CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Hari Sebelum Bersalin Baru Tahu Diri Hamil

15-1-2021 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2498| Komen: 6

Description: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan secara normal, hanya 10 hari selepas mengetahui dirinya hamil.
Seorang wanita melahirkan bayi perempuan secara normal, hanya 10 hari selepas mengetahui dirinya hamil.

Sam Hicks, 40, dikejarkan ke Hospital Southmead di Bristol, United Kingdom, pada 11 Januari lalu.


Dia kemudian melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Julia.

Sam dan suaminya, Joe baru mengetahui bahawa dia hamil pada 2 Januari lalu setelah menjalani ujian kehamilan di rumah.


Foto: Mirror UK

Sam, yang bekerja di rumah jagaan, telah melakukan banyak ujian kehamilan sepanjang tahun lalu, namun semuanya menunjukkan keputusan yang negatif.

"Ada beberapa tanda, tetapi ketika Sam melakukan banyak ujian kehamilan yang semuanya negatif, dia hanya menganggap ia sebagai sakit perut," kata Joe.


Bagaimanapun, apabila Joe, 32, merasa 'tendangan' di perut isterinya ketika mereka duduk bersantai pada Hari Tahun Baru, Sam memutuskan untuk melakukan ujian lain, lapor Bristol Live.

Keesokan harinya, Sam pergi menjalani ujian lain, dan kali ini mengesahkan bahawa dia hami. - CARI

Sumber: Mirror UK/mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 15-1-2021 10:07 AM
Allahu. habis tu baby ok tak. ye la, sbb tatau peknen, vitamin semua makan betul tak
Quote jazaa100 15-1-2021 03:33 PM
rugi lahhh....

org mengandung ni, blh buat ngade ngade nk mkn itu ini, tengah mlm pun klu mengidam, gerenti dapat....

Quote azie5zoe 15-1-2021 03:59 PM
Kat opis iols ada seorang kakak ni, lagi dua bulan nak bersalin baru tahu dia pregnant, kakak tu pun memang badan besar, period pun jenis kekadaang datang kekadang tidak. Asal perut dia sakit je dia ingat angin then cuma sapu minyak angin. Sekali baby dah kerap menendang tu baru dia buat check up (masa tu dia ingat angin dia makin teruk).
Quote Nenasketum 15-1-2021 05:16 PM
Kazen aku pun cenggini, obese dari kecik. Sebulan nak beranak baru tau, dahlah orang pitenah kata dia amik anak angkat tapi takmo bagitau.
Quote Tinot7 15-1-2021 05:17 PM
dia buat ujian apa akhirnya? ultrasound?

Sam, yang bekerja di rumah jagaan, telah melakukan banyak ujian kehamilan sepanjang tahun lalu, namun semuanya menunjukkan keputusan yang negatif.


"Ada beberapa tanda, tetapi ketika Sam melakukan banyak ujian kehamilan yang semuanya negatif, dia hanya menganggap ia sebagai sakit perut," kata Joe.


Bagaimanapun, apabila Joe, 32, merasa 'tendangan' di perut isterinya ketika mereka duduk bersantai pada Hari Tahun Baru, Sam memutuskan untuk melakukan ujian lain, lapor Bristol Live.


Keesokan harinya, Sam pergi menjalani ujian lain, dan kali ini mengesahkan bahawa dia hami. -
Quote spankee_fili 15-1-2021 06:34 PM
Seronoknya lahai, sepuluh hari je terus dapat baby baru..
Ni jenuh nak alah segala macam, sakit merata rata nak menyampai ke 9 bulan tu..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039853 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top