CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Disebalik Asal Usul Musa Samiri The Kingslayer

19-1-2021 08:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13542| Komen: 20




Artikel ini adalah kisah penuh mengenai Dajjal itu sendiri dan penamat artikel mengenai pelbagai watak Dajjal sebelum ini.

Dajjal adalah gelaran kepada Samiri yg bermakna menutupi atau deception. Samiri digelar Al Masih Dajjal kerana dia menutupi kebenaran dengan kebatilan.

Berdasarkan petunjuk dari Epic of Gilgamesh, kisah Nimrod, Horus, dan kisah Quetzalcoatl, Shih Huang Thi, Lord Pacal dan lain-lain.

Disimpulkan bahawa Dajjal sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Musa AS dan Muhammad SAW berdasarkan kod-kod sejarah yang ditinggalkannya.

Dajjal dirantai dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia hanya dirantai semasa zaman Nabi Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.


Dan kemudian dibebaskan semula setelah kewafatan baginda.



ASAL-USUL MUSA SAMIRI

Keluarga Samiri berasal dari sebuah negeri yang bernama Samirah atau disebut Sodom dan Gomorrah dalam Book of Genesis.

Negeri kecil ini terletak di tanah Canaan (Palestin) dalam garis masa tamadun Mesopotamia iaitu sekitar era Empayar Sumeria dan Babylon. Sebab itu dalam artikel yang lepas Dajjal dikaitkan dengan Gilgamesh dan Nimrod kerana ketiga-tiga mereka berasal dari tamadun yang sama.

Nama negeri Samirah ini berasal dari nama salah seorang anak kepada Nabi Nuh as iaitu Sam Bin Nuh.

Penduduk di negeri ini berasal dari keturunan susur galur Sam Bin Nuh selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia sewaktu zaman Nabi Nuh as.

Pada zaman Sodom dan Gomorrah ini, mereka telah mengamalkan cara kehidupan yang melazimi perbuatan maksiat seperti liwat dan seks bebas. Mereka juga turut mengagungkan patung anak lembu sebagai dewa dan tuhan.

Ibu bapa Samiri merupakan golongan penyembah patung anak lembu yang pada ketika itu adalah agama berhala bagi bangsa yahudi sejak sebelum dari kelahiran Nabi Musa as lagi.

Asal-usul keturunan bapanya ialah dari seorang ahli sihir yahudi yang dikenali dengan nama 'Syaqq', manakala ibunya pula adalah dari kalangan bangsa jin kelas atasan.

Kelahiran Samiri bermula dari cara permulaan benih ibu dan bapanya bercantum.

Ibu dan bapa Samiri adalah hasil dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.

Kedua-dua ibu bapa Samiri adalah adik-beradik kandung seibu sebapa.

Pada malam kelahiran Samiri, ibu bapanya telah menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan dengan membawa seekor lembu betina yang telah disembelih untuk mendapatkan restu dari patung anak lembu.

Ibu bapa Samiri telah melakukan upacara penyembahan dan berdoa kepada patung anak lembu tersebut supaya dikurniakan seorang anak lelaki.

Lalu patung anak lembu tersebut memberikan beberapa syarat-syarat aneh yang perlu di penuhi jika mereka menginginkan seorang anak lelaki.

Mereka dikehendaki menyediakan korban berupa seekor lembu betina dan diletakkan dihadapan patung anak lembu tersebut serta di suruh melakukan hubungan kelamin sewaktu si isteri sedang haid.

Oleh kerana terlalu menginginkan seorang anak lelaki, mereka hanya menuruti sahaja apa yang telah diarahkan oleh patung anak lembu tersebut yang sebenarnya adalah jelmaan Lucifer.

Maka Lucifer pun turut serta bersama si suami setiap kali dia bersetubuh dengan isterinya.

Maka bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh dengan kedengkian dari jin.

Setelah 30 tahun menanti, maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Musa Samiri, seperti mana yang telah tercatat dalam hadis Rasulullah Saw.

Dari hasil kelahiran dengan jalan yang kotor kerana melakukan hubungan sesama mahram pada ketika ibu kepada Samiri sedang haid, menjadikan Samiri sebagai manusia yang cacat dengan matanya buta sebelah.

Inilah asal usul kisah Horus yang dikaitkan dengan “mata satu” dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia.

Sejak dari kelahirannya, Samiri tidak mahu menyusu dan sentiasa tidur sepanjang hari hingga mengakibatkan payudara ibunya mengalami pembengkakkan dan menimbulkan rasa panas yang luar biasa.

Berbagai-bagai cara, ikhtiar dan usaha telah dilakukan tetapi hampa dan sia-sia.

Hal ini telah menjadi buah mulut penduduk negeri Samirah dan membuatkan ibu bapa Samiri menjadi semakin tertekan dengan keadaan tersebut.

Manakala Lucifer pula meneruskan perancangannya dengan menculik Samiri dan meletakkannya di bawah patung anak lembu tersebut.

Ia adalah propaganda Lucifer untuk menjadikan penduduk negeri Samirah begitu terpegun dengan Samiri apabila melihat ia berada di bawah patung anak lembu penyembahan mereka itu.

Sehinggakan mereka telah mencatatkannya di dalam sebuah manuskrip lama :

"Anak itu memang benar-benar dari keturunan Samirah, tanda isyarat bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Nabi Sam Bin Nuh as adalah pendiri gerakan negeri Samirah setelah terjadinya peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu. Ketika Nabi Sam Bin Nuh as masih kecil, ia tidak banyak bergerak, sehingga ia telah didatangi oleh malaikat yang telah mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam."

SAMIRI DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL AS.

Selepas Sodom dan Gomorrah dihancurkan dengan gempa bumi dan banjir besar, Samiri telah diselamatkan oleh Malaikat Jibrail atas arahan Allah SWT.

Samiri diletakkan di dalam sebuah gua di sebuah pulau terpencil di laut Syam.

