CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reen Rahim Dedah Ditawar Sebuah Banglo Dan RM32,000 Untuk Puaskan Nafsu VIP Selama 3 Jam

11-1-2021 02:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13813| Komen: 81



Sudah hampir lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, pelakon Reen Rahim berkata dia semakin kebal dan sudah lali dengan kecaman netizen kerana berpakaian seksi dan mencolok mata.

Meskipun tidak terpalit dengan kontroversi bercinta dengan suami orang apatah merampas kebahagiaan orang lain, namun Reen mendedahkan dia ditawar hidup mewah untuk dijadikan sebagai perempuan simpanan.

Reen berkata ditawar sebanyak RM32,000 serta sebuah banglo di atas namanya sendiri jika bersetuju untuk memuaskan nafsu golongan VIP. Lebih menjijikkan tawaran tersebut diterima ketika bulan puasa tahun lalu.

“Ingatkan perkara ini tamat sampai situ, tapi masih berlarutan. Baru-baru ini, saya menerima satu tawaran untuk melayani golongan VIP yang ingin menawarkan wang tunai berjumlah RM32,000 dengan hanya melayan nafsu serakahnya selama tiga jam.


“Gila bukan? Bukan wang ringgit sahaja, saya turut ditawarkan sebuah rumah banglo di atas nama sendiri jika menerima tawaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Reen berkata imannya masih kuat dan Tuhan masih menjaga hatinya. Ujarnya, dia belum terdesak dan masih waras lagi dalam membezakan baik buruk.

Bagaimanapun, Reen akui mungkin ada yang berani membuat tawaran sedemikian kerana sikapnya yang sering berpakaian seksi yang tidak seiring dengan watak lakonan dibawa.

“Saya adalah saya. Saya tidak pernah salahkan sesiapa dalam apa jua yang berlaku. Saya hidup pun bukan kerana nak puaskan hati orang lain,” katanya.




Sumber : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 11-1-2021 04:02 AM
OK.. Baguslh klu x terima pelawaan mcmtu.. Tapi, klu dah artis, nak kawen nanti mesti carik org2 kaya kan..
Quote little_sis 11-1-2021 04:07 AM
Dia ni kalau berlakon watak byk yg baik2, mcm gadis kg, pakai tudung, baju sopan semua.. kat luar lakonan yg pakaian dia beza sgt dlm watak lakonan..
Quote lattehazelnut 11-1-2021 04:15 AM
Serius la dpt banglo atas nama u..
Buat je la lepas tu taubat.. haha..
Kang kne apply rumah ppr pla kang..
Quote haifawehbe 11-1-2021 04:47 AM
buta kot org tu nk bagi banglo dekat muka kari mcm ni. cite mesti kene gempak utk kekal relevan walaupun sendu.
Quote sleepandream 11-1-2021 04:54 AM
lattehazelnut replied at 11-1-2021 04:15 AM
Serius la dpt banglo atas nama u..
Buat je la lepas tu taubat.. haha..
Kang kne apply rumah ppr pl ...

kalau sempat taubat tu satu hal
kot lepastu kena kanser ke apa sia2 nikmat idup yg lain
Quote AyaqMeloSuam 11-1-2021 05:32 AM
haifawehbe: buta kot org tu nk bagi banglo dekat muka kari mcm ni. cite mesti kene gempak utk kekal relevan walaupun sendu.

Kannnnn... mcm propa sgt {:run
Quote LadyCarefree 11-1-2021 06:09 AM
Why 32k? Kenapa bukan 30k atau 35k? Rumah banglo untuk 3jam ngeseks. Hmmmmm
Quote dudaberhias 11-1-2021 06:17 AM
haifawehbe replied at 11-1-2021 04:47 AM
buta kot org tu nk bagi banglo dekat muka kari mcm ni. cite mesti kene gempak utk kekal relevan wala ...

Khennn, entah2 yang tawar tu fake account jah atau mat afrika mana tah menyamar vvip. Mesti retis 3 suku sebab percaya.
Quote samshik 11-1-2021 06:29 AM
LadyCarefree replied at 11-1-2021 06:09 AM
Why 32k? Kenapa bukan 30k atau 35k? Rumah banglo untuk 3jam ngeseks. Hmmmmm

10.5k utk sejam beraksi kot... Tu rega kurang 500 sbb vip minta diskaun.. Hihi
Quote helicornia 11-1-2021 06:43 AM
ye ye je kau ni
sapa la vip yg offer tu {:nose
Quote emera 11-1-2021 06:48 AM
Sembang kari?
Quote matchstick 11-1-2021 06:57 AM
Dh org petik nama TZ dlm kes pelacuran kelas atasan. Takde org petik nama minah ni ke sampai sheols sendiri bukak cerita. Alang2 tu sheols kari kan lah sikit baru ada ummph
Quote kaedahnya 11-1-2021 07:04 AM
scammer? andaikata dia setuju, kena bagi nudes dulu last last kena ugut? hati hati cik reen, orang sekarang pelik pelik.
Quote EvieWanKenobi 11-1-2021 07:42 AM
cer kalau di-offer rumah banglo dan cash jota2?
Quote eLiaD 11-1-2021 08:00 AM
8 years dlm industry baru kne offer ngeseks..kesian kahkahkah..RiP!
Quote Ninjanunu 11-1-2021 08:03 AM
Translation: “I am hot.”
Quote Megikari 11-1-2021 08:22 AM
"Dalam pada itu, Reen berkata imannya masih kuat dan Tuhan masih menjaga hatinya. Ujarnya, dia belum terdesak dan masih waras lagi dalam membezakan baik buruk."

Pakai seksi - sy hanya menjadi diri sy sendiri
Quote Boomibulat 11-1-2021 08:59 AM
Lelaki dia nak tak Reen..
Quote 7doors 11-1-2021 09:11 AM
Ak rasa baek akak diam2 je pasal offer bisness kerang ni...bukannya apa..klu org tu rasa terancam ke apa x terfikir ka nyawa dalam bahaya..silap2 kena simen.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.134981 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top