CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Pula Positif Covid-19

21-1-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13026| Komen: 91

Pelakon popular, Aeril Zafrel bersama pengurusnya disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan, semalam.

Aeril berkata, dia mungkin dijangkiti virus itu ketika menghantar pengurusnya yang mengalami demam panas ke klinik, Isnin lalu.


Kredit foto: IG

"Saya tidak ada ada sebarang gejala. Cuma, pada Isnin lalu saya hantar pengurus ke klinik sebab dia demam.

"Saya tidak mengesyaki dia dijangkiti Covid-19 sebab sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dia hanya duduk di rumah. Dia pun tidak tahu dapat jangkitan dari mana. Disebabkan itu, semalam kami buat ujian saringan dan hasilnya positif," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Aeril, selepas disahkan positif dia terus mendapatkan khidmat klinik berkaitan untuk membuat ujian ke atas isteri, tiga anak dan semua kakitangannya.

"Sementara menunggu keputusan semalam, di rumah saya tak memeluk atau bersentuhan dengan mereka. Selepas disahkan positif, saya terus menghubungi pihak klinik dan mereka datang ke rumah untuk buat ujian saringan. Alhamdulillah, mereka semua negatif.




"Sekarang, saya menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya berada di tingkat atas dan tidak keluar bilik. Saya juga sudah menyerahkan maklumat diri.

"Ini adalah kali keempat saya buat ujian saringan sejak penularan wabak ini. Saya pula jenis kalau rasa tak sedap badan, terus buat saringan. Bukan apa, saya bimbang akan keselematan anak-anak yang masih kecil dan orang sekeliling," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-1-2021 02:08 PM
Helok pulak gambar 1st tu
Quote irvene 21-1-2021 02:11 PM
GWS. moga dengan ujian ni, kurang2 kan lah jadi extention seekers
Quote missmeornot 21-1-2021 02:17 PM
King of tiktokers
Quote MadameOnion 21-1-2021 02:19 PM
fishy sgt..tido rumah manager sbb dia demam..bukan ke kita digalakan untuk mengamalkan penjarakan fizikal terutama jika bergejala...anyway semoga cepat sembuh
Quote exclusive_vvip 21-1-2021 02:21 PM
hati iols hitam..so, I beranggapan dia happy n x sabau nak update dia positif covid ni..last year kan 2-3 kali gak dia sesaja gi buat swab test tu..
Quote exclusive_vvip 21-1-2021 02:25 PM
chopppp,sekali lagi hati iols hitam...kumpulan megaklinik zahran ni bayar kat retis ke utk pegi buat swab test kat family retis2 ni? Kot la soh iklankan klinik diorg...ok,ini 1 pertanyaan..
Quote Kancilkering 21-1-2021 02:25 PM
nasib baik hagia sophia tu negative ....comel tul kecik tu...
Quote laksmanabentan 21-1-2021 02:36 PM
MadameOnion replied at 21-1-2021 02:19 PM
fishy sgt..tido rumah manager sbb dia demam..bukan ke kita digalakan untuk mengamalkan penjarakan fi ...

hahahaha... aku baru nak taip benda yg sama...
da ler tahu zaman2 covid mcm nih... kita kena la alert..
da tahu demam, minta ler dia pergi klinik camtu...
ni da ler temankan satu hal... tidor sekali pulak tuh...
adddoiiii.......
Quote Minami2013 21-1-2021 02:45 PM
Walau poyo, tapi kelakar jugak lah tiktok dia.. kreatif..  gws..
Quote Minami2013 21-1-2021 02:45 PM
Kancilkering replied at 21-1-2021 06:25 AM
nasib baik hagia sophia tu negative ....comel tul kecik tu...

Hahaha.. adoi.. hagia sophia terus... mmg comel betul dia.. geram tgk..
Quote songhara1226 21-1-2021 02:47 PM
Maaf hati iolls hitam, I rasa mesti dia happy nak masuk MAEPS sebab x sabar nak buat tiktok kat dalam tu mcm yg viral2 sebelum ni

Anyway GWS
Quote MadameOnion 21-1-2021 03:02 PM
exclusive_vvip replied at 21-1-2021 02:25 PM
chopppp,sekali lagi hati iols hitam...kumpulan megaklinik zahran ni bayar kat retis ke utk pegi buat ...

maybe..lagi satu aku menyampah private ni suka lepas tangan..dah dpt rtk antigen positive terus la proceed PCR..ni lepas tngan..suruh patient contact cprc sendiri...jilake hamjad punya senang buat duit
Quote limau_lemon 21-1-2021 03:22 PM
MadameOnion replied at 21-1-2021 03:02 PM
maybe..lagi satu aku menyampah private ni suka lepas tangan..dah dpt rtk antigen positive terus la ...

Kebanyakan swasta mmg mcm tu.. Tp Colombia Asia dia notify kkm kalau uols pegi buat swab test
Quote iznanaziz 21-1-2021 03:34 PM
MadameOnion replied at 21-1-2021 02:19 PM
fishy sgt..tido rumah manager sbb dia demam..bukan ke kita digalakan untuk mengamalkan penjarakan fi ...

bukan ke dia tido umah manager tu sblm dia tahu manager tu positif?
ke..aku salah baca...
Quote iznanaziz 21-1-2021 03:35 PM
limau_lemon replied at 21-1-2021 03:22 PM
Kebanyakan swasta mmg mcm tu.. Tp Colombia Asia dia notify kkm kalau uols pegi buat swab test

oh ya ke?
mahal tak kalau kat colombia?
Quote iznanaziz 21-1-2021 03:36 PM
MadameOnion replied at 21-1-2021 03:02 PM
maybe..lagi satu aku menyampah private ni suka lepas tangan..dah dpt rtk antigen positive terus la ...

kedua2 antigen tu mmg disediakan di klinik private tu kan?
ke..PCR kena gi government?
Quote iznanaziz 21-1-2021 03:37 PM
songhara1226 replied at 21-1-2021 02:47 PM
Maaf hati iolls hitam, I rasa mesti dia happy nak masuk MAEPS sebab x sabar nak buat tiktok kat dala ...

oh..kaki tiktok ke?
Quote iznanaziz 21-1-2021 03:38 PM
exclusive_vvip replied at 21-1-2021 02:25 PM
chopppp,sekali lagi hati iols hitam...kumpulan megaklinik zahran ni bayar kat retis ke utk pegi buat ...

memang diaorg leh dtg rumah ke?
ke special sb dia retis?
Quote asmara_me 21-1-2021 03:49 PM
MadameOnion replied at 21-1-2021 03:02 PM
maybe..lagi satu aku menyampah private ni suka lepas tangan..dah dpt rtk antigen positive terus la ...

kan, nasib sekarang boleh update kat mysejahtera terus kalau kita positif. nanti kkm akan notify

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.060369 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top