Di dalam gua itulah Malaikat Jibril bersama-sama dengan seekor makhluk yang berbulu tebal bernama Al-Jassasah telah memelihara Samiri di atas perintah Allah Swt.

Di pulau tersebut, tabiat Samiri masih tetap sama seperti sebelumnya iaitu senantiasa tidur siang dan malam.

Dia hanya terjaga untuk makan dan minum saja.

Pada ketika umurnya telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mulai terbuka.

Mulai saat itu dia tidak sering tidur dan hanya tidur seperti kebiasaan manusia biasa.

Di waktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak dan berfikir.

Pada suatu hari, Samiri telah keluar berjalan-jalan mengelilingi sekitar pulau tempat tinggalnya itu.

Dia merasa kagum dan terasing dengan keindahan semulajadi pulau tersebut, namun ia sentiasa berwaspada.

Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh berhati-hati. Ketika sedang merayau-rayau di pulau tersebut, dia telah bertemu dengan Al-Jasassah.

Pada mulanya, Samiri merasa takut pada Al-Jassasah, tetapi Al-Jasassah kemudian mengajaknya untuk berbicara :

"Engkau adalah seorang anak kecil yang telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as di atas perintah Allah Swt daripada malapetaka banjir besar akibat dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah iaitu tempat di mana engkau dilahirkan telah dilanda malapetaka tersebut. Engkau telah di bawa oleh Malaikat Jibril as ke sini. Malaikat itulah yang telah menjaga makan dan minum engkau dengan izin Allah Swt. Aku pula telah diperintahkan untuk mengawasimu dan memberitahu bahawa engkau adalah seorang anak yang disayangi oleh Allah Swt dan diberikan kebebasan di dalam memilih jalan hidupmu. Jika engkau mengikuti jalan Malaikat Jibril as dan para Nabi, maka engkau akan menjadi seorang hamba yang dimuliakan dan seorang raja yang hebat di muka bumi ini.Tetapi jika engkau mengikuti jalan yang dipilih oleh iblis dan syaitan, maka engkau akan menjadi seorang penderhaka yang akan dikutuk oleh makhluk di langit dan seisi bumi kerana engkau akan berbuat kerosakan dan kejahatan yang sangat besar dan tiada taranya."

Kemudian Samiri di bawa oleh Al-Jasassah ke suatu tempat di pulau tersebut.

Tempat tersebut terdapat banyak batu-batuan yang tertera tulisan di atasnya. Kemudian Al-Jasassah berkata:

"Ini telah ditulis sendiri oleh Malaikat Jibril as dan merupakan pedoman hidup untuk engkau. Maka, janganlah engkau melencong dari pedoman-pedoman ini kerana ia akan menyebabkan engkau akan menjadi seorang manusia yang derhaka."

Samiri kemudian melihat di tepi sebuah batu besar yang ketujuh, iaitu batu yang paling besar di antara batu-batu lain yang telah di tulis oleh Malaikat Jibril as, lalu menghampirinya.

Di situ, dia terjumpa segumpal zat/materi yang merupakan sisa bahan penulisan Malaikat Jibril as yang di bawa dari syurga.

Samiri memegang zat tersebut dan bermain-main dengannya dan ia mendapati bahawa zat tersebut sangat ajaib kerana mampu menghidupkan kembali untuk sejenak, haiwan yang sudah mati.

Zat inilah yang kelak akan digunakan oleh Dajjal sehingga mampu menghidupkan makhluk yang sudah mati.



SAMIRI MENGEMBARA KE DUNIA LUAR.

Selama dia tinggal di pulau tersebut, Samiri telah banyak mempelajari ilmu-ilmu Tauhid dan ilmu-ilmu pengetahuan lain dari Al-Jasasah dan Malaikat Jibril as.

Di antara ilmu pengetahuannya ialah setiap benda yang disentuh oleh malaikat Jibril as akan hidup, seolah-olah ada rohnya dan kerana itulah Malaikat Jibril as digelar sebagai 'Ruhul Quddus' atau 'Ruhul Amin'.

Sehingga pada suatu waktu, Samiri telah keluar merantau keluar dari pulau tersebut dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan telah berlabuh di pulau itu.

Maka sejak dari saat itu, Samiri mula mengenali masyarakat dunia. Dia mula mengembara, menjelajah ke pelbagai tempat dengan tujuan untuk mencari dan mengumpulkan pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia.

Oleh kerana daya pemikirannya yang sangat genius yang telah di anugerahkan oleh Allah Swt, Samiri mampu mempelajari sesuatu perkara itu dengan cepat.

Kepandaian serta kemahirannya di dalam pelbagai bidang juga semakin meningkat, malah dia juga mudah menyesuaikan dirinya dengan suatu lingkungan baru.

Pengalaman yang telah di laluinya itu telah menjadikan Samiri seorang manusia yang misteri, pintar dan mempunyai kepakaran di dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya.

Setelah sekian lama dia mengembara melihat dunia luar, terlintas difikirannya untuk pergi ke negeri tempat kelahirannya.

Lantas dia pun membuat persiapan untuk belayar pergi menuju ke negeri Samirah.

Semasa dalam perjalanannya itu, Samiri telah singgah sebentar ke pulau tempat dia pernah diasuh oleh Al-Jasassah dan Malaikat Jibril as.

Setelah dia tiba di pulau tersebut, Samiri terus melangkah menuju ke tempat batu-batu di mana Al-Jasassah pernah membawanya ke situ semasa kecilnya dulu.

Samiri lantas mengambil segumpal Zat/Materi yang merupakan sisa bahan penulisan peninggalan Malaikat Jibril as.

Al-Jasassah yang pada ketika itu berada tidak jauh dari tempat Samiri berada, hanya berdiam diri dan memerhatikan saja tindak-tanduk perlakuan Samiri itu.

Samiri kemudiannya melanjutkan perjalanannya menuju ke negeri tempat kelahirannya.

Setelah beberapa hari lamanya mengharungi lautan, ia berlabuh di salah satu lembah di Palestin yang tersembunyi.

