CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Enam Tahun Kahwin, Idayu Kini Hamil

2-1-2021 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8444| Komen: 38

"Kepada pasangan yang masih berusaha nak dapatkan 'baby', nasihat saya jangan mudah putus asa."

Itu luah penyanyi Idayu yang berkongsi kini hamil anak sulung dengan usia kandungan lima bulan selepas enam tahun berkahwin dengan suami, Shahrul Fadzil.


Idayu, 36, atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob berkata, dia dan suami bersyukur dengan nikmat diberikan Allah SWT.

"Syukur Alhamdulillah saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lebih lima bulan selepas melayari perkahwinan selama lebih enam tahun.

"Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kami berdua. Kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah SWT dan inilah waktu yang paling tepat. Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari mendatang," katanya.


Kredit foto: IG


Dalam masa sama, Idayu yang juga juara program Akademi Fantasia Megastar turut memohon doa orang ramai semoga kehamilan dan proses melahirkan kelak dipermudahkan.

"Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran.

"Insya Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei depan. Sekali lagi terima kasih untuk ucapan dan doa kalian.

"Terima kasih juga kepada doktor serta seluruh kakitangan hospital kerana banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini. Semoga Allah sahaja dapat membalas budi kalian," katanya.

Idayu dan suami berkahwin pada Mei 2014. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 2-1-2021 11:29 AM
tahniah, moga ibu dan baby sihat sehingga melahirkan
Quote Tinot7 2-1-2021 11:38 AM
Tahniah..
Nape berita tahun lepas baru nak post benang?

"Insya Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei depan. Sekali lagi terima kasih untuk ucapan dan doa kalian.
Quote helicornia 2-1-2021 12:39 PM
dia ni mmg tkde aura
pas menang megastar ke kuburan semula
muncul pun dgn berita hamil
Quote eely_shana 2-1-2021 12:45 PM
Tahniah...
Quote sleepandream 2-1-2021 01:14 PM
last produk sheols tak silap lagu kempen cuti2 malaysia...
tu je la... lepastu produk hamil..
Quote doubleA 2-1-2021 01:37 PM
Tahniah. Semoga dipermudahkan. Enjoy pregnancy moment.
Quote ikanmasin 2-1-2021 01:54 PM
alhamdulillah tahniah..
Quote Noraniza_Iblis 2-1-2021 01:54 PM
sheols dgn salma mentor tu..
berape kali dh bangkit kuburan..
tapi end up.. ke tanah perkuburan jgk..
Quote NekNgah 2-1-2021 02:09 PM
Alhamdulillah, tahniah Idayu & suami.
Quote AKAZ85 2-1-2021 03:34 PM
Suara boleh pergi jauh.. Tapi betul laa... Bangkit dari kuburan abis musim konsert kembali ke tanah perkuburan balik
Quote bambimo 2-1-2021 10:27 PM
Ya ampun...
Mata ku ni...

Ku ingtkan mas idayu.. Trkejut bila mommy kawen lg...xdpt nk recall idayu mana..
Nway tahniah
Quote chinta89 3-1-2021 05:05 AM
Sampai hati korang yg ckp dia bangkit dari kuburan.. Tp yelah hakikat kan
Quote cmf_premierleag 3-1-2021 05:23 AM
Alhamdulilah
iols minat je dgn idayu ni
vokal sheols mantap walau ujung2 ke kuburan jua
tp mmg x bleh lupa ya vokal sheols bila bawak lagu Tiada Lagi Tangisan ms konsert AF dulu
and her single, kasih terpisah
mmg mencabar vokal akak bila prektis sambil memasak kt dapur
Quote AeriSha 3-1-2021 08:16 AM
Edited by AeriSha at 3-1-2021 08:17 AM
sleepandream replied at 2-1-2021 01:14 PM
last produk sheols tak silap lagu kempen cuti2 malaysia...
tu je la... lepastu produk hamil..


Ada lagi latest lagu drama tv1 masa bulan puasa tu,duet dgn Ezad Lazim,Sampai Syurga..Lagu ni bagus jah,antara yg paling bagus tahun 2020,tapi kalau dah penyanyinya org dah cop sendu,lagi jatuh sendulah jadinya..
Bilalah nak ada ramai sikit org yg sudi menyokong supaya kurang sikit sendu tu..

Kesian plak baca thread Idayu ni hamil pun penuh dgn perkataan "kubur" lulz..

Anyway..Tahniah Idayu,semoga segalanya dipermudahkan ..
Patutlah senyap gile instagram Idayu ni sejak bbrp bulan lepas..
Quote AeriSha 3-1-2021 08:26 AM
cmf_premierleag replied at 3-1-2021 05:23 AM
Alhamdulilah
iols minat je dgn idayu ni
vokal sheols mantap walau ujung2 ke kuburan jua

Banyak lagu Idayu yg iols jamin ramai penyanyi profesional pun takleh bawa dgn key asal..
Macam lagu Putus, Kasih Yg Terpisah..
Lagu filem Gong,Paluan Rindumu tu pun susah gile..Lagu ni baru betul2 menjadi mood seram & dark,dgn vokal penyanyinya sekali interpret keseraman tu dgn betul..
Bukan macam Nisan Cinta tu,lirik jah acah2 seram,muzik sikit2..
Quote LautBiru52 3-1-2021 12:29 PM
Tahniah idayu. Semoga semua dipermudahkan
Quote tikusmontok 3-1-2021 12:36 PM
AeriSha replied at 3-1-2021 08:16 AM
Ada lagi latest lagu drama tv1 masa bulan puasa tu,duet dgn Ezad Lazim,Sampai Syurga..Lagu ni ba ...

Dah mostly org msia minat lagu2 jenis sakai...lagu2 yg bermutu terkubur la.
Quote kiah_mai_pulak 3-1-2021 12:46 PM
helicornia replied at 2-1-2021 12:39 PM
dia ni mmg tkde aura
pas menang megastar ke kuburan semula
muncul pun dgn berita hamil


sape je yg menang pastu tak balik ke kuburan semula? kecuali siti nordiana
Quote Nozot 3-1-2021 02:55 PM
Seronok dengar rezeki dia

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.081469 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top