CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Video Eyra Hazali Solat Sambil Dukung Anak Curi Tumpuan Warganet

9-1-2021 12:14 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 12334| Komen: 60

Kredit foto : Instagram Eyra Hazali



Pelakon dan juga isteri penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim(JDT), Eyra Hazali atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 22, mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi satu video rakaman sedang menunaikan solat sambil mendukung anaknya.

Menurut Eyra, dia mengambil keputusan untuk mendukung anaknya Muhammad Hayder Qhalish yang berusia lima bulan ketika solat kerana anaknya itu hanya akan berhenti menangis sekirannya didukung.

???Sebelum ini memang tak tahu caranya sebab apabila Hayder meragam dia akan menangis teruk dan saya biarkan saja sampaikan terfikir tidak ada cara lain untuk mendiamkannnya?

???Alhamdulillah, saya jumpa cara yang sangat mudah. Dukung, tetapi jika dia masih menangis, tenangkan saja sebab tak batal pun janji khusyuk dan aurat terjaga,??? tulisnya didalam Instagram.


Tambah Eyra lagi, solat adalah satu perkara wajib ditunaikan dalam apa keadaan sekalipun.

???Solat itu wajib, tidak kira dalam apa keadaan sekalipun dan pasti ada cara yang menyenangkan kerana Islam agama yang mudah.

???Susah juga macam ini sebab akan susah hati apabila dia menangis kuat tambahan pula dia memang manja sangat sampaikan hendak dukung saja.

???Tengoklah Hayder, waktu didukung elok saja tetapi bila letak saja, mengada-ngada nak guling juga. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua,??? tulisnya.

 

Perkongsian video tersebut mendapat respon positif dari warganet dan tak kurang juga dari rakan-rakan artis yang rata-rata memuji dan berterima kasih kerana berkongsi satu video yang sangat bermanfaat.



Merujuk kepada perkongsian JAKIM tentang hukum solat sambil mendukung bayi adalah dibenarkan bagi mengelakkan daripada melengah-lengahkan solat.

HUKUM SOLAT SAMBIL DUKUNG BAYI
Menurut JAKIM, sama ada untuk imam, makmum, atau solat bersendirian kita dibenarkan mendukung bayi lelaki mahupun perempuan. Ia juga dibenarkan untuk solat fardhu atau sunat, dengan syarat-syarat berikut:

1. Bayi tersebut mestilah bebas daripada najis. Pastikan anda sudah menukar lampin bayi sebelum mula solat.

2. Mengawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut. Pergerakan lain juga perlu diminimakan sebaik mungkin supaya tidak menghilangkan khusyu???.

3. Memastikan dada sentiasa menghadap kiblat.

4. Melakukannya hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. JAKIM menegaskan bahawa adalah lebih baik sekiranya dapat memberi seseorang menjagakan anak semasa kita sedang solat.

Tahniah Eyra kerana berkongsi satu ilmu yang bermanfaat untuk semua! - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tweety_Senrose 9-1-2021 12:16 AM
Sayang, I solat dukung anak u rakam
Quote RatuDunia94 9-1-2021 12:24 AM
Tweety_Senrose: Sayang, I solat dukung anak u rakam


Untung laki rakam.. kalau pacak kamera sendiri?
Quote Tweety_Senrose 9-1-2021 12:36 AM
RatuDunia94 replied at 9-1-2021 12:24 AM
Untung laki rakam.. kalau pacak kamera sendiri?