Kemudian ia meneruskan perjalanannya ke kampung halamannya iaitu negeri Samirah dengan menaiki seekor unta yang dibelinya.

Apabila dia tiba di negeri Samirah, dia mendapati negeri tersebut telah hancur binasa.

Ketika sedang meninjau-ninjau di kawasan tersebut, Samiri telah bertemu dengan beberapa orang yang usianya telah lanjut yang bernama Al-Jalil dan Al-Arbad.

Mereka bercerita mengenai kisah seorang anak kecil yang telah di ambil oleh Dewa.

Ada juga yang menceritakan kisah anak kecil yang diculik oleh Malaikat ketika terjadinya bencana banjir besar yang telah menghancurkan negeri Samirah.

Samiri mengetahui bahawa kisah anak kecil yang diceritakan oleh mereka itu adalah dirinya.

Setelah beberapa tahun tinggal di Palestin, Samiri meneruskan pengembaraannya ke Mesir.

Di sepanjang perjalanannya, Samiri selalu datang pada setiap zaman dan tamadun untuk menyesatkan umat manusia.

Samiri adalah manusia Immortal seperti yang disebut dalam Epic of Gilgamesh, dia tidak pernah tua dan di mamah usia.

Itulah salah satu di antara kelebihan yang telah diberikan oleh Allah Swt kepada Samiri.

Dan kerana kelebihan ini membuatkan Samiri mula menjadi angkuh dan merasakan dirinya layak untuk menjadi tuhan.

Ini kerana dia merasakan dirinya lebih cerdas daripada setiap manusia lain, bahkan baginya rohnya adalah roh dewa.

Selain dari menggembara ke tamadun lain, satu perkara penting yang berlaku padanya adalah penemuan Samiri terhadap kawasan segitiga bermuda yang didiami oleh Lucifer.

Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

Sebab mengapa Samiri memilih segitiga bermuda ini ialah kerana Samiri sudah mahir akan selok-belok lautan sejak sekian lamanya.

Tambahan pula, Samiri memang tinggal dan membesar di sebuah pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.

Samiri juga dilihat berjaya membina suatu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilihnya itu sudah pun dipelopori oleh Lucifer.

Samiri telah membina suatu penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia.

Proses pembinaan itu telah dibantu oleh para jin dan syaitan itu sendiri.

Ketika di Mesir, Samiri telah melihat pelbagai perkara dan peristiwa termasuklah mukjizat-mukjizat Nabi Musa as.

Di antaranya ialah peristiwa ketika Nabi Musa as membelah Laut Merah dengan tongkatnya semasa ia diburu oleh firaun dan bala tenteranya.

Pada ketika itu Nabi Musa as tidak menyedari bahawa salah seorang daripada pengikut yang menyertai rombongannya ketika itu adalah Samiri.

Ketika sedang melalui belahan Laut Merah tersebut, Samiri telah terlihat suatu 'lukisan-lukisan aneh' yang terdapat pada dinding-dinding belahan Laut Merah tersebut.

'Lukisan-lukisan aneh' tersebut adalah 'lukisan-lukisan' peninggalan bangsa-bangsa jin (Demon) yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini.

Bermula daripada situlah Samiri telah mengenali suatu bangsa yang mampu memberikan bantuan kepadanya yang tidak mampu diberikan oleh manusia biasa.

SAMIRI DI ZAMAN NABI MUSA AS.

Ketika Nabi Musa as dan para pengikutnya telah selamat dari buruan firaun dan bala tenteranya, mereka pun meneruskan perjalanan dan tiba di Gunung Thursina.

Kemudian Allah Swt telah mewahyukan kepada Nabi Musa as agar berangkat ke Puncak Gunung Thursina kerana di sana Allah Swt akan menurunkan Syariat-Nya dan kitab Taurat kepada Nabi Musa as, kitab yang berisi petunjuk dan bimbingan bagi kaum bani Israel.

Nabi Musa as pun bersiap untuk pergi ke puncak Gunung Thursina seperti yang telah diarahkan.

Sebelum berangkat, Nabi Musa as berwasiat kepada saudaranya Nabi Harun as agar menjaga bani Israel selama pemergiannya.

Nabi Musa as berjanji kepada kaum bani Israel yang ditinggalkan di bawah pimpinan Nabi Harun as bahawa baginda tidak akan meninggalkan mereka lebih dari tiga puluh hari.

Akan tetapi Allah Swt telah memerintahkan kepada Nabi Musa as supaya berpuasa selama sepuluh hari lagi di puncak gunung tersebut.

Maka Nabi Musa as tidak dapat menepati janjinya kepada kaum bani Israel untuk kembali kepada mereka di dalam waktu seperti yang telah dijanjikannya.

Bani Israel mula merasa kecewa dan kesal kerana Nabi Musa as masih belum kembali kepada mereka seperti yang telah dijanjikan oleh Nabi Musa as.

Mereka melontarkan kata-kata seolah-olah Nabi Musa as telah meninggalkan mereka dalam kegelapan dan dalam keadaan yang tidak menentu.

Mereka merasakan seolah-olah telah kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak memberikan bimbingan dan petunjuk kepada mereka.

Dalam keadaan tidak berpuas hati dan bingung yang sedang meliputi kelompok bani Israel itu, ianya telah digunakan oleh Samiri sebagai suatu kesempatan yang baik untuk menyebarkan benih syiriknya dan merosakkan akidah para pengikut Nabi Musa as yang baru sahaja menerima ajaran Tauhid dan beriman kepada Allah Swt.

Samiri menghasut mereka dengan mengatakan bahawa Nabi Musa as telah tersesat dalam tugasnya untuk mencari Tuhan bagi mereka dan dia tidak akan kembali lagi.

Kemudian Samiri telah menganjurkan kepada mereka agar mencari tuhan yang lain sebagai ganti kepada Tuhan Nabi Musa as.

