CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hebahan Mengelirukan Aktiviti Berjoging, Polis Akui Kesilapan

14-1-2021 10:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4616| Komen: 27

Description: Kuala Lumpur: Satu video hebahan dan nasihat yang dibuat petugas Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berkenaan aktiviti joging di sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil tu ...



Kuala Lumpur: Satu video hebahan dan nasihat yang dibuat petugas Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berkenaan aktiviti joging di sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, terdapat kesilapan dalam hebahan itu yang menyatakan aktiviti joging hanya dibenarkan di kawasan tertutup dan bukan di kawasan terbuka.

Menurutnya, hebahan yang mengelirukan ini amat dikesali dan ia akan dibuat semula seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti joging hanya dibenarkan di kawasan kejiranan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh MKN yang bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 14-1-2021 10:47 PM
Polis zaman PN ni mmg caca merba kan ? Polis pun confuse dgan tugas polis. Ottoke ? Dari awal kes covid 18 mac nk rentas kena apply surat polis lepastu tarik balik, x pakai face mask dlm kereta kena saman, nak isi minyak kena scan MySejahtera wlupun pakai kad, rakyat pun feninnn.. yg terbaru ni pulak tibahh surat pkp semua kena print sendiri, lepastu paling bodow nk suruh kita print tapi bg link dlm format jpeg habis pecah2 semua tulisan, ko ghaserrr ??? Bangang sgat ke nk buat dlm format pdf ??? Yg kelako borang pkpb dia buat dlm pdf, tibahh borang pkp dalam jpeg.... iols menyumpah2 polis dlm hati non stop malam 12hb tu... lepastu bila kita dh hantar borang pkp tu dia boleh cakap ketua polis je boleh luluskan, ketua polis skrg keluar tgah pacak khemah, dtg ambil esok pagi..... esok pagi tuuuuuu kena beratur lg sejam........... naik hantuu iols dgan polis malaysia ni... len kali kalo semua kena print sendiri, fotostat ic, fotostat surat majikan bagai kau dah boleh suruh rakyat buat application online jah ! Tak payah rakyat nak beratur mcm bangang depan balai berkali kali semata sbb nk dpt cop ketua polis kau yg tgah pacak khemah tu !!
Quote CiliPadiSedap 14-1-2021 11:00 PM
Sop banyak carca marba patut mkn buat sop buat sop yg teratur spesifik.

Bagi akak anggap jelah worst case mcm bulan mac and dont dream ada moraturiu m or bantuan.  Kali ni covid punca kebebasan rentas negeri dibenarkan.
Quote chinta89 14-1-2021 11:20 PM
Orix: Polis zaman PN ni mmg caca merba kan ? Polis pun confuse dgan tugas polis. Ottoke ? Dari awal kes covid 18 mac nk rentas kena apply surat polis lepast ...

Sabarrr chuols
Quote tikusmontok 14-1-2021 11:29 PM
Dah ramai sgt nak keluar arahan berbagai2..kementerian lain,arahan lain..pbt lagi,politaikcian lagi .mana nak jaga keselmtn diri n keluarga dorang lagi.
Quote mikasa 14-1-2021 11:38 PM
Mcm la takda tempat lain nak jogging..dah besar panjang tak baca betul SOP ke? Aku joging kawasan rumah.bergilir ngan anak2
Quote cha-cha 14-1-2021 11:52 PM
Orix replied at 14-1-2021 02:47 PM
Polis zaman PN ni mmg caca merba kan ? Polis pun confuse dgan tugas polis. Ottoke ? Dari awal kes co ...

Intense yah pengalaman uols.. sabarrrr..  wrinkle tepi mata nanti..
Quote Orix 15-1-2021 12:04 AM
chinta89 replied at 14-1-2021 11:20 PM
Sabarrr chuols

Dh sabar la ni. Ikutkan hati nak jah iols menyumpah depan2 diorg bodoh bangang...
Quote Orix 15-1-2021 12:06 AM
cha-cha replied at 14-1-2021 11:52 PM
Intense yah pengalaman uols.. sabarrrr..  wrinkle tepi mata nanti..

