CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi Kini Sudah Berdamai Dengan Qatar

8-1-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1661| Komen: 4

Putera mahkota Mohammed bin Salman (kanan) menyambut ketibaan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani untuk menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk ke-41 di Al-Ula, Arab Saudi pada Selasa. (Gambar AP)



RIYADH: Arab Saudi pada Selasa mengesahkan ia sudah berdamai dengan Qatar dan Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk ke-41 membuka fasa baru “solidariti” serta “kestabilan” antara negara serantau, lapor agensi berita Anadolu.

Menteri Luar Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud dalam sidang media di kota al-Ula berkata, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir memulihkan hubungan diplomatik dengan Qatar sepenuhnya.

“Kebijaksanaan pemimpin Teluk mampu mengatasi semua perbezaan.


“Ada kemahuan politik dan keyakinan baik untuk memastikan pelaksanaan perdamaian,” katanya selepas sidang kemuncak itu.

Sidang kemuncak yang turut dihadiri Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, itu menandakan kejayaan dalam penyelesaian krisis sejak Jun 2017, ketika empat negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Mereka menuduh Qatar menyokong keganasan dan mencampuri urusan dalaman, namun dinafikan Doha.



Sumber : Freemalaysiatoday

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 9-1-2021 01:52 AM
sama2 islam pun nak bergaduh. apa punya pemimpin lah
Quote kakikuDibibirmu 9-1-2021 01:54 AM
Entahnya lepas ni berbaik dengan syiah Iran pulak, kitakan saudara Islam
Quote sikatkutu 9-1-2021 02:32 AM
kakikuDibibirmu replied at 9-1-2021 01:54 AM
Entahnya lepas ni berbaik dengan syiah Iran pulak, kitakan saudara Islam


syiah tu sesat lagi menyesatkan.. islam apanya


Quote unicornlady 14-3-2021 07:10 PM
Alhamdulillah. All arab countries should berdamai including dengan yemen

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035303 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top