CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Waris Lama Menyepi, Mengaku Tiada Sambutan Daripada Pendengar

15-1-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4867| Komen: 18

Lama tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi rap Waris menerima pertanyaan peminat yang mahu dia kembali semula memeriahkan industri muzik tanah air.

Menerusi perkongsian di Instastory, Waris atau nama sebenar Muzammil Alias, 32, berkata dia belum bersedia untuk membuat kemunculan semula kerana menyedari tiada sambutan daripada pendengar.

Foto: IG

“Saya tak marah bro, terima kasih atas pandangan tapi masih tidak buat saya.

“Biar mereka tentukan sama ada saya patut comeback atau tidak kerana jika tiada permintaan, saya tak akan buat, ” katanya.

Penyanyi lagu Gadis Jolobu ini berkongsi paparan skrin menjawab soalan seorang peminat di laman Instagram.



Kredit foto: via mStar Online

Pengikut berkenaan meminta Waris membuat kemunculan lagu baharu dan menaikkan semula industri muzik Hip Hop

“Waris comeback please... hiphop nowdays is suck! For real... jangan marah saya, hanya bagi pandangan. Salute Negeri Sembilan, ” mesej ditulis seorang pengikut.

Pada tahun 2019, Waris tampil dengan lima lagu antaranya 3 Kata gandingan bersama Zizi Kirana, Pulang Merantau (Noryn Aziz) dan Pengakuan Sang Pendosa.

Bercakap mengenai dunia lakonan, Waris pernah memberitahu dia tidak berhasrat untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan selepas pertama kali membuat kemunculan dalam filem This Is Pilah: The Movie pada tahun 2018.

Keputusan itu dibuat kerana dia tidak mempunyai minat mendalam dalam dunia lakonan dan penampilannya dalam filem itu sekadar mencuba. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 15-1-2021 10:05 AM
nak oden..nak oden..viral che yana namo ehh..kan ada sore dia kat radio suriafm iklan oden che yana tu..sdap sgat ke benda alah tu da la mahal..
Quote Redmyvi 15-1-2021 10:38 AM
Buat keje lain jela waris.. nyanyi2 nie bukan boleh pi jauh pun..
Quote mdhelmi 15-1-2021 12:37 PM
teruskan berkarya yg bagus2
xperlu bergantung pada permintaan sgt
kalo bole colab dgn pu riz konfem naik rating

tiber
Quote zaraaqilah 15-1-2021 01:04 PM
bukan aritu Waris ada buat keje Grabfood ker?
Quote red_velvet 15-1-2021 01:09 PM
Edited by red_velvet at 15-1-2021 01:10 PM
mamajawie replied at 15-1-2021 10:05 AM
nak oden..nak oden..viral che yana namo ehh..kan ada sore dia kat radio suriafm iklan oden che yana  ...


Lebih baik beli rencah oden adabi..sedap pun sedap. Sepaket rm6 je. Puas makan sefamily

Tiber off topic .. btw waris ni poyo. Sejak popular lagu jelebu n bertingkek2vtu lagi nampak dia poyo... Tu je nak cakap
Quote bellaamsar 15-1-2021 01:15 PM
red_velvet replied at 15-1-2021 01:09 PM
Lebih baik beli rencah oden adabi..sedap pun sedap. Sepaket rm6 je. Puas makan sefamily

Tiber ...

Ye rasanya dia x boleh pergi jauh sbb dia poyo
Quote Harley_Quinn 15-1-2021 03:29 PM
Bkn dia yg ckp dia bersara dah ke dlu?
Ke rapper lain eh?
Quote monreyes 15-1-2021 05:40 PM
nyanyi ngan hattan la baru ngam
Quote exclusive_vvip 15-1-2021 05:49 PM
red_velvet replied at 15-1-2021 01:09 PM
Lebih baik beli rencah oden adabi..sedap pun sedap. Sepaket rm6 je. Puas makan sefamily

Tiber ...

ye ke kot dia poyo..i penah terjumpa dia lam kedai kasut sports..nampak muka poyo sikit..tapi xtau la kot i je yg rasa camtu..
Quote Nenolen 15-1-2021 06:07 PM
Harley_Quinn replied at 15-1-2021 03:29 PM
Bkn dia yg ckp dia bersara dah ke dlu?
Ke rapper lain eh?

Yg tu rasanyer Altimet...
Quote slyfynx 15-1-2021 06:11 PM
Terjumpe gmbr ni kt IG die
Kot ade yang berkenan
Quote cmf_blingblings 15-1-2021 06:20 PM
slyfynx replied at 15-1-2021 06:11 PM
Terjumpe gmbr ni kt IG die
Kot ade yang berkenan

Motippppp?
Dia ni ke yang cakap tak pernah puasa ke apa?
Quote Orix 15-1-2021 06:23 PM
zaraaqilah replied at 15-1-2021 01:04 PM
bukan aritu Waris ada buat keje Grabfood ker?

aikk ? bio betik.... dia jd rider ke?
Quote cicicumel 15-1-2021 06:25 PM
Hari tu dia ada duet dgn retis bbnu berwajah ustazah tadika tu kan? X laku ke
Quote zaraaqilah 15-1-2021 06:33 PM
Orix replied at 15-1-2021 06:23 PM
aikk ? bio betik.... dia jd rider ke?

yer beb ada terbaca aritu....x silap grab rider
Quote Harley_Quinn 18-1-2021 10:55 AM
Nenolen replied at 15-1-2021 06:07 PM
Yg tu rasanyer Altimet...

Ahaa altimet.Confuse jap, sorry tersalah accuse.
Quote KakakGoyang1 4-3-2021 07:12 PM
Apa nak dikato labuuu
Quote Carcosa 13-4-2021 09:53 PM
Dia ni yg ada up video takpakai baju, then pakai rantai beso kapal tu kan Geli weh.
Lepas tu, nak berangin2 suruh org suggest kan dia nama baru ke apa, sbb org dok panggil dia Jelobak Jelobu ke apa. Poyo dia ni. Padan muka taklaku. Tak padan dgn muka Leman, poyo.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.135953 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top