CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lesbian Ini Selamba Ajak Orang Asing Langgar Undang-undang Pindah Ke Bali

19-1-2021 06:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6860| Komen: 36

Sebuah ciapan daripada akaun Twitter @kristentootie atau Kristen Gray menjadi tular berikutan kenyataannya mengajak orang ramai berpindah ke Bali saat pandemik virus Corona.

Tagar #Bali menjadi trending pada hujung minggu ini selepas akaun Gray yang mengaku sebagai wanita berasal Amerika Syarikat keturunan Afrika dan telah tinggal di Bali selama satu tahun terakhir.



Kredit foto: Twitter @kristentootie

Dalam ciapannya, Gray yang merupakan seorang penyuka sesama jenis berkongsi pengalamannya pergi ke Bali setelah kehilangan pekerjaan pada tahun 2019 dengan kekasihnya.

Pada mulanya, mereka berusaha tinggal selama enam bulan di Bali dan menghasilkan wang sebagai pereka grafik. Tetapi kemudian, wabak virus Corona membuat mereka terkandas di Bali.


Kredit foto: Twitter


Mereka mengatakan bahawa tinggal di Bali adalah murah. Salah satu petunjuknya adalah dengan membandingkan biaya menyewa rumah di Pulau Dewa, yang hanya ASD400 (sekitar RM1,700). 

Sebenarnya, semasa tinggal di LA, mereka harus membayar ASD1,300 atau sekitar RM 5,500 untuk menyewa apartmen studio.

Gray juga berasa senang tinggal di Bali kerana dia dapat menjalani “gaya hidup yang lebih baik” dan menggelar Bali sebagai “penawar yang sempurna” untuk kesihatan fizikal dan emosinya.

Dia juga menjelaskan beberapa kelebihan hidup di Bali, termasuk keselamatan, kos sara hidup yang rendah, gaya hidup mewah, mesra kepada golongan LGBT, dan masyarakat kulit hitam.

Dalam ciapannya baru-baru ini, Gray mempromosikan ebook Our Bali Life is Yours yang untuk mendorong orang lain mencapai impian sama yang dijual dengan harga ASD30. 

Namun, masalah timbul apabila Gray mendedahkan bahawa dia mempunyai ejen visa khas dan mengakui bahawa dia mempunyai muslihat bagaimana memasuki Indonesia semasa COVID-19 walaupun pada masa ini, Indonesia menutup pintu kepada warganegara asing.




Dilaporkan oleh The Independent, ciapan Gray itu telah membuat netizen marah lebih-lebih lagi dia yang merupakan warga asing secara terbuka mengajak orang asing lain untuk datang dan menetap di Bali dengan melanggar undang-undang.


Sumber: Murai


Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 19-1-2021 06:17 AM
kulit itam? huh

kan dah kene bahasa dgn ummah yindon we dont care about your color
Quote JunkMail 19-1-2021 07:34 AM
Sapa la tulis artikel ni.. penyuka sesama jenis

Bali bakalan jadi port BLM
Quote Themilo 19-1-2021 07:59 AM
meols memang suka sangat Bali, tapi kalau setakat Kuta tu, pantai Pengkalan Balak lagi bersih..
Quote makneng 19-1-2021 08:02 AM
Tagar = tanda pagar?
Quote royaldanish 19-1-2021 08:12 AM
mendapat la kau... yindon kalau dh bawa geng dia serang sampai telanjang kena kupas... wartawan sana dahsyat berani mati
Quote dudaberhias 19-1-2021 08:15 AM
dah baca dah pasal ni kat twitter...
btw semak gila bali dengan foreigner2 yang ambil kesempatan macamni...
bali tu walaupun tempat leluhur tapi aman damai kot sebelum ni tanpa kesemakan foreigner2 yang mabuk.. gaduh.. sewa motor bawak laju2...
indah je berlestari budaya hindu di sana tu... itulah budaya leluhur moyang kita jugak...
Quote aisyah_putri 19-1-2021 08:38 AM
i love bali
Quote Tinot7 19-1-2021 08:46 AM
iols tak pernah pi bali... best ke?
Quote ladyzens 19-1-2021 09:13 AM
bali best..
dia mcm ade special feelings pergi sana
tp tu la kalau jalan2 area kuta mlm2 mmg mat salleh ramai mabuk
Quote kakakpositifker 19-1-2021 11:41 AM
kat langkawi pun dah penuh foreigner duduk. terbogel bagai. semakkkkkkkkkk
Quote slavehunter 19-1-2021 11:46 AM
Bukan cantik bersih pun pantai Bali. Indian ocean tak secantik South china sea.
Quote slavehunter 19-1-2021 11:48 AM
Tinot7 replied at 19-1-2021 08:46 AM
iols tak pernah pi bali... best ke?

