CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis ‘Kelam-Kabut’ Nampak Ada Lagi 3 Orang Pakai ‘Cardigan’ Sama Di Tempat Yang Sama

20-1-2021 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4176| Komen: 18

Description: Siapa je yang tak malu kalau nampak pakaian yang kita pakai ‘sebijik’ dengan orang lain.



Siapa je yang tak malu kalau nampak pakaian yang kita pakai ‘sebijik’ dengan orang lain.

Lebih-lebih lagi jika yang perasan itu adalah kawan kita. Walaupun kita cuba untuk berdiam dan sembunyikan berkenaan perkara itu, kawan kita pastinya akan mengusik dan secara tidak langsung akan membuatkan kita rasa nak tukar pakaian tersebut kerana segan.

Percaya atau tidak, hal itu telah terjadi kepada seorang gadis ini. Menerusi satu video lucu yang dimuat naik di TikTok melalui akaun @milaalawiyah, ketika dia sedang melepak bersama rakannya di sebuah kafe, dia telah ternampak 3 orang yang memakai cardigan yang sama warna dan sama design di dalam satu tempat yang sama.

Perkara tersebut telah membuatkan dia berasa malu lalu memutuskan untuk menanggalkan cardigan yang dipakainya itu dan berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi.


Video lucu itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 7 juta kali.




Sumber: @milaalawiyah (tiktok)/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 20-1-2021 11:40 PM
Brand popular kot
Quote chinta89 21-1-2021 12:05 AM
Ape la masalahnya eh prmpuan kalau jumpa org pakai baju sama mesti malu. Org lelaki rileks je {:laugh
Quote Normabaru 21-1-2021 12:18 AM
Laaa. Berbaju pon malu.. Dh kenapaaaa? Duh
Quote msel 21-1-2021 01:04 AM
Over lah. Baju sama pun nak malu.  Tergedik2 terkinja2 dekat socmed xmalu plak.
Quote Kurex 21-1-2021 01:43 AM
Iols pun pernah jumpa org yg pakai baju sama, seluar sama. Dia pandang iols, iols pandang dia. Dua2 malu. Tapi dia senyum & iols pun senyum. Tak boleh nak lari mana sebab dua2 dah ternampak
Quote Rob07 21-1-2021 06:56 AM
pakai baju  sama pun nak malu? ko dah kenapa {:freak
Quote bluebutter 21-1-2021 07:41 AM
Normabaru: Laaa. Berbaju pon malu.. Dh kenapaaaa? Duh

Alaaa bebudak remaja haha. Malu malu lagi.


Eh you, I pernah hokay kat surau opis terserempak berbaju sama. Polka dot biru. I umur dah omak omak, budak tu budak muda intern lah. I termalu I cakp eh dikk baju kita samalah, end up now baju tu dalam lemari, pakai masa jenjalan dgn husbaby je, mean takkan terserempak lagilah kebarangkalian baju sama. Haha.

Sebenarnya baju tu I beli kat bos je. rm30. Tu lah, baju harga marhaen ni ramai pakai. Nak beli kat bos boleh, tapi jangan bercorak, baju polos kosong tak apa. Terjumpa baju sama pun tak apa, but jangan baju bercorak. Haha.

Budak dlm gambor atas ni maafkanlah dia, walao baju kosong tk bercorak dia tetap malu, maknanya dia budak remaja lagi. Haha.



Quote She-Ra 21-1-2021 08:09 AM
Kalau aku buat dek jeee mcm takde apa2 terjadi
Org keliling perati pun lantak leee..nk ambik gamba? Bgtau, boleh aku sengih buat peace
Quote Belibis 21-1-2021 08:11 AM
Rob07: pakai baju  sama pun nak malu? ko dah kenapa {:freak

Dia lupa kotttt..masa pegi sekolah semua baju sama..ha ha
Quote mamajawie 21-1-2021 11:01 AM
apsal makin banyak post pasal negara seberang plus cedok dari tiktok lak ni???bajingan lorhhhh
Quote Boomibulat 21-1-2021 12:07 PM
Tu sbb sy suka beli baju bundle..dh tentu x kan sama dgn org..
Quote BuBuComey 21-1-2021 12:35 PM
Nak malu apa, bukanny tak pakai baju
Quote eplasbpafree 21-1-2021 12:53 PM
mamajawie replied at 21-1-2021 03:01 AM
apsal makin banyak post pasal negara seberang plus cedok dari tiktok lak ni???bajingan lorhhhh

kan.. menyampah pula..


tp bab baju sama ni sebenarnya mmg malu lah juga jika tersama dgn org.. nak2 officemate
now kan tgh viral tudung fareha la, baju sabella la


malunya kalau tersama pakai corak yg sama...
Quote 234126 21-1-2021 09:40 PM
pernah beratur depan couple kat starbucks, seluar awek dia sama dengan bantal busuk anak iol dlm stroller. Satu papan kain kat spotlight agaknya haha

Warna hitam dgn gajah2 comel warna putih. iol tak rasa sesuai buat jadi pakaian kan? Kikikiki merah muka awek dia ajak keluar kedai tapi bf dia senyum je suruh buat tak tahu kikiki
Quote talia 21-1-2021 10:19 PM
I kalau baju warna plain jer tak kisah sgt. Masalah kalau corak & warna sebijik tu jd malu tak tau nape
Quote lia98 22-1-2021 07:57 AM
I penah nmpak student i pakai baju kurung sama dgn yg i ada. Tp hari tu i tak pakai la (nasib baik).
Sejak tu i tak pakai dah baju kurung tu utk gi mengajar
Quote ais_kosong 22-1-2021 09:27 AM
Kalau aku pun malu juga. Tu malas nak beli baju brand orang suka beli.
Quote Artemesiaa 22-1-2021 07:59 PM
Kalau beli baju dari kedai yang ada banyak cawangan keberangkalian jumpa orang pakai bajun sama adalah besar

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.192321 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top