Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa membayar yuran penuh persekolahan anaknya Keisha Laila biarpun hanya belajar secara dalam talian.
Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, berharap pihak sekolah mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah yuran kanak-kanak itu yang berjumlah kira-kira RM18,000 setahun. Nabila turut berpendapat pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan sejak setahun lalu akibat pandemik Covid-19 tidak menarik perhatian anaknya untuk belajar. "Saya rasa online class tak berjalan (berkesan) untuk anak-anak kita. Saya bayar yuran penuh dan ia sangat tidak berbaloi. "Saya ingatkan tahun ini sekolah boleh bertolak ansur dengan kurangkan yuran sebab pelajar kena belajar online lagi tahun ini.
"Rupanya tahun ini pun mereka (pihak sekolah) masih lagi mementingkan diri. Tak masuk akal langsung!" kata menerusi posting di Instagram. Untuk rekod Keisha mengikuti persekolahan di sebuah sekolah swasta. Selain itu tambah Nabila, dia berpendapat yuran persekolahan perlu dikurangkan memandangkan pelajar tidak hadir secara fizikal di sekolah. "Kepada semua ibu bapa, dah sampai masa untuk kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tiada siapa pun nak bantu kita selesaikan masalah yang dah spend duit daripada tahun lepas untuk anak-anak kita tapi (hanya untuk) online classes. "Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai fasiliti cuma nak bayar gaji cikgu. Kenapa kita nak kena terus membayar macam ini? "Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes. Memanglah orang akan cakap tak tahu, belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu tiada masalah," katanya.
|
Lula2 replied at 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu k ...
Lula2: Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu kena potong jugak. Ni private school
airmineral replied at 19-1-2021 05:19 PM
abes duit tu pegi mane plk..
Lula2 replied at 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu k ...
Lula2 replied at 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu k ...
Lula2 replied at 19-1-2021 05:05 PM
Kalau bayar gaji cikgu tu takpe juga, td i terbaca org post parents kena yuran full, tp gaji cikgu k ...
salmon-suki replied at 19-1-2021 06:21 PM
Yep..ada je gtu .y lebih tu masuk kt org atas ler..sme mcm company ai ni..staff gaji potong byk gi ...
ADVERTISEMENT