Bagi pendapat i, best lagi Thailand dari Bali. Makanan halal lebih more choices dan sedap di Thailand.
Quote cikdot 19-1-2021 12:05 PM
tengok ada org share video pasal bule2 ni yg biadap, mabuk & sampai tidur tengah jalan. pastu selamba je local langgar diorg pakai motor. padan muka, terkebil2 muka terkejut sebab kena langgar..baru ada akai
Quote Tinot7 19-1-2021 03:26 PM
slavehunter replied at 19-1-2021 11:48 AM
Bagi pendapat i, best lagi Thailand dari Bali. Makanan halal lebih more choices dan sedap di Thail ...

iols suka thailand, tapi iols suka lagi bandung, bogor, jakarta sbb makan mcm kat sini. iols dgr bali ada ba alip ba ya panggang dijual merata.. so iols tak berkenan dgn bali. tingin nak pi nusa penida, tak jauh dr bali...

[ig]https://www.instagram.com/p/CKDc4qRhFgK/[/ig]

tingin gak nak pi borobodur...

[ig]https://www.instagram.com/p/BNy9sG1gZw5/[/ig]

pastu leh jjcm angkor wat...

[ig]https://www.instagram.com/p/CI7J6icJebD/[/ig]

ntah bila voley pi jjcm...
Quote slavehunter 19-1-2021 04:11 PM
Tinot7 replied at 19-1-2021 03:26 PM
iols suka thailand, tapi iols suka lagi bandung, bogor, jakarta sbb makan mcm kat sini. iols dgr b ...

Yup. Babi merata. Macam last Feb duduk di Nusa Dua lansung takde choice. Nusa penida ni kalau nak pergi ada day trip package,boat pukul 8am,by 9am kat sana buat activities,then lepas 3pm++ balik ke pulau Bali.
Quote dudaberhias 19-1-2021 04:28 PM
Tinot7 replied at 19-1-2021 03:26 PM
iols suka thailand, tapi iols suka lagi bandung, bogor, jakarta sbb makan mcm kat sini. iols dgr b ...

Memang merata2 kaka, di angkut depan iols pun pernah. Tapi iolsss nyahkan ajerr sambil sambung balik cari beg rattan hauk tu sebab sedara mara kirim pakai air liur.
Quote Tinot7 19-1-2021 04:30 PM
slavehunter replied at 19-1-2021 04:11 PM
Yup. Babi merata. Macam last Feb duduk di Nusa Dua lansung takde choice. Nusa penida ni kalau nak  ...

iols nak dok beberapa hari kat nusa penida kott... ceeehhh.... verangan....
ntah2 tak kesampaian sampai bila2...
iols nak naik cruise pun sampai bila takkan kesampaian sbb kes diamond princess.. tatut...
Quote Tinot7 19-1-2021 04:31 PM
dudaberhias replied at 19-1-2021 04:28 PM
Memang merata2 kaka, di angkut depan iols pun pernah. Tapi iolsss nyahkan ajerr sambil sambung bal ...

tu yg tak gemar tu...
iols akan cari tmpt2 lain kott... nusa2 berdekatan tu mcm best... cewah! mcm voley jjcm... verangan je lebih... hahaha
Quote JunkMail 19-1-2021 04:37 PM
Cubaan westerners untuk menormalisasikan kehidupan di Asia. Blah laaa..menyemak je org putih / hitam ni semua.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.183658 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top