021 10:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2453| Komen: 9

Jabatan bomba merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan memadam serta meredakan bencana kebakaran. 


Kredit foto: Friends of Bomba Malaysia

Selain itu, bomba juga mempunyai tugas lain seperti melaksanakan perkhidmatan kemanusiaan, termasuk perlindungan hayat dan harta benda semasa terjadinya bencana.

Sebelum ini, ada yang mendakwa kononnya perkataan BOMBA membawa maksud tersendiri seperti Badan Operasi Mencegah Bencana Alam. 

Namun, perkataan BOMBA sebenarnya dipinjam daripada perkataan Portugis iaitu ‘bombeiros’ yang membawa maksud ‘pemadam’.



Menurut laman Friends of Bomba Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum ini menggunakan nama ‘Fire Brigade’.

Pada tahun 1961 hingga 1966, jabatan ini telah menganjurkan kempen Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mencari nama yang sesuai untuk ‘Fire Brigade’. Jika diterjemah kepada bahasa, ia membawa maksud ‘pasukan api’, namun nama itu sangat tidak sesuai digunakan ketika itu.

Perkataan bomba kemudian diambil daripada nama sejenis alat pengepam minyak atau air yg dipanggil ‘Gumba’ tetapi alat ini hanya dapat mengepam air dan tidak memancut air.



Selain itu terdapat perkataan lain digunakan iaitu ‘Bombat’ yang bermaksud menumpukan air, tetapi masih tidak di sedap di dengar. Selepas itu huruf T telah dibuang dan perkataan digunakan hanya BOMBA sahaja.

Walau apapun asal usul nama BOMBA, tugas dan jasa pasukan ini haruslah dipuji kerana bomba merupakan barisan hadapan yang membantu segenap masyarakat khasnya ketika bencana melanda.


Sumber: Era.je

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-1-2021 10:45 PM
Tengok Angel & Demon orang2 duk jerit2 "bomba bomba" (iols tak tahu ejaan sebenar dalam bahasa Itali) refer untuk bom masa scene paderi nak letupkan bom di ruang udara Vatican.
Quote mbhcsf 22-1-2021 10:52 PM
sharlenetexas replied at 22-1-2021 10:45 PM
Tengok Angel & Demon orang2 duk jerit2 "bomba bomba" (iols tak tahu ejaan sebenar dalam bahasa Itali ...

jap ini Langdon  and Victoria kan - dalam siri ni ?
i mixed up dgn Inferno....angel and demon = duality ade ye

siri Dan Brown

Sophie Neveu and Langdon
Then Inferno
angel and demon ade ye?


Quote silencekiller 22-1-2021 10:58 PM
Edited by silencekiller at 22-1-2021 11:00 PM

Bukan bomba jaa... banyak lagi sama... dah depa pernah mai menjajah ..
[youtube]FbhCU3oqhsM[/youtube]
Quote CiliPadiSedap 22-1-2021 10:59 PM
asalkan indon tak claim ok je.
Quote mbhcsf 22-1-2021 11:16 PM
masa i sekolah rendah dulu circa 1985 - 1990 ade majalah bambino ...iras iras bomba pulak...majalah kekanak yg best masa tu mingguan kekanak - MKK, best, dewan pelajar dewan siswa
Quote ultra78 23-1-2021 12:56 AM
mbhcsf replied at 22-1-2021 11:16 PM
masa i sekolah rendah dulu circa 1985 - 1990 ade majalah bambino ...iras iras bomba pulak...majalah  ...

Dewan Kosmik juga
Quote crossline 23-1-2021 08:03 AM
silencekiller replied at 22-1-2021 10:58 PM
Bukan bomba jaa... banyak lagi sama... dah depa pernah mai menjajah ..

Gigih i tengok sampai habis, & terbukti "bola" bukan asal perkataan leluhur tanah besar mcm cikgu i ajar. Cis.
Quote Supersirap 23-1-2021 09:57 AM
Indon pun banyak juga perkataan yang sama
Quote Artemesiaa 23-1-2021 10:10 AM
Banyak je perkataan bahasa diceduk dari bahasa negara lain.  Salah satu sebabnya sebab pernah dijajah oleh negara tu.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.142876 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top