CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Bunuh Adik Sebab Nampak Seperti Jin

14-1-2021 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2060| Komen: 7

Seorang pesawah ditahan polis selepas mengugut mahu membunuh dua adik perempuannya di hadapan sebuah rumah di Kampung Lembah Raja Pinang Tunggal, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.40 malam, dua adik perempuan suspek terkejut apabila didatangi abangnya berusia 37 tahun yang tiba-tiba mengamuk dengan memegang sebatang besi sepanjang 122 sentimeter.

Suspek bertindak mengetuk dinding dan menendang pintu rumah dengan mengugut dua adik perempuannya supaya keluar kerana mahu membunuh mangsa dengan mendakwa mereka kelihatan seperti 'jin'.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua mangsa yang ketakutan kemudian menyelamatkan diri dengan keluar di pintu belakang sebelum menghubungi polis.


Gambar Hiasan


"Polis berjaya ditahan pada jam 8.30 malam. Besi yang digunakan suspek dalam kejadian itu turut dirampas untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan ke atas mangsa memaklumkan bahawa mereka berdua ternampak suspek bercakap seorang diri di tepi jalan berdekatan rumah.

"Mereka berdua tidak menghiraukan suspek kerana sejak dua ke tiga minggu lalu suspek selalu berkelakuan sedemikian kerana masalah dadah.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba suspek datang ke arah mereka berdua dengan memegang besi panjang sebelum kedua-duanya melarikan diri ke dalam rumah dan mengunci pintu dari dalam, namun disebabkan ketakutan mereka keluar melalui pintu belakang seterusnya menghubungi polis," katanya.

Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek yang mempunyai tiga rekod lampau positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 14-1-2021 04:18 PM
Ni yang payah ada abang untuk protect adik perempuan dah jadi pesakit dadah dan hallucinate.
Quote hatikudus 14-1-2021 04:26 PM
sendiri yg jadi jin...nak bunuh org lain pulak
Quote swateng1 14-1-2021 04:33 PM
mendadahhhh gitu laa kejadiannya.. nampak jin laa setan laa.padahal diri sendiri tu yang setan
Quote Kurex 14-1-2021 04:35 PM
Mcm mat dadah bawah rumah aku ni la.. ramai yg kesian sampai nak bagi duit & tempat tinggal. Bodohhhh!
Quote white_musk 14-1-2021 04:38 PM
Mengapa lelaki melayu mudah ambil dadah? tidak kuat iman betul lelaki melayu semua
Quote salmon-suki 14-1-2021 07:27 PM
Taik dadah ke..patut laa..kalau nampak mcm bidadari,agaknya kena rogol adik2 perempuan dia tuh..sick people are everywhere
Quote Supersirap 14-1-2021 10:52 PM
Sila jauhi najis dadah kalau x nak ada masalah seperti ini

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.034213 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top