CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri KPWKM Positif Covid-19

11-1-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9080| Komen: 90

Description: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19, selepas memperoleh keputusan ujian saringan malam tadi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19, selepas memperoleh keputusan ujian saringan malam tadi.

Pengesahan itu diperoleh selepas dua hari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed positif Covid-19.

Pejabat KPWKM dalam kenyataan memaklumkan Rina, 47, menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya, pagi semalam dan beliau sudah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11 pagi hari ini.

Kata kenyataan itu, Ahli Parlimen Titiwangsa berkenaan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Foto: Arkib NSTP


"Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua (pihak) dan memohon agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.

"Beliau juga akan pastikan, semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa," kata kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan, semua menteri Kabinet perlu menjalani ujian saringan Covid-19 susulan Mustapa yang disahkan positif Covid-19.

Turut diarahkan menjalani ujian saringan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan semua yang hadir dalam mesyuarat parti itu, Rabu lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi turut mengesahkan ujian saringan yang perlu dijalani itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 11-1-2021 12:00 PM
Berkah doa2 para lobai. Semakin ramai menteri positif yah. Moga mereka semua aman sentosa sejahtera. Amen.
Quote Orix 11-1-2021 12:04 PM
Tak jaga SOP lettewww...
Quote dodolgemok 11-1-2021 12:07 PM
Nk buat poll tak menteri mana pula positif lepas ni? Kelihatan lucu tetapi adalah realiti kerna mereka politician2 ini xmenjaga sop dgan betulnya, ujong2 disalahkan marhaen jua.
Quote zidane_ziege 11-1-2021 12:08 PM
Menteri pon bodoh sop..lagi nk jaga rakyat ka?
Quote Artemesiaa 11-1-2021 12:14 PM
Aik satu2 positif nampak
Quote aHoi83 11-1-2021 12:16 PM
Semoga lebih ramai politician yg positif covid
Quote tapirbiru 11-1-2021 12:19 PM
husnuzon..mungkin rina doremon nak test mesin intubate
Quote mikasa 11-1-2021 12:21 PM
Maaf jika aku zalim..tapi aku nak sgt ada menteri yg tak ikut sop mati sebb covid
Quote mrsbob87 11-1-2021 12:31 PM
mikasa replied at 11-1-2021 12:21 PM
Maaf jika aku zalim..tapi aku nak sgt ada menteri yg tak ikut sop mati sebb covid

me too.......

biar sekor 2 jadi kambing hitam..
baru yang lain tu berakal skit
Quote CARI-MRO 11-1-2021 12:33 PM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19, selepas memperoleh keputusan ujian saringan malam tadi.


Pengesahan itu diperoleh selepas dua hari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed positif Covid-19.


Pejabat KPWKM dalam kenyataan memaklumkan Rina, 47, menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya, pagi semalam dan beliau sudah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11 pagi hari ini.


Kata kenyataan itu, Ahli Parlimen Titiwangsa berkenaan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).


Foto: Arkib NSTP




"Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua (pihak) dan memohon agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.


"Beliau juga akan pastikan, semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa," kata kenyataan itu.


Semalam, media melaporkan, semua menteri Kabinet perlu menjalani ujian saringan Covid-19 susulan Mustapa yang disahkan positif Covid-19.


Turut diarahkan menjalani ujian saringan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan semua yang hadir dalam mesyuarat parti itu, Rabu lalu.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi turut mengesahkan ujian saringan yang perlu dijalani itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote tapirbiru 11-1-2021 12:33 PM
mikasa replied at 11-1-2021 12:21 PM
Maaf jika aku zalim..tapi aku nak sgt ada menteri yg tak ikut sop mati sebb covid

amin ya rabb
Quote Belibis 11-1-2021 12:45 PM
Ok la..instalment sikit2.
Quote baghal_bortuqal 11-1-2021 01:10 PM
Kalau si Ahmad maslan CGPA tinggi Tu takleh amek iktibar lagi Aku tak tahu apa lah... Soh dia makan nasik goreng shieldtox Kasi kuman dlm sel otak dia mati
Quote baghal_bortuqal 11-1-2021 01:11 PM
Aminnnnnnnn
Quote cmf_premierleag 11-1-2021 01:13 PM
Alhandulillah
good news for msians
nampaknya Allah sudah makbulkan doa rakyat sedikit demi sedikit
kpd menteri doraemon, semoga ko sesak nafas smpi kene pakai ventilator tapi harap frontliners tutup suis ventilator tu biar ko stop bernafas
cash cash cash cashhhhhhhh
Quote nisako 11-1-2021 01:25 PM
kluser menteri keh ..............
Quote Supersirap 11-1-2021 01:28 PM
Kita doakan yang terbaik sahaja kepada mereka-mereka yang dijangkiti virus COVID19 ini
Quote haznor 11-1-2021 01:33 PM
satu satu Tuhan tunjuk. lepas ni menteri mana pulak?
Quote lurve82 11-1-2021 01:36 PM
cashhhh...harap ramai lg yg kena...nak2 dari PRN sabah tu...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057911 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top