CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

WHO Beri Amaran Tempoh Enam Bulan Lagi Amat Sukar

8-1-2021 02:16 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4179| Komen: 20




GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kemungkinan tempoh enam bulan dalam tahun ini akan menjadi lebih sukar sebelum vaksin berjaya menukar situasi pandemik COVID-19.

Peneraju teknikal WHO untuk COVID-19, Maria Van Kerkhove berkata, di kebanyakan negara, keadaannya sangat membimbangkan dan akan bertambah buruk.

"Beberapa negara melihat penularan ini sangat kuat, terutama di Eropah dan Amerika Utara, dengan jumlah yang sangat menakutkan berkaitan jangkitan kes positif, kemasukan ke hospital dan kemasukan ke unit rawatan rapi.

"Pergaulan sosial isi rumah dalam tempoh sambutan Krismas dan Tahun Baharu baru-baru ini, mengakibatkan peningkatan jumlah kes pada minggu pertama bulan ini.


"Kita akan melihat dalam beberapa minggu akan datang (peningkatan kes) di kebanyakan negara, kita akan melihat keadaan bertambah buruk sebelum menjadi lebih baik," katanya ketika siaran langsung di saluran media sosial WHO.

Pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan pula berkata, penghasilan vaksin memberi sedikit kelegaan, tetapi orang ramai tidak boleh menarik nafas lega dan tidak berwaspada terhadap penyakit ini.

"Kita mengharungi virus ini selama setahun dan pertempuran ini sangat panjang.

"Tetapi kita masih ada tiga hingga enam bulan lagi tempoh yang sukar dan berharap mampu melakukannya.

"Vaksin akan ada tetapi ia belum lagi tiba di kebanyakan negara di seluruh dunia," katanya.

Ryan berkata, tiada petunjuk bahawa vaksin yang sedang dibangunkan serta dikembangkan tidak akan berfungsi terhadap virus COVID-19 varian baharu.

"Tetapi jika ada perubahan dalam hal itu, secara relatifnya mudah untuk mengubah vaksin bagi memerangi virus berkenaan.

"Apabila virus bermutasi, ia boleh menjadi lebih mudah menular tetapi jarang menjadi lebih parah, kerana itu tidak sesuai dengan kepentingan mereka," katanya. 



Sumber - AFP/BeritaHarian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 8-1-2021 02:41 AM
hebat who bagi amaran.macam tau2 je what next  
Quote sarah82 8-1-2021 02:43 AM
WHO tak bagi amaran pun kami dah tau.. Sebab tahun lepas ada artikel dah citer ttg kemungkinan2 yg kita kena hadap 2-3 tahun ni.
Quote Mopiko 8-1-2021 02:51 AM
sarah82 replied at 8-1-2021 02:43 AM
WHO tak bagi amaran pun kami dah tau.. Sebab tahun lepas ada artikel dah citer ttg kemungkinan2 yg k ...


semuanya macam nak suruh vaksin. apa ada dengan vaksin eh

Quote sarah82 8-1-2021 02:53 AM
Mopiko replied at 8-1-2021 02:51 AM
semuanya macam nak suruh vaksin. apa ada dengan vaksin eh

X tau la.. Tapi mmg ada artikel yg bgtau ttg org yg adalah alahan pada ubat dan makanan x boleh vaksin.. Iols adalah org2 yg tak terpilih utk vaksin sbb iols ada alahan pada makanan.
Quote Adrif 8-1-2021 03:03 AM
wnwa05 replied at 8-1-2021 02:41 AM
hebat who bagi amaran.macam tau2 je what next

berdasarkan pelbagai model.
antara paling simple, macam dominos theory, culture shock syndrome theory, grief stages.
dari situ, kita boleh agak secara kasar, apa akan jadi, kemungkinan dan kebarangkalian tingkahlaku orang ramai dan perilaku tindak balas.
kawan kita masa tahun awal2 kena tahun lepas, lockdown pertama bulan april tu, dia kata dalam 3 tahun confirm,
prepare makanan secukupnya, tapi tak perlu panik, yang paling penting, keselamatan. safety. sampai satu tahap, orang terdesak, jenayah akan meletup, berleluasa. siapa sangka, semalam perlukan beras, hari ni perlukan parang. kita tak tau, just be prepared for the worst.

lepas tu dia pun berhenti kerja dan menghilangkan diri
sebulan kemudian, kami ramai2 diberhentikan, company nak 50% manpower je..
Quote Mopiko 8-1-2021 03:27 AM
sarah82 replied at 8-1-2021 02:53 AM
X tau la.. Tapi mmg ada artikel yg bgtau ttg org yg adalah alahan pada ubat dan makanan x boleh va ...


tapi ikutkan yang tersebar tu semua kena vaksin


Quote Mopiko 8-1-2021 03:29 AM
Adrif replied at 8-1-2021 03:03 AM
berdasarkan pelbagai model.
antara paling simple, macam dominos theory, culture shock syndrome th ...


mati itu pasti sama ada nak atau tidak. tapi yg aku tak faham skg kalau betul lah teori konspirasi ni. untuk apa hancurkan ekonomi dunia.. buat orang chaos dan suruh vaksin?



