CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tunggu Katil ICU, Pesakit Covid-19 Meninggal Di Klinik

22-1-2021 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4225| Komen: 12

Kekurangan katil di unit rawatan rapi (ICU) mana-mana hospital berikutan kes Covid-19 yang melonjak menyebabkan seorang penderita wabak itu meninggal dunia selepas dua hari menunggu di klinik kesihatan.


Tribunnews dipetik MalaysiaKini melaporkan, pesakit berada dalam keadaan tenat akibat masalah pernafasan semasa ditempatkan di klinik kesihatan Tangerang Selatan di Banten.


Kredit foto: Reuters

Sukarelawan setempat Tribunnews dalam satu kenyataan berkata, 75 hospital di sekitar Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi dihubungi bagi mencari tempat kosong dalam ICU masing-masing, namun gagal.

"Ketika kami sibuk mencari tempat dalam ICU untuk pesakit terbabit, dia menghembus nafas terakhir di klinik kesihatan Tangerang Selatan," katanya.

Sementara itu, Kompas melaporkan isu kekurangan tempat dalam ICU dialami secara meluas dan turut menjejaskan pesakit yang bukan dijangkiti Covid-19.



Sumber: MalaysiaKini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 22-1-2021 09:41 AM
ingat ke kat msia, nanti tt kne la letak tajuk berita dr seberang ke..anyway byk gak hospital kat jakarta dkt 75 bijik tu pun da penuh..giler
Quote Tinot7 22-1-2021 10:31 AM
Takziah kpd keluarga
Quote MissVixen 22-1-2021 10:34 AM
Kes kita pun beribu ribu. Tak mustahil kita menuju ke arah ni jugak. Staffs kkm pun ramai dah positif.
Quote Artemesiaa 22-1-2021 10:59 AM
Takziah buat keluarga beliau.  Sebelum wabak melanda pun mereka dah ada masaalah kemudahan kesihatan tak hairan bila wabak melanda keadaan jadi lebih teruk.
Quote honeybee1802 22-1-2021 11:00 AM
kelapaparut replied at 22-1-2021 09:41 AM
ingat ke kat msia, nanti tt kne la letak tajuk berita dr seberang ke..anyway byk gak hospital kat ja ...

manusia kt jakarta tu ramai sistur
Quote Nnasda53 22-1-2021 11:17 AM
Takziah.
Ingatkan di malaysia tadi.
Quote sara111 22-1-2021 12:32 PM
Nnasda53 replied at 22-1-2021 11:17 AM
Takziah.
Ingatkan di malaysia tadi.

tu la ingat kat msia . Apapun takziah pada keluarga
Quote darkness 22-1-2021 08:36 PM
Cobid not real kata pro konspirasi, antivax, pro choice, homebirth, alami dula
Quote anony-mous 22-1-2021 08:46 PM
Malaysia in the next few months
Quote cucuq 22-1-2021 11:19 PM
Harap,malaysia xsmpai thap mcmni
Quote sukacactus 23-1-2021 10:13 AM
Igt kat malaysia td
Dah la smlm 18 org dah arwah
Quote Mary_jane 24-1-2021 08:24 PM
Malaysia masih berangan lagi tu. Masih buat2 gelabah. Nak tunggu 4feb. Covid kan boleh tunggu.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036194 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top