CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Kelantan Makin Buruk, Kota Bharu Mula Dinaiki Air

8-1-2021 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3110| Komen: 8

Laluan Kampung Kijang menghala ke Kedai Buloh ditenggelami air sedalam 0.35 meter pada Jumaat. - FOTO ROSMIZA KASIM



KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan pada Jumaat bertambah buruk dengan lebih 6,000 penduduk dipindahkan, manakala Kota Bharu menjadi kawasan terbaharu dinaiki air.

Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga jam 8.30 pagi, seramai 6,354 mangsa membabitkan 1,742 keluarga telah dipindahkan.

Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa ditempatkan di 75 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan terbaharu di Kota Bharu.

Sebagaimana diramalkan, Kota Bharu mula dinaiki air lewat malam Khamis dan satu PPS telah diaktifkan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh.

Keadaan di Kampung Kijang, Kota Bharu yang mula dinaiki air pada Jumaat. - FOTO ROSMIZA KASIM


Berdasarkan laporan aplikasi sama, pada jam 11.13 malam Khamis, seramai 13 mangsa kumpulan pertama membabitkan lapan keluarga telah ditempatkan di SK Kampung Sireh.

Jumlah terkini pada pagi Jumaat pula, angka mangsa dipindahkan sudah bertambah kepada 22 orang dengan 16 keluarga berada di PPS sama.

Sementara itu, perkembangan di jajahan lain pula menunjukkan Kuala Krai mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 3,063 mangsa terdiri daripada 783 keluarga ditempatkan di 35 PPS.

Mangsa paling ramai dari jajahan itu dipindahkan ke SK Banggol Guchil dengan 337 mangsa membabitkan 97 keluarga.

Jajahan kedua ramai adalah di Pasir Mas dengan mangsa bertambah kepada 1,514 orang berbanding tengah malam Khamis hanya 1,496 penduduk diselamatkan.

Di Jajahan Pasir Mas juga menunjukkan Pekan Rantau Panjang masih lagi lumpuh ditenggelami banjir berikutan limpahan Sungai Golok yang melepasi paras bahaya.

Seterusnya, di Tanah Merah juga mangsa bertambah kepada 637 orang dan kesemua 169 keluarga itu ditempatkan di 13 PPS.

Di Jeli pula seramai 609 mangsa terdiri daripada 172 keluarga masih berada di tiga PPS terpilih.

Begitu juga di Gua Musang, seramai 515 mangsa membabitkan 113 keluarga telah dipindahkan ke enam PPS.



Sumber : Sinarharian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 8-1-2021 01:28 PM
janganlah jadi macam tahun 2014 dulu tengok pun seram
Quote dodolgemok 8-1-2021 04:00 PM
Janganlah banjir besar seperti sebelum ni, nnti ada poremer terpaksa makan ubi jah atas sampan smbil belek2 porem cari
Quote sikatkutu 9-1-2021 02:33 AM
selangor KL banjir kilat aje tak ada banjir air menung macam negeri2 lain. kalau tak mesti berpusu2 umah bawa payung selak kain sampai peha main air banjir
Quote mongoose_kidz 9-1-2021 08:45 AM
2 hari da x hujan tp air x surut2
Quote mawar_mustika 10-1-2021 11:32 AM
kt kawasan kiteorg pun hujan on off renyai2 je tp air makin naik...pastu duk termenung huhuhu...alhamdulillah hr ni dh trun dah air..ramai dh blk rmh msg2 utk bersih tp still duk berjaga2 lg sbb blum habis lg musim tengkujuh
Quote shernazz 10-1-2021 11:34 AM
Hat tinggi mcm ni bolehla.ford ranger driver yang bodoh harung banjir kat pahang tu redah
Quote Guccibamboo 10-1-2021 11:35 AM
mongoose_kidz replied at 9-1-2021 08:45 AM
2 hari da x hujan tp air x surut2

U duduk mane
Quote Buritan 10-1-2021 11:39 AM
mongoose_kidz replied at 9-1-2021 08:45 AM
2 hari da x hujan tp air x surut2

Air termenung la tui.. leceh ait termenung.. takur ular

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037600 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top