CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salji Turun Di Gurun Sahara

19-1-2021 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3056| Komen: 12

Pemandangan Gurun Sahara di Afrika yang sebelum ini terkenal dengan cuaca panas terik dan kering kini bertukar apabila dilitupi salji.

Ia juga menyaksikan beberapa kawasan di Arab Saudi dilitupi ais akibat suhu yang mencecah -2 darjah Celsius.


Situasi itu menyamai keadaan di beberapa kawasan lain di Afrika dan Algeria yang turut dilanda salji dan cuaca sejuk.

The Sun melaporkan jurugambar merakam imej unta dengan salji yang turun di Tabuk di barat laut Arab Saudi itu dengan suhu 7 darjah Celsius.

Foto: Agensi

Arab Saudi pernah dilanda salji pada 2018 dan ia bagaikan pesta bagi penduduk yang mengambil kesempatan itu untuk meluncur salji dan bermain bola salji.


Seorang jurugambar, Karin Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar Ain Sefra, Algeria dekat sempadan Maghribi yang menunjukkan beberapa unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada -3 darjah Celsius.

Januari adalah bulan paling sejuk di Arab Saudi dengan suhu purata 20.2 darjah Celsius.

Tabuk adalah salah satu kawasan paling sejuk di negara itu, biasanya mengalami cuaca kering dengan suhu purata empat darjah Celsius.

Ahli Meteorologi AccuWeather, Eric Leister berkata, keadaan bersalji adalah jarang berlaku di kawasan itu namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Pakar membuat kajian mengenai jumlah hujan di Gurun Sahara dan mendapati ada perubahan yang signifikan dalam tempoh lebih satu abad lalu disebabkan perubahan iklim.

Pengkaji turut meramalkan Gurun Sahara dijangka akan kembali hijau dalam tempoh 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 19-1-2021 09:35 AM
petanda ni...

Pengkaji turut meramalkan Gurun Sahara dijangka akan kembali hijau dalam tempoh 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca.
Quote Aliaskotonggo 19-1-2021 10:12 AM
bila kat KL ni turun salju.... tak sabar nak buat snowman
Quote hyie 19-1-2021 11:22 AM
Aliaskotonggo replied at 19-1-2021 10:12 AM
bila kat KL ni turun salju.... tak sabar nak buat snowman

dekat KL tu dah ada kan yang dalam mall, Sunway Piramid ke apa entah...sister pegi ajelah ke situ
Quote chinta89 19-1-2021 12:40 PM
Tanda2 semakin dekat.  
Quote plasterhati 19-1-2021 12:55 PM
Dah sangat agaknya ni..
Quote FOTHER-MUCKER 19-1-2021 01:01 PM
[youtube]Q1OreyX0-fw[/youtube]
Quote kakakpositifker 19-1-2021 02:45 PM
allah allah allah
Quote FOTHER-MUCKER 24-1-2021 07:00 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2021 03:02 AM

Salji sedang turun di center London sekarang!





Quote supernaturalee 24-1-2021 07:04 PM
Di Manchester pun salji br turun
Quote ChildrenOfBodom 24-1-2021 08:04 PM
Edited by ChildrenOfBodom at 24-1-2021 08:08 PM

Anggun has enter the chat


[youtube]4r4nQUKvqrY[/youtube]





Quote Aliaskotonggo 25-1-2021 04:55 PM
hyie replied at 19-1-2021 11:22 AM
dekat KL tu dah ada kan yang dalam mall, Sunway Piramid ke apa entah...sister pegi ajelah ke situ  ...

ada, tapi tak boleh buat snowman dan main ski

Quote sehirkedi 25-1-2021 07:44 PM
Edited by sehirkedi at 25-1-2021 07:58 PM

Dalam tempoh 42 tahun, sudah 4 kali Gurun Sahara bersalji.
- 1979
amazing-interesting-random-facts - 2019-05-23T032916.960.jpg
- 2016
_20210125_195237.JPG
- 2018
[youtube]GzjaNtr7QMY[/youtube]
- 2021
[youtube]kpBthz1ESjc[/youtube]

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047919 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top