Wrinkle mata boleh cucuk botox chuols, hati sakit sbb kena pegi balai-beratur-pegi print-pegi balai-beratur-ketua polis pegi pacak khemah-esok pagi pegi balai lagi-beratur lagi, hati sakit ni nk cucuk apa ?? Eiii
Quote Tinot7 15-1-2021 08:14 AM
CiliPadiSedap replied at 14-1-2021 11:00 PM
Sop banyak carca marba patut mkn buat sop buat sop yg teratur spesifik.

Bagi akak anggap jelah wo ...

Iols ingatkan kali ni puncanya pilihanraya kat sabah aritu...
Quote saviour_09 15-1-2021 11:04 AM
kalo aku fight je ikut MKN punya rules

korang sape nak overwrite???  
Quote batusembilan 15-1-2021 11:09 AM
yg utamanya ialah duduk rumah diam2 unt 2 minggu shj. apa yg susahnya?

tujuan utama PKP ni ialah nk kawal dari covid-19 terus tersebar. so PKP ni nk kawal had kan pergerakan rakyat unt tempoh 2 minggu shj.

ni yg smpi jogging kt kwsn stadium nasional bukit jalil dh knp bodoh sgt?
Quote damsel_fiji 15-1-2021 11:12 AM
batusembilan replied at 15-1-2021 11:09 AM
yg utamanya ialah duduk rumah diam2 unt 2 minggu shj. apa yg susahnya?

tujuan utama PKP ni ialah  ...

ko tunggu la weekend ni..brp ramai plak menggelabah pegi cycling
Quote Boomibulat 15-1-2021 11:17 AM
Mlm ptama PKP tu polis ada round tempat sy..abis semua kena sound walaupun dok kat beranda Rumah..antara ayat polis..'yg dok jenguk2 kat tingkap tu pasal apa..x pnh tgk polis ka..Ni polis Malaysia bukan Polis Indon....
Quote batusembilan 15-1-2021 12:04 PM
damsel_fiji replied at 15-1-2021 11:12 AM
ko tunggu la weekend ni..brp ramai plak menggelabah pegi cycling

kannn.......lps tu yg gigih cycling tu pun bukannya bodo2 xde education.......

stupid asshole diorg ni
Quote rospinki 15-1-2021 12:11 PM
sejak sblum pkp aku dh jog dalam rumah ke depan ke belakang 30x dptla 600m x 3/4 kli smiggu. okla..tiba2 rasa nk jog pakai kasut sukan terus lari bepeluh2 jugak..haha (kasut tu khas utk dlm rumah saja ya) so iol dh fit balik.
Quote MeghanK 15-1-2021 12:13 PM
malas ahh jogging skang ni takut kena uk varian
2021 nak gemok
Quote CiliPadiSedap 15-1-2021 12:30 PM
Tinot7 replied at 15-1-2021 08:14 AM
Iols ingatkan kali ni puncanya pilihanraya kat sabah aritu...

sbb dalam group umno mmg plan januari hingga mac nak bubarkan parlimen jd sebelum tu pkpd sengaja dilonggarkan umno harap kes akan turun mendadak supaya pru blh berjalan. umno moron stupid patut nak buat pru tak perlu hebah . ni hebah2 padan muka kena checkmate.  sejak rentas negeri dari selangor kl tu kes melonjak lonjak
Quote CiliPadiSedap 15-1-2021 12:31 PM
MeghanK replied at 15-1-2021 12:13 PM
malas ahh jogging skang ni takut kena uk varian
2021 nak gemok

kaka ada mix kokesen ke? kalau xde xperlu risau
Quote MeghanK 15-1-2021 12:31 PM
CiliPadiSedap replied at 15-1-2021 12:31 PM
kaka ada mix kokesen ke? kalau xde xperlu risau

oo iols melayu totok je..kompem tak kena ke
kalau kompem esok nak jogging

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.072402 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top