CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Dakwa Covid-19 Ada Kaitan Dengan Jin, Sampai Disuruh Pindah Ke Hutan Dan Gua

21-1-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2846| Komen: 5

Selain insentif kepada rakyat, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa turut menyentuh mengenai vaksin yang dijangka tiba ke negara ini pada penghujung Februari nanti.


Namun, suara-suara kumpulan anti vaksin bagaikan tidak berpenghujung, malah mereka terus bersuara sehingga menimbulkan perdebatan di Internet.

Selain kumpulan anti vaksin, seorang wanita turut mencetuskan perdebatan apabila tampil dengan pelbagai dakwaan dan teori tidak masuk akal mengenai wabak itu.



Gambar Hiasan
Dia memuat naik siri kenyataan itu menerusi Instagram yang mana ia turut ditularkan semula oleh netizen sehingga ke laman Twitter.

"Percaya tak kalau sis cakap, andai kata ada kematian selepas vaksin dicucuk di Malaysia, semua tu akan dirahsiakan?

"Famili akan disogok atau diugut. Yang mendedahkan akan dibunuh, sampailah semua berjaya divaksin.

"Yang selamat, yang terlepas masuk ke hutan, ke gunung-gunung dan gua," tulis wanita itu menerusi Instagram Story.


Foto: mStar

Lebih mengarut, wanita itu turut mengaitkan kewujudan Covid-19 dengan unsur jin dan menyifatkan ia sebagai sejenis senjata perang.

"Covid-19 ni wujud. Jangan salah faham. Bukan menafikan kewujudannya. Covid-19 adalah senjata perang.

"Ia bukan virus fizikal semata-mata. Besertanya ada unsur jin. Boleh rujuk, ada beberapa guru pondok yang bersetuju dengan pandangan ini," dakwanya lagi.

Dalam kenyataan sama di Instagram Story, wanita itu turut menggesa agar semua prosedur operasi standard (SOP) dimansuhkan dan memohon kebebasan rakyat dikembalikan.

Rata-rata pelayar Twitter menyuarakan rasa tidak puas hati dan langsung tidak bersetuju dengan dakwaan wanita itu.

Sehingga kini, posting berkenaan turut menerima lebih 2,500 ulang kicau (Retweet).

Gambar Hiasan

"Ni mesti banyak sangat tengok DVD, tak pun antivaksin.

"Sayang awak dialu-alukan untuk tinggal dalam hutan, atau gua jika awak suka.

"Risau pula aku wujud puak-puak konspirasi dan antivaksin," tulis netizen.

Selain komen mengecam, ada netizen yang turut berjenaka mengenai kesalahan ejaan vaksin oleh wanita itu yang ditulis 'baksin' menerusi Instagram Story miliknya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 21-1-2021 10:35 AM
g mampos la betina jahanam ni
selama ni hidup mkn tanah gaknye babi ni
Quote nanies 21-1-2021 01:29 PM
ko taknak cucuk, sudah. diam2. siapa yg nak cucuk, silakan
Quote ladyzens 21-1-2021 01:44 PM
haih ko la jin tu
mcm2 pelik org skrg ni
Quote AshKetchum 21-1-2021 02:59 PM
dah tu kat dalam hutan gua tu takde jin ke babi? kekdahnya babi hutan jah yang ada hidup dalam tu?
Quote rogayahtop 22-1-2021 12:21 AM
kesian jin takde kena mengene.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040495 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top