CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Risau Budak-Budak, Banjir Kali Ini Lain Macam" Sharifah Shahira Terkandas Di Raub

4-1-2021 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8066| Komen: 25

SHARIFAH SHAHIRA kini berada di Ulu Dong, Pahang kerana bercuti bersama keluarga di tanah miliknya.



Artis versatil, Sharifah Shahira berdepan pengalaman terkandas akibat banjir di Raub, Pahang namun kini berada dalam keadaan selamat.

Shahira yang lebih mesra disapa sebagai Shiera ketika dihubungi Kosmo! memberitahu insiden tersebut berlaku ketika dia bersama beberapa ahli keluarganya sedang bercuti di tanah persendirian miliknya di Ulu Dong, Raub, Pahang.

“Alhamdulillah sekarang kami selamat walaupun terkandas, cuma masalahnya bekalan air dan elektrik dah terputus.

“Nasib baik semalam sudah pergi ke pasar raya untuk beli bekalan makanan. Harap air banjir ini cepat surut,” katanya sepatutnya dapat pulang ke Kuala Lumpur tetapi perlu bermalam di Raub sehari lagi akibat banjir.



Dalam pada itu, dia turut melahirkan kebimbangan kepada keselamatan anak-anaknya sekiranya banjir tidak surut.

“Risau budak-budak, banjir kali ini lain macam. Tadi memang panik tetapi sekarang sudah okey sebab air di sini semakin surut,” ujarnya.

Terdahulu, Shiera dalam satu perkongsian memuat naik sebuah video yang memaparkan dia terkandas di atas sebuah jambatan selepas kedua-dua arah jalan keluar ditenggelami banjir.

Shiera turut menulis: “Kami dipulaukan, terkepung”.

Beberapa jam sebelum itu, penyampai radio Sinar FM berkenaan turut memaparkan situasi air deras di kawasan sekitar kediamannya.

Difahamkan, pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad turut berada di sana bersama keluarganya. 



Sumber : K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 4-1-2021 03:01 PM
teringin nak ada tanah macam ni...  dalam hutan, tepi ada sungai...  tenang je rasa...
Quote Piramida 4-1-2021 07:28 PM
Iyalah dah pokok2 semua acik syeira tebang... mohon tanam ganti semula apa yg dah di kosongkan.
Quote misuke 4-1-2021 07:47 PM
balak oh balak..... tokey poket tebal buat banglo bertingkat. marhaen ni sauk air banjir je la
Quote Jemahjemah 4-1-2021 08:24 PM
Terok banjir kan. Kesian tgk rumah tumah org kpg nampak bumbung je. Haishhh. Kesian rakyat marhaen. Emm
Quote Suchi 4-1-2021 08:36 PM
Dia ada tanah kebun ke sana? Kerap gak dia lepak sana sejak akhir2 ni.

Quote helicornia 4-1-2021 09:12 PM
dia mmg org raub kan. maybe sbb tu ada tanah kt sana. dia sorang je pelakon bole ckp loghat pahang
Quote stingerxmas 4-1-2021 09:25 PM
Temasya setiap tahun....

Seperti yg disebut oleh anak jiran sebelah penthouse aku....

No best engineer in this world can prevent ponding...,
what more flooding....

kahkahkahkahkahkah
Quote antiQue 4-1-2021 10:37 PM
helicornia replied at 4-1-2021 09:12 PM
dia mmg org raub kan. maybe sbb tu ada tanah kt sana. dia sorang je pelakon bole ckp loghat pahang

Fizz Fairuz pun orang Raub, pekat juga loghat nya.
Quote helicornia 4-1-2021 10:38 PM
antiQue replied at 4-1-2021 10:37 PM
Fizz Fairuz pun orang Raub, pekat juga loghat nya.

aa terlupa plak fizz fairuz
Quote yetta2 4-1-2021 11:08 PM
helicornia replied at 4-1-2021 09:12 PM
dia mmg org raub kan. maybe sbb tu ada tanah kt sana. dia sorang je pelakon bole ckp loghat pahang

