CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Selangor Lawat Wanita Kesusahan Senyap-Senyap

22-1-2021 02:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5141| Komen: 52




PETALING JAYA: Terkesan dengan tindakan Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada seorang ibu tiga anak yang ditahan selepas dilaporkan mencuri di sebuah pasar raya, semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, muncul secara mengejut di kediaman wanita berkenaan di Lembah Subang, malam ini.

Menteri Besar Selangor itu datang secara diam-diam bersama dua pembantunya pada jam 10 malam ketika wartawan dan jurugambar BH sedang membuat liputan di kediaman wanita terbabit di Taman Putra Damai.

Katanya, beliau membuat keputusan melawat keluarga wanita itu selepas kisahnya mencuri pelekat penyejuk demam untuk anaknya yang sakit dan makanan bagi anaknya disiarkan media hari ini.

"Saya tersentuh dengan hal ini apatah lagi di Selangor kita mempunyai program khusus untuk mereka yang memerlukan, Insya-Allah kita akan menguruskan bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), khusus untuk membeli barang keperluan bernilai RM200 sebulan.


"Cuma untuk peringkat awal, ibu ini perlu mendaftar bagi mendapatkan bantuan di Selangor kerana sebelum ini beliau beralamat di negeri Pahang dan segala urusannya akan kita permudahkan dengan segera," katanya kepada wartawan BH, sebentar tadi.

Wanita terbabit sebelum itu ditahan selepas gagal membayar barang berjumlah RM58 yang ada bersamanya di sebuah pasar raya semalam.

Menyedari kesulitan dialami wanita berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bertindak membantu wanita berkenaan dengan membelikan barang yang diperlukan termasuk menutup kes berkenaan daripada tindakan lanjut.

Sementara itu, Amirudin berkata, beliau berterima kasih kepada Nik Ezanee yang bertindak pantas memberikan bantuan selepas menyedari kes berkenaan.

"Saya berterima kasih dan kagum dengan tindakan pantas Tuan Nik Ezanee, yang berusaha memberikan bantuan selepas menyedari kesulitan dialami wanita itu, selain turut menutup kes berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam lawatan itu, Amirudin turut menyampaikan sumbangan peribadi namun enggan mendedahkan butiran sumbangannya.

Selesai ditemubual, Amirudin meninggalkan pangsapuri berkenaan secara senyap-senyap dengan menaiki kenderaan peribadi bagi mengelak kehadirannya diketahui penduduk setempat.

Sementara itu, ketika ditemui, wanita terbabit berkata, dia tidak menyangka Menteri Besar Selangor sudi datang ke rumahnya dan memberi bantuan peribadi.

"Saya amat terharu dan berterima kasih kepada Menteri Besar yang datang ketika jauh malam untuk mengunjungi kami selepas mengetahui kejadian yang berlaku.

"Saya sedar tindakan saya itu salah dan didorong tanpa fikiran waras disebabkan keadaan anak sakit dan kelaparan di rumah, namun saya berjanji untuk tidak mengulanginya lagi," katanya.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-1-2021 06:15 AM
Tapi kalau lawat senyap2, mesti tak masuk news.. Hehehe
Quote jerukkedondong 22-1-2021 06:23 AM
Siap bawa 2 pembantu tu senyap2 apanya...
Quote Dovahkiin 22-1-2021 06:27 AM
Menteri Besar Selangor itu datang secara diam-diam bersama dua pembantunya pada jam 10 malam ketika wartawan dan jurugambar BH sedang membuat liputan di kediaman wanita terbabit di Taman Putra Damai.


Kebetulan?
Quote ctaz 22-1-2021 07:15 AM
kalau senyap2 mana masuk brita....







HANAT!
Quote faraway1 22-1-2021 07:36 AM
senyap benda kalau sampai masuk berita.
Quote Belibis 22-1-2021 08:40 AM
Semua komen sama.ha ha..
Quote tokchik 22-1-2021 08:44 AM
Ya....senyap lah sangat Kan


Tetapi up....tetap Kena up

Supaya orang tak kecam.

Quote tokchik 22-1-2021 08:44 AM
Ya....senyap lah sangat Kan


Tetapi up....tetap Kena up

Supaya orang tak kecam.

Quote Tinot7 22-1-2021 08:45 AM
Kesiannya acik ni.. baper lama dia dok mcm ni.


"Cuma untuk peringkat awal, ibu ini perlu mendaftar bagi mendapatkan bantuan di Selangor kerana sebelum ini beliau beralamat di negeri Pahang dan segala urusannya akan kita permudahkan dengan segera," katanya kepada wartawan BH, sebentar tadi.
Quote c===8 22-1-2021 08:49 AM
jerukkedondong replied at 22-1-2021 06:23 AM
Siap bawa 2 pembantu tu senyap2 apanya...

saya bersangka baik, 2 macai tu tukang angkat barang2 bantuan
takkan nak biarkan MB pikul beras
Quote kechikchomel 22-1-2021 09:17 AM
iolss pun nak komen benda yg sama.
kalau senyap2 kenapa masuk news? ok la...kata lah kebetulan wartawan BH tu ada kat situ, boleh je kot bagitau wartawan tu tak yah masukkan dlm news?
-done hati busuk di pagi jumaat-
Quote CiliPadiSedap 22-1-2021 09:33 AM
. jd mb pun air selangor bermasalah orang nak mandi pun terpaksa catu, buang air terpaksa catu.

pergi senyap2 tapi masuk news. selagi boleh interframe market diri. no vote for u selagi masalah air tak selesai.
Quote missyL 22-1-2021 09:52 AM
Senyap2 bwak kamera Hahaha.
Senyap2 amek gmbo
Senyap2 up kt socmed
Semua nye dlm keadaan senyap je.
Xde bising2
Diam2 lol
Quote rospinki 22-1-2021 09:56 AM
dia org politik memang la higlite news..nak tak nak terpaksa la hadap demi kelangasungan ph.bagusla dia menjenguk orang susah..masud dia senyap2 tu mungkin tanpa announce kt buletin utama tv3 sekian sekian tarikh rumah sekian sekian dia nk pi. bersangka baik ok.
Quote mikasa 22-1-2021 10:19 AM
Rajin betul wartawan sampai jam 10 mlm lepak cari news


Tapi aku rasa memang MB nak dtg secara senyap tapi kebetulan ada wartawan yanvsentiasa stanby sana.

Kes mcm ni wartawan memang boleh agak pasti ada vvip akan dtg punya..tak perlu nak jemputpress skali
Quote tripleid 22-1-2021 10:23 AM
jauh lg baik dia ni drpd mb kedah yg gelak kat org miskin dlm telefon haritu
Quote namieamuro 22-1-2021 10:23 AM
dasyat betul die punye senyap-senyap
Quote Denco 22-1-2021 10:24 AM
tahniah Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal  dan MB. kurang2 xde lah buat bangang je
Quote MissVixen 22-1-2021 10:24 AM
Menyampah betul aku dengan mb selangor. Dah le jahat, tapi kenyataan semua tak cerdik. Sembunyi apa kalau kau datang masa wartawan ada. Jijiknya le perangai.  Sepanjang 24 jam, 7 hari seminggu tu macam takde waktu lain pulak.
Dah le bini pun 2x5 dengan isu air haritu.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.160750 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top