CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Busana Di ABPBH Dikutuk, Akhirnya Sissy Iman Dah Dapat Tajaan Baju

11-1-2021 11:48 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4705| Komen: 9|Original author: Oleh: Saiful

Sissy Iman bakal menggalas tugas sebagai hos Red Lounge Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada 7 Februari ini.

Kata penyanyi ini dia sudah menyediakan busana yang bersesuaian dan kali ini mendapat tajaan daripada pihak penganjur AJL35.



Foto: IG

"Untuk tugas saya sebagai hos bersama Red Lounge AJL35, saya dah ada baju yang akan dipakai nanti dan ia merupakan tajaan daripada pihak penganjur. Alhamdulillah, ada pihak yang sudi untuk menaja.

"Pihak produksi tolong saya dapatkan baju dan saya ada juga bagi idea baju macam mana yang saya nak pakai pada malam itu nanti.

"Selepas penampilan saya dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) tempoh hari dikecam, saya jadi lebih teliti dalam pemilihan pakaian.


"Bukan bermaksud sebelum ini saya tidak teliti, sebab saya memang suka baju yang saya pakai pada majlis tempoh hari.

"Cuma mungkin ia tidak kena pada mata orang yang melihatnya," katanya kepada mStar.

November lepas Sissy dikritik selepas gaun yang digayakannya dianggap bosan dan tak menarik untuk acara berprestij itu.

Difahamkan gaun tersebut adalah hasil rekaan bapanya.



"Saya memang hargai baju yang ayah saya buat dan selesa pakai pada malam itu. Sebab pada saya, asalkan baju yang digayakan tidak terlalu seksi serta tidak mengganggu kerja pengacaraan itu sudah cukup baik buat saya."

Sissy akan bergandingan dengan Shuk Sahar nanti untuk acara AJL35. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 11-1-2021 11:51 AM
U talented sis.. dptkan manager n stylist yg bagus.. sekian..
Quote Themilo 11-1-2021 12:09 PM
lattehazelnut replied at 11-1-2021 03:51 AM
U talented sis.. dptkan manager n stylist yg bagus.. sekian..

harap2 mampu bayar.. ye la, job hosting banyak, tapi hujung-hujung ayah nan setia jadi tailor..
Quote azwanaliori 11-1-2021 12:36 PM
mesti ayah dia sentap nangis tepi bucu katil  x dpt design kan baju ropol2 kain langsir ala2 gaun sendu 70an utk sheols
Quote lil_honey 11-1-2021 01:15 PM
kain dia nampak murah. design minimalis sikit, pastu kain mahal mesti dah cantik.
Quote samshik 11-1-2021 01:32 PM
Tlg benti pakai cam minah lorong n u will do well in your career..
Quote samshik 11-1-2021 01:32 PM
Tlg benti pakai cam minah lorong n u will do well in your career..
Quote da_vinci 11-1-2021 01:40 PM
aku rasa hairstyle nya tak sesuai lerrrrrr.....
Quote pakwetizzaqyah 11-1-2021 02:14 PM
kenapa suara dia cm terkepit bijik masa mnyanyi?
Quote LadyCarefree 12-1-2021 04:14 PM
pakwetizzaqyah: kenapa suara dia cm terkepit bijik masa mnyanyi?



Adoi. Kesian dia.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.077755 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top