CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Cadang Kuarantin Sambil Main Golf Bagi Tingkat Sektor Pelancongan

12-1-2021 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2340| Komen: 7

Menteri Pelancongan Thailand pada Isnin menyuarakan cadangan untuk membenarkan warga asing menjalani tempoh kuarantin di resort golf di negara itu untuk meningkatkan sektor pelancongan ketika musim pandemik Covid-19.


"Kita sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Awam dan pasukan petugas Covid-19 untuk menawarkan 'pakej' tersebut yang akan disertakan bersama sijil perubatan," kata Phiphat Ratchakitprakarn.


Banyan Golf Club, Hua Hin, Prachuap Khiri Khan
Kredit foto: Bangkok Post

Menurutnya, pelancong asing boleh menghabiskan tempoh kuarantin selama dua minggu di resort terbabit dan dibenarkan bergerak di sekitar kawasan itu selain boleh bermain golf.

Rancangan yang masih perlu mendapat kelulusan Kabinet itu disuarakan ketika negara tersebut kini bergelut dengan gelombang kedua jangkitan selepas ia berjaya mengawal penularan dalam kalangan komuniti selama beberapa bulan.


Negara itu hanya merekodkan 10,547 kes jangkitan dan 67 kematian walaupun beberapa kluster baharu muncul pada bulan lalu hingga menyaksikan lonjakan ratusan kes jangkitan baharu sehari.

Pada 2019, Thailand menarik kunjungan 40 juta pelancong yang memberi pulangan 1.91 trilion baht (RM257 bilion) kepada negara itu sebelum sektor pelancongan terjejas teruk akibat penutupan sempadan bagi membendung wabak tersebut.

Tahun lalu, skim visa khas turut dilancarkan untuk pelancong yang berhasrat untuk tinggal bagi tempoh yang lama dan berjaya menarik minat kira-kira 1,000 pelancong asing. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 12-1-2021 03:53 PM
Menarik tu visa pelancong extended. Thailand punya cases sikit. Hmmmmm
Quote MissVixen 12-1-2021 03:57 PM
Aku tengok resort ribu riban di koh samui, phuket semua turun harga bawah rm500. Seronoknya rakyat thai berjalan. Harga barang makan pun jadi murah.
Quote kakikuDibibirmu 12-1-2021 10:30 PM
Sukalah abahcow main golf
Quote Aikiko 12-1-2021 11:54 PM
Boleh diaplikasikan disini jugak....untuk kluster kayangan
Quote ninja9 13-1-2021 12:03 AM
kuarantin tu maksudnya kuarantin... konfiden ker bila bergolf tak kena covid, perangai orang ni mcm2.
Quote Jemahjemah 13-1-2021 12:58 AM
Dah tunjuk dah bodoh diaorg
Quote rosmahisham 13-1-2021 01:47 AM
Siam ni x nyempat2 nk tarik pelancong!!!tourist pon x senang duduk kot negara sendiri..x sabo nk cari kerang thailand!!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071952 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top