Samiri melihat bahawa hasutannya itu dapat menggoyahkan iman dan akidah para pengikut Nabi Musa as yang belum benar-benar meresapi ajaran Tauhidnya.

Samiri pun segera membuat sebuah patung anak lembu untuk di sembah oleh kaum bani Israel sebagai tuhan, pengganti Tuhan kepada Nabi Musa as.

Patung anak lembu tersebut diperbuat dari emas yang telah dikumpulkannya dari perhiasan-perhiasan para wanita yang ada pada kaum bani Israil.

Dengan kemahirannya di dalam bidang pengukiran, patung anak lembu tersebut dibuat dengan begitu teliti sehingga dapat mengeluarkan suara menguap seakan-akan anak lembu yang hidup.

Kemudian Samiri berkata kepada mereka :

"Ini adalah tuhan kalian dan juga tuhan kepada Musa."

Oleh kerana begitu tertarik dengan patung anak lembu tersebut serta kagum pada Samiri yang petah dan pandai bermain dengan kata-kata, hampir seluruh kaum bani Israel yang masih lemah iman dan akidahnya itu telah terpedaya dan lupa akan pesanan Nabi Musa as untuk kekal dan tidak menyembah selain daripada Allah yang maha Esa.

Manakala Nabi Harun as pula tidak mampu untuk menghalang dan menangani akan kedegilan dan sikap keras kepala kaumnya yang telah kembali menjadi murtad itu, kerana baginda berasa bimbang jika baginda menangani mereka dengan cara yang keras, akan terjadi perpecahan di antara mereka dan ini akan membuatkan keadaan menjadi lebih rumit dan akan menyukarkan baginya dan Nabi Musa as kelak untuk mencarikan jalan penyelesaian dari krisis keimanan yang melanda kaumnya itu.

Maka ia hanya memberikan peringatan dan nasihat kepada mereka sementara menanti kepulangan Nabi Musa as dari Gunung Thursina.

Dalam pada itu, Nabi Musa as yang telah selesai bermunajat kepada Allah Swt dan sedang dalam perjalanan pulang, telah mendapat isyarat mengenai Nabi Harun as yang sedang menghadapi masalah bersama kaumnya itu selama pemergiannya.

Nabi Musa as berasa amat sedih sekali dan kemudian menjadi sangat marah tatkala tiba, baginda melihat kaumnya sedang berpesta mengelilingi, menyembah serta memuji-muji patung anak lembu emas tersebut.

Nabi Musa berasa sangat marah dengan Samiri yang menjadi punca kesesatan Bani Israel lalu menghalau Samiri keluar dari Mesir.

Akhirnya kaum Nabi Musa as itu sedar di atas segala kesalahannya dan mengakui bahawa mereka telah disesatkan oleh syaitan dan memohon ampun dan rahmat Allah Swt agar selanjutnya melindungi mereka dari godaan syaitan dan iblis yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.

Selepas diusir dari Mesir, Samiri pun mengembara sendirian ke pelbagai negeri, mempelajari bahasa-bahasa dan tulisan-tulisan setiap masyarakat yang ada di dunia ini, mengumpulkan ilmu-ilmu pengetahuan kuno yang kini dianggap telah musnah.

Dia mengharungi zaman Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as sehinggalah sampai ke zaman Nabi Isa as.

Pada zaman Nabi Isa as juga, dia turut di usir oleh Nabi Isa as. Namun Samiri berjaya menyesatkan segolongan umat Nabi Isa as.

Samiri memainkan peranan sebagai Judas Iscariot yang disalib dan seterusnya jadi batu loncatan untuk mewujudkan watak Jesus.

Kemudian Samiri pun meneruskan pengembaraannya dengan menjelajahi lautan, tanah-tanah tandus, padang pasir dan kota-kota.

Dia juga telah bergaul dengan pelbagai jenis kehidupan dan makhluk-makhluk hidup, mempelajari berbagai-bagai pengalaman tanpa batas.

Namun, setelah sekian lama dia mengembara sehingga beratus-ratus tahun lamanya, bentuk fizikalnya tetap muda seperti seorang lelaki yang berusia 30 tahun, meski pun usianya telah mencecah ribuan tahun.

Semakin lama Samiri mula menjadi semakin taksub dengan pemikiran untuk menguasai dunia.

Tetapi sebelum itu dia merasakan perlu untuknya kembali terlebih dahulu ke pulau tempat dia dibesarkan untuk berfikir, merancang dan menyusun agendanya untuk menguasai seluruh negeri di dunia ini.

SAMIRI DI RANTAI DAN DI KURUNG DI DALAM GUA DI SEBUAH PULAU.

Setelah berkelana ke pelbagai tempat selama ribuan tahun, akhirnya Samiri pulang semula ke pulau di mana dia pernah di asuh oleh Al-Jasassah dan malaikat Jibril.

Tetapi apabila dia berlabuh dan berjalan menuju ke arah gua tempat dia diasuh dahulu, Al-Jasassah bersama-sama dengan dua puluh makhluk lain telah menghalang jalannya.

Di tangan mereka terdapat rantai besi waja yang tampak jelas bukan buatan dunia.

Samiri yang pada ketika itu sedang menggigil ketakutan, bertanya kepada Al-Jasassah :

“Siapakah mereka? Bagaimanakah mereka dapat sampai ke sini?"

Al-Jasassah menjawab :

“Wahai manusia yang paling bodoh! Engkau telah mensia-siakan dua kesempatan yang telah diberikan kepadamu iaitu kesempatan untuk bertaubat ketika pertemuan mu dengan Nabi Musa as dan Nabi Isa as, dan tidak tersisa bagimu kecuali janji yang terakhir itu."