Bukan dia sorang aje lah. Norkhiriah pun boleh cakap lohgat pahang pekat. Selain fizz fairuz. Hatta mami azhar sulaiman yg urban tu pun boleh je cakap loghat pahang. Cuma syiera ni paling menonjol sebab merata dlm tv dlm ig dlm radio pun dia cakap pahang dgn kerap.
Quote rosannazmia 4-1-2021 11:22 PM
yetta2 replied at 4-1-2021 11:08 PM
Bukan dia sorang aje lah. Norkhiriah pun boleh cakap lohgat pahang pekat. Selain fizz fairuz. Hatt ...

Bam mat over pon penah kecek pahang berlakon jd org pahang duk felda x silap komeh..boleh lah die cakak pahang heheh mungkin bini dia org pahang kot.. Mami azhar membesar di bentong bertahun di luar negeri pon pandai cakak pahang, fazura membesar di pekan, kontrol abis bunyi pahang, sekali adik dia si joe tu pekat abis loghat hehehe....Penyanyi bernombor pown kontrol loghat pahang tp x leh hilang, kontrol mcmana pon tetap ade bunyi
Quote Jemahjemah 4-1-2021 11:23 PM
Dr dulu aku curious husband dia anak org kaya mana. Siapa tau
Quote mosti 5-1-2021 12:17 AM
Jemahjemah replied at 4-1-2021 11:23 PM
Dr dulu aku curious husband dia anak org kaya mana. Siapa tau

Ambank...mz nina
Quote RatuDunia94 5-1-2021 01:43 AM
Loghat pahang ni mcm mana? Sbb bila dgr org pahang bercakap mcm xde beza sgt dgn bahasa selangor, johor etc. Ke ritma n lenggok cara bercakap yg membezakan.. kalau loghat mcm kelantan, kedah, sabah mmg obvious la bezanya..
Quote Perawankota 5-1-2021 04:23 AM
Pahang ni byk loghat.. Aku membesar kat Kuantan smpi sekolah Menengah, tapi aku cakap biasa je sbb parents aku cakap biasa mcm org kl.. Tapi bila dgn kawan2, mostly kitrg ckp mcm loghat tganu. Kt Kuantan tu ramai org tganu dgn kelantan.. Tapi org luar selalu x percaya bila aku ckp, aku x reti ckp loghat pahang betul.
Quote Perawankota 5-1-2021 04:24 AM
RatuDunia94 replied at 5-1-2021 01:43 AM
Loghat pahang ni mcm mana? Sbb bila dgr org pahang bercakap mcm xde beza sgt dgn bahasa selangor, jo ...

Tgk dia asal mana. Pahang ada byk loghat.. Lain daerah lain loghat..
Quote asamfish 5-1-2021 04:41 AM
Jemahjemah replied at 4-1-2021 11:23 PM
Dr dulu aku curious husband dia anak org kaya mana. Siapa tau

Laki Maria Arshad tu yang kaya.  So secara otomatik, si Ijoi ni pun harus la dpt tempias walaupun anak tiri.  Dan Ijoi ni semestinya ada la kot pegang saham kat mana2 company pak tiri dia tu disamping perniagaan makanan dia tu.

Quote jijilaaa 5-1-2021 09:10 AM
ak gigih tgk utube loghat pahang. ada sikit2 mcm bunyi loghat perak. selama ni sungguh2 aku ingat shira ckp loghat perak kat suria. sbb si tyzo pun cakap perak.

rupanya pahang vs perak la yeee


Quote kakakko 5-1-2021 09:16 AM
rosannazmia replied at 4-1-2021 03:22 PM
Bam mat over pon penah kecek pahang berlakon jd org pahang duk felda x silap komeh..boleh lah die  ...

Aok orang pahang jugek ke?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.432222 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top