Quote sarah82 8-1-2021 03:32 AM
Mopiko replied at 8-1-2021 03:27 AM
tapi ikutkan yang tersebar tu semua kena vaksin

Erk.. Mmg ada reaksi negatif utk yg ada alahan.. Takkan nak amik.
Quote Mopiko 8-1-2021 03:52 AM
sarah82 replied at 8-1-2021 03:32 AM
Erk.. Mmg ada reaksi negatif utk yg ada alahan.. Takkan nak amik.


ntahlah. benda ni konspirasi je konon kata akan jadi mandatori.. tak boleh caya 100%



Quote Adrif 8-1-2021 04:03 AM
Mopiko replied at 8-1-2021 03:29 AM
mati itu pasti sama ada nak atau tidak. tapi yg aku tak faham skg kalau betul lah teori konspira ...

err, tu bukan teori konspirasi.. tu semua nama2 teori umum, secara spesifiknya, dalam bidang psikologi dan sosiologi. bidang sains yang mengkaji corak tingkah laku manusia.
boleh kata, kita ni hidup, ada corak. pattern.
berdasarkan sejarah lama yang pernah berlaku, kita boleh agak orang ramai akan memberi reaksi yang macam mana.
ada la pengiraan dia semua. bukan benda2 pelik, memang benda ni belajar kat universiti, degree master phd

takde kena mengena dengan teori konspirasi bagai tu
Quote bakingsoda 8-1-2021 05:11 AM
bagus tak payah raya ramai2 lagi, babi2 yg galak nak beraya normal tahun ni la yg jugak galak berjimba kulu kilir sebar kobid, balik kg habis orang tua dipeluk ciumnye pastu nnt ramadhan sambil2 tunggu bukak posa karang tweet sendu rojak english "when kunjung mengunjung raya was a thing": ini adalah thread
Quote AbukRokok 8-1-2021 07:48 AM
Adrif replied at 8-1-2021 03:03 AM
berdasarkan pelbagai model.
antara paling simple, macam dominos theory, culture shock syndrome th ...

kesiannya awk semoga bertabah
anyway mati xmakan lbh baik dri mati kne kobis..kira ok lah tu
#rindupkp1500%


Quote Belibis 8-1-2021 09:45 AM
Mopiko: semuanya macam nak suruh vaksin. apa ada dengan vaksin eh

Dr amalina dah cakap.percaya sains,jangan percaya teori konspirasi..hadap jer laaa.bukan 6 bulan,akan berterusan sehingga ke hujung zaman.
Quote manjalara_01 8-1-2021 10:41 AM
Belibis replied at 8-1-2021 09:45 AM
Dr amalina dah cakap.percaya sains,jangan percaya teori konspirasi..hadap jer laaa.bukan 6 bulan,a ...

Dr A lupe percaya common sense tu i rs lg penting dr percaya sains skrg ni.
Quote missus_meow 8-1-2021 11:16 AM
kena biasakan hidup dgn covid, ade vaksin pon tak sume boleh amek ...
Quote jalfa 8-1-2021 11:22 AM
Masa kes 10 pon who warning....so skrg double warning la..skrg kat malaysia dah jd sprti yg diwarning tu...yg positif kurantin kat rumah je..sbb x cukup fasiliti..lupakan teori kospirasi semua tu...
Quote guesswho09 10-1-2021 09:34 PM
bakingsoda replied at 8-1-2021 05:11 AM
bagus tak payah raya ramai2 lagi, babi2 yg galak nak beraya normal tahun ni la yg jugak galak berjim ...

Tgk insta story ex brunei
bawak anak pi shopping grocery
tak masuk akal sungguh
Quote anony-mous 10-1-2021 09:35 PM
Habis tu tempoh bila akan sng? Bodoh jugak WHO ni. Setakat ramalan mcm ni budak2 pon boleh buat
Quote ina_na 11-1-2021 02:23 AM
Logik je 6 bulan dr skrg ssh.. Sbb td suami citer.. Member opis dia yg msh keje skrg ni dah kn potong gaji.. Lps tu dr tetap turun ke kontrak.. Dah ada tanda2 nk kn vss.. Tp kesian la kalo vss x dpt pampasan dah.. Sbb dah jawatan kontrak.. Bukan tetap.. Company pun pandai nk selamatkan kroni dia je.. Tgk la bape lama bertahan dah la yg di angkut family semua x de pengalaman bidang tu..

Tu 1..1 lg kan 6bulan dr skrg duit kwsp pun dah abis.. Mn yg x menyimpan kalo nsb x baik kn behenti keje.. Lps raya biasa org kita ni dah jd sengkek.. Sampai meminjam nak hidup lps raya.. Kalo kn behenti keje.. Dgn duit dah x de.. Brg makan pun harga naik.. Seram ooo nanti.. Ni imiginasi je la..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055196 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top