Janji terakhir itu adalah pesan Malaikat Jibril as seperti yang tertulis pada batu yang ketujuh untuk Samiri :

"Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang telah dibawa kepadamu oleh seorang Nabi yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad Saw, yang akan datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman dan meyakini apa yang kami imani, maka Allah Swt akan mempermudahkanmu untuk mengimani penutup para Nabi. Dia bernama Muhammad Al-Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul ditengah-tengah kaum yang buta huruf. Dia akan berhijrah ke tempat-tempat yang banyak ditumbuhi dengan pohon-pohon kurma dan yang mempunyai banyak mata air serta sumur tawarnya dengan tanah subur. Jika engkau mendustakan Nabi yang mendahului Muhammad, maka Allah Swt akan menutup pintu hatimu dengan selubung hitam. Hatimu akan menjadi cenderunh kepada kejahatan dan tidak dapat melihat cahaya. Akalmu hanya akan melihat dirimu sendiri saja seperti iblis yang terkutuk dan engkau pun akan menjadi teman akrabnya. Jika engkau tidak mempercayai akan kewujudan Allah Swt dan para malaikat-Nya serta para Rasul-Nya, maka engkau akan dimasukkan ke dalam penjara seribu tahun lamanya. Engkau hanya akan dibebaskan pada ketika Nabi Muhammad Saw telah Wafat."

Ketika Samiri tersedar daripada pengsannya, dia mendapati dirinya telah berada di dalam gua dan Al-Jasassah sedang berada dihadapannya.

Manakala kedua-dua tangan dan kakinya terbelenggu dengan rantai yang sangat panjang bagi memudahkan dia bergerak, duduk, berdiri, berjalan dan membuang air berhampiran telaga yang telah disiapkan untuknya.

Al-Jasassah bersungguh-sungguh untuk memastikan kebersihan dan mengurus badan Samiri.

Manakala Samiri pula diliputi dengan ketakutan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini.

Samiri belum pernah melihat belenggu yang sedang mengikatnya bahkan ketika di dalam penjara firaun dan kerajaan lain yang pernah dikunjungi semasa pengembaraannya.

Kemudian Al-Jasassah berkata lagi :

“Engkau adalah manusia akhir zaman, raja segala kejahatan di masa hadapan yang dikutuk oleh seluruh penghuni langit dan bumi. Engkau telah dianugerahkan oleh Allah Swt dengan kekuatan dan kecerdasan yang tiada tandingannya serta diberikan kebebasan di dalam memilih jalan hidupmu. Tetapi inilah jalan yang telah engkau pilih. Sekarang engkau berada di zaman penutup para Nabi, iaitu kekasih Allah Swt, Nabi Muhammad Saw. dia telah lahir beberapa hari yang lalu ketika engkau berada ditengah-tengah lautan. Engkau kini berada dipenghujung zaman di muka bumi ini. Janji Allah Swt itu telah datang tepat pada masanya. Engkau tidak akan terlepas dari rantai yang sedang membelenggumu kecuali setelah wafatnya Nabi Muhammad Saw. Tanda-tanda keluarmu sebagai manusia paling sombong di dunia ini adalah keringnya pohon-pohon kurma Baisan, berkurangnya air Tasik Tiberias, keringnya mata air Zughar dan banyak terjadinya malapetaka dan gempa bumi yang dahsyat sebelum keluarnya musuh-musuhmu yang akan memarahimu dan memerangimu."

Sambil berusaha melepaskan diri dari belenggu yang sedang mengikatnya, Samiri berkata :

“Bagaimana aku dapat meyakini bahawa segala perkataanmu itu adalah benar? Sungguh aku ingin keluar dari sini untuk memerintah dunia. Dunia tidak ada rajanya kecuali aku, sedangkan engkau berterusan menghalangi aku. Aku adalah manusia paling tua di dunia ini kerana waktu tidak berpengaruh kepadaku. Seluruh dunia disekitarku telah berubah, tetapi aku tidak pernah berubah, tidak pernah tua dan tidak beruban. Segala sesuatu disekitarku tunduk kepadaku. Aku adalah anak dewa!"

Al-Jasassah menjawab :

“Engkau bersabar atau pun tidak, janji Allah Swt itu pasti benar. Engkau akan dilaknat dan dilemparkan ke dalam neraka seperti iblis dan syaitan yang terkutuk, yang telah diperingatkan kepadamu melalui tulisan-tulisan Malaikat Jibril as untukmu."

KISAH TAMIM AD-DARI BERTEMU DENGAN DAJJAL.

Agar lebih jelas mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Dajjal Samiri ini, berikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Fatimah Binti Qais ra.

Di dalam riwayat tersebut telah dinyatakan bahawa ia berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Saw menyeru : Solat jemaah! Solat jemaah." (panggilan waktu solat).

Fatimah Binti Qais melanjutkan :

“Maka aku pun pergi ke masjid dan solat jemaah bersama dengan Rasulullah Saw dan para jemaah yang lain, dan aku berada pada saf pertama para wanita. Setelah selesai menunaikan solat, Rasulullah Saw pun duduk di atas mimbar.

Kemudian baginda berkata :

“Hendaklah masing-masing tetap di tempatnya! Tahukah kalian mengapa aku mengumpulkan kalian semua? "

Para sahabat menjawab :

“Allah Swt dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Kemudian baginda bersabda :

“Bukan kerana suatu khabar gembira dan bukan pula kerana suatu ancaman. Tetapi kerana Tamim Ad-Dari yang pada asalnya adalah seorang nasrani lalu dia datang menyatakan akan keIslamannya dan menceritakan kepada aku tentang kejadian yang sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian semua tentang al-masih ad-dajjal. Dia menceritakan kepada aku bahawa dia telah pergi berlayar bersama-sama dengan tiga puluh orang dari Lakhm dan Juzam. Ketika di dalam perjalanan, suatu ombak yang besar telah membuatkan mereka terombang-ambing di lautan sehingga sebulan lamanya dan akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau di arah timur matahari. Mereka pun turun dan duduk beristirahat berhampiran kapal mereka dan kemudian memasuki pulau tersebut. Di pulau tersebut mereka telah bertemu dengan seekor makhluk melata yang dipenuhi dengan bulu yang tebal sehinggakan mereka tidak tahu yang manakah bahagian hadapan dan yang manakah bahagian belakangnya.

