CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye Dan Naim Daniel Bercinta?

4-1-2021 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17820| Komen: 98

Description: 'Kami tiada apa-apa.....Macam adik dengan abang.'
'Kami tiada apa-apa.....Macam adik dengan abang.'

Itu penjelasan bakat baharu, Iman Troye mengulas spekulasi konon bercinta dengan pelakon dan penyanyi, Naim Daniel.



Foto: IG

"Saya dan Naim tiada apa-apa. Setakat ini, tidak pernah terlintas hubungan ini akan jadi lebih daripada itu.

"Malah, ia akan kekal begitu. Sebelum ini, timbul konon saya cemburukan hubungan Naim dengan seseorang. Semua itu sekadar gurauan," katanya kepada BH Online.

Mula dikenali apabila single sulungnya, Teman, 'meledak', Iman digosip menjalin hubungan rapat dengan Naim.


Spekulasi tambah hangat apabila masing-masing dilihat berkongsi foto berdua di laman sosial.

Iman atau nama penuhnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 18, berkata, bekas pengurus Naim kini mengendalikan kariernya, lantas hubungan mereka rapat.



"Saya kenal Naim apabila mula menyanyikan lagu Sumpah. Sejak itu, kami mula berhubung," katanya.

Sementara itu, Iman tidak menyangka lagu Teman ciptaan Ezra Kong dan lirik dihasilkan A Ramlee, diterima ramai.



"Saya tidak sangka penerimaan lagu ini meluas sehingga menjadi kandungan TikTok.

"Saya seronok menerima mesej langsung di Instagram (IG) yang dihantar peminat. Mereka sukakan lagu ini.


"Malah, ada pekerja barisan hadapan mengaku mendengar single Teman ketika waktu rehat. Mereka beritahu lagu itu meredakan tekanan," katanya.

Sebelum ini, Iman aktif memuat naik video nyanyian melalui IG sejak dua tahun lalu hingga dilamar syarikat rakaman, XO House.



Mengenai genre muzik lagu Teman, Iman berkata, single berkenaan berkonsepkan pop, bukannya dangdut.

"Mungkin lagu itu 'catchy' dan suara saya lenggok seperti dangdut.

"Insya-Allah single kedua akan menyusul, tidak lama lagi. Disebabkan saya suka sentuhan Ezra, lagu seterusnya adalah ciptaannya.

"Hendak tahu genre lagu, kenalah tunggu dan biar jadi kejutan," katanya.


Mengenai nama Troye, Iman memberitahu, idea mengabadikan nama itu timbul selepas dia meminati YouTuber dikenali sebagai Troye Sivan.

"Saya suka lagu dendangannya. Nama Troye melekat sejak menuntut di tingkatan dua sehingga sekarang," katanya yang sedang melanjutkan pengajian diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 4-1-2021 02:58 PM
Mcmmne sebut nama dia tro-ye?
Quote matchstick 4-1-2021 02:59 PM
Tebal nye mekap..di sebalik mekap tu muka jawa je kan
Quote Buritan 4-1-2021 03:03 PM
Aku suke pesen baju dia no4.. mesti cantik kalo aku pakei
Quote azimodin 4-1-2021 03:04 PM
Iman troye ni kalau menyanyi depan tok pinaz confirm kena lahar. Sebutan masa menyanyi x clear, macam orang kena selsemam. Masa first time iouls dengar lagi teman tu iouls ingat chorus dia tu randowm words cam bilibilibali bilibilati.. Gichew
Quote fuyupoktek 4-1-2021 03:07 PM
Iman ni masa dia blom jd penyanyi dh lalu lalang kt explore ig. Tgk follower dh juta ke cecah juta masa tu. Pebendee bbnu duk puja budak ni aku pon x paham . Nak kata lawa jauh skali.
Quote Themilo 4-1-2021 03:07 PM
azimodin replied at 4-1-2021 07:04 AM
Iman troye ni kalau menyanyi depan tok pinaz confirm kena lahar. Sebutan masa menyanyi x clear, maca ...

meols pulak dengar korus dia "Aku pilih-pilih mati, pilih-pilih mati.." chooiii, mati pun boleh pilih-pilih ke dekkk??
Quote xoic726 4-1-2021 03:08 PM
lagu dia sedap jua lah...baru sis kenal iman troll nih...mancung giginya...huhuh
Quote eyansss 4-1-2021 03:10 PM
batu aku tau dia yang nyanyi lagi pilihpilih ni...
Quote Kurex 4-1-2021 03:12 PM
Adik & kakak kan....... Kakak naimah
Quote tagas 4-1-2021 03:13 PM
muda lagi rezki dah mencanak2

antara retis yg top fast track
Quote TerataiMelur02 4-1-2021 03:13 PM
Mekap + filter berkati pun tetap la tak lawa dik non.. Teringin nak tengok tanpa makeup+filter
Quote mieymiey 4-1-2021 03:14 PM
Bilibililagi bililillagi kelakar hokay sebutan sheols sampai iols terpaksa google.
Quote immaryjane 4-1-2021 03:14 PM
Kalau tk tgok lirik, septah haram tk phm ape dia sebut. Sengau and suara besar.
Nasib lagu catchy, kalau dpt lagu ni kt nabila razali, baik dgr versi chipmunks jah
Quote azimodin 4-1-2021 03:18 PM
Themilo replied at 4-1-2021 03:07 PM
meols pulak dengar korus dia "Aku pilih-pilih mati, pilih-pilih mati.." chooiii, mati pun boleh pi ...

Hahaha.. Kalau pilih mati tu bukan mencari teman hidup, tu namanya mencari teman kubur
Quote Megikari 4-1-2021 03:30 PM
azimodin: Iman troye ni kalau menyanyi depan tok pinaz confirm kena lahar. Sebutan masa menyanyi x clear, macam orang kena selsemam. Masa first time iouls denga ...


Ingatkan aku sorang je yg pikir camtu  hahaha
Quote ariellin 4-1-2021 03:32 PM
TerataiMelur02 replied at 4-1-2021 02:13 PM
Mekap + filter berkati pun tetap la tak lawa dik non.. Teringin nak tengok tanpa makeup+filter

Aritu trtgk muka dia tanpa mekap.. cari je kat ig mua yg tagged dia kat ig
Quote Megikari 4-1-2021 03:32 PM
Dia ni muka tua, suara pun x macam suara budak belasan tahun. Muka nampak tua tu sbb cara dia mekap kot
Quote amyza82 4-1-2021 03:33 PM
Ok je kalo betul, sbb dua dua muka so so
Quote Pujangga22 4-1-2021 03:35 PM
klu bbnu yg dpt lgu hael or ezra mst meletop...biarpun bakat so so

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053245 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top