Tapi macam rakam sendiri lah kan? Kalau laki yang disuruh mesti laki wadahell kan je. Gigih nak rakam solat dukung baby as if tak pernah ada yang buat. Mungkin rasa solat not approved kot kalau tak upload kasi orang ramai tengok. Netizen is the new god gituhh.
Quote msel 9-1-2021 12:37 AM
Makpak arab selalu bawak n dukung anak kecil ketika solat jemaah, solat terawih kat masjid lagi. Tapi perlu ke rekod dik? Mana suami mu?
Quote Kurex 9-1-2021 12:57 AM
Kau dah kawen dgn penjaga gol pun tetap iols tak kenal... Nak gosip apa ni??? Ke nak bincang hukum??
Quote jargon 9-1-2021 01:01 AM
Aku hrp xlama lg laki dia kene transfer main dgn kelab kg.com fc pulak...tgk bangga lg x jd wags jdt
Quote md_nana 9-1-2021 01:04 AM
wags jdt ni bangga betul tgk gaya masing2. pas tu suka tunjuk konon hubungan diorg baik sgt each other.
Quote chinta89 9-1-2021 01:50 AM
Thread dirogol oleh kemenyampahan nurtizen terhadap sheols yg berbangga as wig wife jdt tersOhor {:smile
Quote sikatkutu 9-1-2021 02:14 AM
selalu tertukar antara dia ni dengan jaja pelakon 7 hari mencintaiku tu. muka nak sama
Quote anony-mous 9-1-2021 02:17 AM
aku je ke rasa perkongsian sheol ni bagus??
Quote MakcikLaksa 9-1-2021 02:33 AM
Bab2 agama ni mmg netizen extra sensitif diknon. Lain kali kalau nk share apa2 ilmu, ko tempek siap2 statement jakim tu. Tanyela ustat mana2 ke, ko ss perbualan tu, tempek gmbr skali. Jgn rakam video ko buat je mmgla netizen berbalah2 pulak penat dok fikir hukum sana hukum sini. Ataupun ko karang ayat je, xprlu pun video ko buat.. Kang orang judge pulak pergerakan ko dok dodoi anak tu mampu ke khusyuk lagi?

Apepun, acik memang tak suka manjakan baby nak berdukung setiap masa. Solat sekejap je, tinggal le kejap. Berapa minit sangat? . Ni mesti ko pun slalu dukung dia dr baby melekat je tu dia jd high demand. Ko xtau ke baby ni pandai? Dia tau cara nak dapatkan apa yang dia nak. Pastu ko turutkan je kehendak baby tu smp dia besar..

Panjang pulak komen acik ye..
Quote depresio 9-1-2021 02:39 AM
Mmg ada baby jenis high need
Anak buah aku jenis baby high need
Kesian aku nengok adik aku
Mmg laki bini stress
Quote EvieWanKenobi 9-1-2021 03:09 AM
siap vedio.. gigih nau.. hahahahaaaa..
Quote papadomku 9-1-2021 03:24 AM
Bagus apa sharing mcm ni. Atleast follower dia mana yg tak tau tu, blh dpt ilmu baru
Quote rykall 9-1-2021 05:22 AM
Jadi perlu ke nak rakam video bagai?. Makin pelik manusia akhir zaman ni. Netizen pun terlopong puji retis solat, bertudung dll.
Quote Kancilkering 9-1-2021 05:28 AM
rasa jdt dh start practice dh...
Quote pxlbb 9-1-2021 06:07 AM
Kurex: Kau dah kawen dgn penjaga gol pun tetap iols tak kenal... Nak gosip apa ni??? Ke nak bincang hukum??



Kannn siapa minah ni hahhh??? Sumpah tak kenal tapi berderet tered dibuka yach. Batak sgt ambil video solat. Mcm takde mak bapak lain dukung anak time solat?
Quote blue^panther 9-1-2021 06:34 AM
Tweety_Senrose replied at 9-1-2021 12:16 AM
Sayang, I solat dukung anak u rakam

kalau laki rakam, baik la laki yang jaga anak dia......
Quote Belibis 9-1-2021 08:57 AM
Kurex: Kau dah kawen dgn penjaga gol pun tetap iols tak kenal... Nak gosip apa ni??? Ke nak bincang hukum??

Ko memangggg..pompuan lawa tak kenal,jantan sado boleh kenal pulakkkk..{:cryrun

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.040349 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top