Kemudian mereka bertanya :
“Makhluk apakah engkau ini?"

Al-Jassasah pun menjawab :
“Aku adalah Al-Jasassah."

Mereka bertanya lagi :
“Apakah itu Al-Jasassah?"

Tetapi Al-Jassasah tidak menjawab pertanyaan mereka itu. Kemudian AlJassasah berkata :

“Pergilah kalian menemui seorang lelaki yang ada di dalam gua besar di sana, kerana dia sangat ingin mendengarkan berita dari kalian."

Tamim berkata :
“Ketika dia menyebut nama seorang lelaki, kami merasa takut apakah makhluk itu adalah syaitan. Maka kami pun bergegas pergi ke arah yang telah ditunjukkan oleh Al-Jasassah, dan kami menemui sebuah gua besar lalu masuk ke dalamnya. Di situ ada seorang manusia yang paling besar dan gagah yang belum pernah kami lihat. Kedua-dua tangannya terbelenggu ke lehernya di antara kedua-dua lutut dan sikunya.

Lalu kami pun bertanya kepadanya :
"Celakalah engkau! Makhluk apakah engkau ini?"

Samiri itu menjawab :
“Kalian mampu menemuiku. Sekarang beritahulah aku siapakah kalian ini!"

Mereka (Tamim dan rombongan) menjawab:

“Kami adalah orang-orang arab. Ketika kami sedang berlayar di tengah-tengah lautan, tiba-tiba berlaku ombak kuat dan kami pun terumbang-ambing selama sebulan sampai akhirnya kami tersadai di pulau ini. Kami pun merapat dan memasukinya. Tiba-tiba kami bertemu dengan seekor makhluk yang berbulu tebal sehingga sukar bagi kami untuk mengetahui yang mana satu bahagian hadapan dan belakangnya. Makhluk itulah yang telah menyuruh kami datang ke sini bertemu dengan engkau.”

Kemudian Samiri berkata :
“Beritahu kepadaku tentang kebun Kurma Baisan!"

Mereka bertanya :
“Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Samiri itu berkata :
“Tentang pohon-pohon kurmanya, apakah ianya masih berbuah?"

Mereka berkata: "Ya."

Kemudian Samiri itu berkata : "Ketahuilah bahawa pohon-pohon kurma itu akan hampir kering dan tidak akan berbuah lagi.”

Kebun Kurma di wilayah Baisan atau Beit She’an, North District Israel. Dahulu Baisan adalah sebuah wilayah yang subur dengan tanaman kurma yang sangat banyak dan berbuah cukup lebat. Namun, dalam dua tahun ini, pokok-pokok kurma di Baisan tidak lagi mengeluarkan buah.

Samiri bertanya lagi :
“Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Tasik Tiberias!"

Mereka bertanya:
"Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Samiri itu bertanya:
“Apakah di sana masih ada airnya?"

Mereka pun menjawab:
“Tasik itu memang banyak airnya."

Kemudian Samiri itu berkata :
"Ketahuilah bahawa airnya tidak lama lagi akan mengering.”

Tasik Tiberias atau juga disebut sebagai Sea of Galilee merupakan tasik air bersih yang terletak di Utara Palestin, bersebelahan sempadan Syria dan Jordan.

Menerima punca air utama daripada Sungai Jordan selain dari Bukit Golan dan punca bawah tanah. Dan menjadi bekalan air bersih kepada penduduk negara haram Israel terutamanya Tel Aviv.

Samiri bertanya lagi :
“Sekarang beritahu aku tentang mata air Zughar!"

Mereka bertanya :
"Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"

Samiri itu bertanya :
“Adakah masih banyak airnya? Adakah penduduk disekitarnya memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam?"

Mereka menjawab:
“Ya, airnya sungguh banyak. Penduduk disekitarnya juga memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam."

Ein Zughar terletak di Selatan Laut Mati, Jordan. Sebahagian berpendapat ia berada di Selatan Tasik Tiberias, berhampiran Ein Sultan, beberapa kilometer dari Bandar Areha.

Samiri itu bertanya lagi :
"Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Nabi yang ummi, apakah yang telah dilakukannya?"

Mereka menjawab :
“Dia telah muncul di Kota Makkah dan tinggal di Yathrib."

Samiri itu bertanya :
“Apakah orang-orang arab memeranginya?"

Mereka menjawab : "Ya."

Samiri itu bertanya pula :
“Apakah yang dilakukannya kepada mereka?"

Maka mereka pun memberitahunya bahawa telah nampak para pengikutnya dari kalangan orang-orang Arab, dan mereka mematuhinya.

Samiri itu bertanya :
“Adakah hal itu sudah berlaku?"

Mereka menjawab : "Ya."

Kemudian Samiri itu berkata :

“Jika demikian, maka yang terbaik bagi kalian ialah mematuhinya. Sekarang aku akan menerangkan kepada kalian siapakah sebenarnya aku ini. Aku adalah Al Masih Dajjal, hampir sampai masanya aku akan diizinkan keluar, lalu aku akan berjalan mengelilingi bumi, tidak ada satu tempat pun yang tidak akan aku singgahi di dalam waktu empat puluh malam kecuali Kota Makkah dan Taibah kerana kedua-duanya itu telah diharamkan ke atasku. Setiap kali aku berusaha untuk memasuki salah satu dari kedua-duanya, aku akan dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang dan mengusir aku supaya menjauhi kedua-dua kota itu. Setiap celah dan penjuru kota itu telah dijaga dan dikawal rapi oleh para Malaikat."

Fatimah Binti Qais (Perawi Hadis ini) berkata, Rasulullah Saw menghentakkan tongkat baginda ke mimbar dan berkata :

"Inilah Taibah, inilah Taibah (Taibah yang dimaksudkan ialah Madinah). Bukankah aku pernah menyampaikan hal seperti ini kepada kalian?"

Para sahabat menjawab : "Benar."

