Covid-19 yang melanda seantero dunia telah memberi kesan yang cukup mendalam ke atas setiap lapisan masyarakat. Banyak syarikat mengisytiharkan penutupan dan tak kurang juga yang mengambil tindakan memberhentikan sebahagian besar pekerjanya. Norma baru yang menjadi amalan masyarakat sekarang menjadikan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah, membeli-belah hanya di atas talian, memesan makan melalui telefon bimbit, mengikuti kelas online dan sebagainya. Segala-galanya pastinya memerlukan internet. Jadi, apakah pakej data internet yang menawarkan harga yang berpatutan dan berbaloi di Malaysia? Ya! YES Kasi Up jawapannya.
Pakej YES Kasi Up, bermula RM15 sebulan YES Kasi Up adalah pakej pascabayar dan prabayar baharu yang dilancarkan oleh YTL Communication YES. Di sebalik namanya, ia sebenarnya membawa makna besar iaitu untuk membantu, menyokong dan memberikan dorongan kepada yang memerlukan. Selain menawarkan pakej yang berpatutan untuk Internet, ada juga pelbagai 'bonus' tambahan lain yang selama ini tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi. Tujuan utama YES Kasi Up adalah untuk mewujudkan kitaran penggunaan yang baik, agar setiap ringgit yang dibelanjakan oleh orang ramai dapat memberikan lebih banyak pulangan. Misinya adalah untuk membantu rakyat menerima ekonomi digital, menjadikan data mampu milik dan membuatkan pengguna berada dalam talian serta pendemokrasian e-dagang. 5 Kelebihan YES Kasi Up Zaman sekarang memang banyak yang menawarkan pakej rangkaian data tapi kalau nak tahu YES Kasi Up memang sangat berbeza. Selain murah, pengguna juga akan menikmati pelbagai tawaran yang sangat istimewa. Program YES Kasi Up Rujuk & Jana (Refer & Earn). Konsepnya bukan sahaja membolehkan pengguna menjimatkan wang, tetapi juga membantu menjana duit! Ia tidak memerlukan kemahiran istimewa, tiada latihan, dan tiada modal diperlukan. Jika anda sudah melanggan YES Kasi Up, ini bermaksud anda berpeluang untuk buat duit dengan merujuk rakan atau ahli keluarga untuk sama-sama melanggan pelan YES Kasi Up. Bagi setiap rujukan, anda dan rakan atau ahli keluarga, kedua-duanya akan menerima ganjaran wang tunai sehingga RM50. Data rangkaian percuma dengan YES DATABACK Berita baik buat mereka yang selalu membeli-belah di Shopee! YES akan memberikan data internet percuma kepada pengguna yang membeli barang keperluan harian, aksesori fesyen, aksesori rumah, produk kesihatan dan kecantikan di Shopee. Ini adalah kerjasama eksklusif antara YES Kasi Up dan Shopee. Pengguna prabayar dan pascabayar YES boleh mendapatkan data percuma 5GB bagi setiap perbelanjaan RM50 di Shopee dan dapat memperoleh sehingga 100GB secara percuma setiap bulan! Kalau anda dah berbelanja lebih dari RM50 di Shopee Disember lepas, sila tuntut data percuma anda sekarang juga! Dalam tempoh promosi, pelanggan yang membeli kad sim YES buat kali pertama juga berpeluang membeli pakej "YES Kasi Up Prabayar 15" yang harga asalnya RM15 dengan hanya RM1 di Shopee. Pengguna akan menerima 10GB data yang tempohnya sah selama 30 hari. Menariknya kad sim tersebut akan dihantar terus ke rumah secara percuma. Hebat bukan? Tanpa caj selama enam bulan pertama Sebagai tambahan, jika anda memilih pakej pascabayar "YES Kasi Up Postpaid 49", pengguna akan mendapat 100GB data dengan harga RM49 sebulan dan tak payah bayar selama enam bulan pertama. Syaratnya hanya perlu mengikat kontrak selama dua tahun. Kelajuan rangkaian 4G bertambah baik Walaupun harga diturunkan, selain 2300MHz and 2600MHz 4G yang sedia ada sekarang ini, YES diperuntukkan 800MHz spektrum oleh kerajaan yang akan digunakan untuk memperluas liputan rangkaian 4G dan memastikan ia mempunyai kapasiti dan spektrum yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat. Buat pengetahuan, YES adalah satu-satunya yang mempunyai rangkaian 4G 100% di Malaysia dan akan terus berkembang di bawah pelaksanaan inisiatif JENDELA oleh kerajaan. Tiada had kelajuan dan halangan masa untuk penggunaan data Biasanya yang selalu kita hadapi adalah kelajuan internet akan menjadi perlahan sekiranya menggunakan data internet yang melebihi kuota yang ditetapkan. Namun dengan YES Kasi Up semua adalah tidak terhad. Sebagai tambahan, pakej prabayar Kasi Up bermula dari RM15 sebulan, pengguna akan mendapat data Internet 10GB yang mempunyai tempoh sah selama 30 hari. Nak lebih data tambahan? Tiada masalah, anda boleh menambah dan membelinya sendiri di MyYes app anda dengan harga bermula RM1 untuk setiap 1GB. Bagi pengguna yang memerlukan data yang lebih banyak, pakej pascabayar Kasi Up menawarkan 100GB dengan hanya RM49 sebulan! Bagaimana, adakah ianya belum cukup menarik untuk memiliki pakej data rangkaian terbaik ini? Apa tunggu lagi, ayuh daftarlah segera! Jangan lupa untuk muat turun aplikasi MyYES di Google Playstore dan Apple Store sekarang juga. Maklumat lebih lanjut, sila layari laman web www.yes.my. -CARI |
394
Bagus |
360
Marah |
332
Terkejut |
356
Sedih |
384
Lawak |
377
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 14-1-2021 02:31 PM
pengalaman iols pkai YES sebelum TM tambah port baru dekat kampung, line mcm hanat.... jenuh tggu 24 ...
baghal_bortuqal replied at 14-1-2021 03:36 PM
Yes! Gi mampos!
zuuu replied at 14-1-2021 04:44 PM
Aq almost nk beli simcard yes ni kat shopee tapi banyak gila negative review,cakap hanya boleh guna ...
ADVERTISEMENT