Baginda melanjutkan lagi :

“Sesungguhnya apa yang telah disampaikan oleh Tamim Ad-Dari itu membuatku kagum kerana ianya sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian tentang Dajjal, Madinah dan Makkah. Ia bukan berada di laut Syam atau laut Yaman, tetapi ia berada di timur! Ia berada di timur! Ia berada di timur!" Sambil memberi isyarat dengan tangannya ke arah timur.

Dalam hadis diatas ini Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Tiberias.

Ini jelas Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu.

Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad.

Dan Dajjal memberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat.

Ini adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.

Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul.

Sejak sebelum kelahiran Muhammad, dia telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan bergaya di akhir zaman.

Dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia akhir zaman.

Allah Swt telah memberikan kesempatan kepada Dajjal di akhir zaman (zaman kita) untuk menyesatkan seluruh umat manusia terutamanya umat Islam.

Maka peluang itu dimanfaatkan oleh Dajjal dengan sebaik-baiknya dengan menimbulkan dan menyebarkan fitnah (kerosakan) yang dahsyat dan melakukan huru-hara serta menyebabkan kerosakan besar di muka bumi ini.

Di era moden ini, tiada satu sektor, bahagian, tempat atau ceruk mana pun yang tidak mendapat sentuhan daripada Dajjal Samiri.

Sehinggakan Amerika juga telah digantikan dengan nama Samiri yang kemudian disingkatkan menjadi Sam yang, lalu terciptalah simbol Uncle Sam.

Di dalam simbol ini Uncle Sam digambarkan sebagai seorang yang berseragam rahib yahudi, menggunakan tudung laken, berjanggut dan berkumis tebal serta mengenakan pakaian sama macam seragam rahib yahudi.

Mungkin kerana inilah, muncul suatu ungkapan dari sebahagian para ulama' di dalam hal pendidikan dan pengajaran iaitu :

“Musa yang di didik oleh Firaun telah menjadi salah seorang Nabi dan Rasul, sedang Musa Samiri yang di didik oleh Malaikat Jibril as telah menjadi manusia yang paling ingkar kepada Allah Swt...!”

- SIRI DAJJAL THE END



Sumber : Muhd Arifin
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Coolie


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-1-2021 09:02 PM
Kata mak bapak samiri adik beradik tapi kenapa mak dia ada keturunan jin?

Quote kookiechip 19-1-2021 09:12 PM
Pernah baca cerita ni.
I ada buku dia. Buku lama rasanya.
Menarik jugak
Quote isseliparjepun 19-1-2021 09:42 PM
sharlenetexas replied at 19-1-2021 09:02 PM
Kata mak bapak samiri adik beradik tapi kenapa mak dia ada keturunan jin?

Dari apa yang i faham, sebab waktu mak bapak samiri bersama waktu mak dia datang haid, lucifer turut serta. Jadi itu yang dikatakan berketurunan jin sebab ada benih lucifer sekali. Wallahualam. Kalau i silap, betulkan ya.
Quote Munshi 19-1-2021 09:58 PM
isseliparjepun replied at 19-1-2021 09:42 PM
Dari apa yang i faham, sebab waktu mak bapak samiri bersama waktu mak dia datang haid, lucifer tur ...

Tapi lucifer tu kan lelaki?
Quote isseliparjepun 19-1-2021 10:16 PM
Munshi replied at 19-1-2021 09:58 PM
Tapi lucifer tu kan lelaki?

Pernah dengar threesome? Something or similar like that I rasa.
Quote Munshi 19-1-2021 11:05 PM
isseliparjepun: Pernah dengar threesome? Something or similar like that I rasa.

No. Maksud saya, ibu samiri masih manusia la kan bukan jin kelas atasan sebab ovum manusia - jin kelas atasan tu lucifer - male pembawa sperma sama macam ayah samiri la. Bukan mcm tu? Ntahlah pelik sgt cerita ni mcm terlalu fiksyen. But interesting.
Quote Munshi 19-1-2021 11:07 PM
Munshi: No. Maksud saya, ibu samiri masih manusia la kan bukan jin kelas atasan sebab ovum manusia - jin kelas atasan tu lucifer - male pembawa sperma sama ma ...
and another thing - the kingslayer maksudnya yg akan slay nabi isa - the king. Ni boleh ke muslim refer nabi isa to king/lord ?
Quote wnwa05 19-1-2021 11:11 PM
anti christ maksudnya orang kristian pun akan tentang sama puak2 dajjal ni kan.selain islam?
Quote chinta89 19-1-2021 11:15 PM
Panjang nk baca tp hbs jgk. Dh lama x baca thread yg ada info bagus.
Quote Coolie 20-1-2021 05:51 AM
Assalamualaikum wbt..

MashaAllah panjang pencerahan tentang dajjal laknatullah.. Alhamdulillah ianya adalah merupakan cerita israiliyat dimana boleh didengari dan tidak boleh yakin dan percaya. Rosak aqidah sebab selaku hambaNya hanya berpegang teguh kepada AlQuran dan Sunnah Baginda SAW..

Daripada AlQuran

Bismillahirahmanirahimm

"Maka tatkala datang adzab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, (QS. 11:82) yang diberi tanda oleh Rabbmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang dhalim. (QS. 11:83)”
(surah Huud ayat 82-83)

Surah ini berkait rapat dengan surah sebelumnya yakni surah Yunus berkenaan ketetapanNya bertentangan dengan adanya Syafaat Qahriyah. Tarbiyah Allah SWT melalui surah ini adalah PENEKANAN larangan menyeru selain daripada Allah SWT untuk mendapatkan sebarang bantuan. Terdapat 4 dakwa Allah SWT dalam surah ini. Salah satu utamanya adalah pada ayat 2-3 merangkumi 4 dalil Naqli pada kisah 1,2,3 dan 6 dimana hati mukminin wajib menyakini doa dan seru hanyasanya kepada Allah SWT shj dan tiada yang lain kerana ianya adalah "Tauhid fid doa".

Ayat 5-6 adalah Dakwa Allah SWT ke 2 berkenaan ilmu dan kuasa tasarruf Allah SWT meliputi segalanya.
Celaan Allah SWT pada 15-16 terhadap golongan yang inginkan amalannya untuk kehidupan dunia semata mata dan utk diperlihatkan oleh manusia.
Kisah Nabi Huud pada kisah kedua dimana berkenaan Riwayat Israiliyat dimana kebanyakan ulamak tersohor menyarankan mukminin agar "Jangan membenarkan ahli kitab dan jangan juga mendustakannya" - Al Fauzul Kabir.

Pembetulan salahfaham hari ini adalah dajjal laknatullah pasti akan tiba masanya dan salasilah nya tidak perlu dititik beratkan kerana AlQuran dan Sunnah Baginda SAW lebih utama. Perlu diperingatkan mengenai agenda yahudi utk memesongkan aqidah mukminin. Kerana golongan ini berulangkali Allah SWT ceritakan dalam AlQuran agar kita tidak seru selain daripada Allah SWT walaupun seketika. Dajjal laknatullah akan bawa air Dan api utk dijadikan sebagai pilihan. Apakah pendinding mukminin? Pesanan Baginda SAW bahawa DOA adalah senjata mukminin. Syariat disarankan agar hindari dan sembunyikan diri (ke lereng bukit) daripada dajjal laknatullah.

Manakala bagi golongan ahli kitab (yahudi) memusuhi malaikat Jibrail as. Pada hakikat, malaikatNya Jibrail as yang mengajar nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW (bertalaqi) tentang AlQuran berbentuk wahyu. Disini, mukminin dilarang sama sekali untuk menyeru para malaikatNya, apatah lagi dari golongan jin. Serulah Ya Rahman Ya Rahim Ya Shakur Ya Razaq (asmaul husna)..

DLam kisah tersebut Mujahid berkata: “Jibril as telah mengambil kaum Luth dari tempat gembala dan dari rumah mereka. Ia membawa mereka dengan binatang-binatang harta benda mereka, kemudian ia mengangkatnya hingga penduduk langit mendengar jeritan anjing mereka, lalu ia telangkumkannya.”

Perbezaan dan salahfaham tentang Lucifer adalah melakukan hubungan intim ketika keadaan haid (wanita) dan memang syaitan (golongan jin) mengemari keadaan sedemikian. Tambahan pula tidak berselimut (live in action) ketika berintim mesra hingga lupa kad mesra.. Kad mesra mukminin adalah DOA..
Dari kitab Shahih al-Bukhari telah ditegaskan, dari Ibnu Abbas, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Jika salah seorang di antara kalian hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia mengucapkan:

"BismillaaHi allaaHumma jannabnasy syaithaana maa razaqtanaa"
Mahfumnya, "Dengan nama Allah, Ya Allah hindarkanlah kami dari syaitan, dan jauhkan-lah syaitan dari apa yang Dikau anugerahkan kepada kami. Kerena sesungguhnya jika dari hubungan itu keduanya ditakdirkan mempunyai anak, maka anak itu tidak akan pernah dicelakakan oleh syaitan selamanya.”

Moga Allah berkati kita sentiasa Dan beri kekuatan afiatNya dalam apajua keadaan terutamanya debu dajjal (covid19) ini.
Quote husna_amal 20-1-2021 10:09 AM
Bila baca artikel ni terbayang ceramah ustaz auni.
Quote gigahertz 20-1-2021 10:10 PM
chinta89 replied at 19-1-2021 03:15 PM
Panjang nk baca tp hbs jgk. Dh lama x baca thread yg ada info bagus.

Masa buat patung lembu tu ada yang mengatakan debu tapak kaki kuda malaikat jibril tu di kumpul oleh Samiri
Quote c===8 21-1-2021 10:59 AM
sharlenetexas replied at 19-1-2021 09:02 PM
Kata mak bapak samiri adik beradik tapi kenapa mak dia ada keturunan jin?

sampai situ je saya trus stop membaca
Quote sharlenetexas 21-1-2021 12:53 PM
c===8 replied at 21-1-2021 10:59 AM
sampai situ je saya trus stop membaca

Kenapa pulak?

Quote Normabaru 21-1-2021 12:55 PM
Coolie replied at 20-1-2021 05:51 AM
Assalamualaikum wbt..

MashaAllah panjang pencerahan tentang dajjal laknatullah.. Alhamdulillah i ...

Ya betul. Kawan kaka pon kata benda ni ada element israeliyat..

Mohon mod @ tt tarik artikel ni turun.. Jgn nnt jadi dosa kering sebar dakyah

Ni kaka share link sumber sahih

Boleh pakat2 baca dan share

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2989-bayan-linnas-siri-ke-161-dajjal-hakikat-dan-tanda-akhir-zaman

Nabi saw ada membacakan ayat Quran berkaitan Samiri,
Nabi saw ada meriwayatkan Hadis berkaitan Dajjal seakan Ibn Qatn,
namun tiada riwayat Nabi saw menyatakan Dajjal itu adalah Samiri

Wallahualam
Quote helicornia 22-1-2021 03:45 PM
panjangnya..
napa iols rasa mcm tahyul je
mmg le dajjal tu wujud tp siap ada lucifer segala dh mcm skrip filem pulak
Quote spankee_fili 23-1-2021 04:14 PM
Bapa = keturunan ahli sihir yahudi
Ibu = keturunan jin bangsawan
Tapi ibu dan bapa ialah adik beradik

Kalau adik beradik, keturunan patutnya sama. Ke ai salah paham?
Quote Ain_h 26-1-2021 02:24 AM
Ini kisah benar ye? {:question
Quote SayaSayangMama 6-4-2021 12:55 PM
Nk baca sejarha ni kena buat nota sbb lama lama lupa balik. Klu dgr citer ustaz auni kena catit ni. Esok boleh citer kt anak anak. Dulu ada baca buku segi tiga bermuda. Byk kisah samiri ni saje ber bab bab

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049250 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top