CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ajai Cadang Perbanyak Program TV Semasa Era Pandemik

31-12-2020 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4577| Komen: 24

Sejak penularan pandemik COVID-19, seperti dirasakan sektor ekonomi lain, industri hiburan tidak ketinggalan menerima kesan malah berubah drastik.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, industri hiburan 'lumpuh' apabila banyak syarikat terutama sektor penerbitan tidak beroperasi, sekali gus memberi kesan kepada penghasilan kandungan baik untuk televisyen (TV) atau filem.

Namun, sebaik kelonggaran diberi beberapa bulan lalu, sektor penerbitan kembali aktif. Banyak syarikat produksi menyambung semula aktiviti bagi membekalkan kandungan baharu kepada pelbagai medium atau platform.


Foto: IG

Bagi komposer dan penyanyi Ajai, medium TV kini menjadi pilihan penonton untuk mendapatkan hiburan, apabila tiada persembahan terbuka dibenarkan kerajaan.


"Apa yang saya nampak, atmosfera dunia hiburan sudah berubah apabila semakin ramai suka menonton TV dan mereka fokus pada program yang disiarkan... Ini adalah norma baharu.

"Bagi penggemar wayang, mereka memilih menonton pelbagai saluran penstriman.

"Untuk mereka yang gemar menyaksikan persembahan secara langsung, TV kini menjadi alternatif," katanya kepada BH Online.



Ajai berkata, ketiadaan konsert dan penutupan pawagam membuatkan penonton beralih kepada TV.

"Apabila pawagam masih belum beroperasi, konsert tiada, jadi mereka duduk depan TV untuk mendapatkan hiburan.

"Buktinya, ada program hiburan yang disiarkan di TV boleh mencecah hampir empat juta penonton.

"Kalau dulu, iaitu ketika sebelum berlakunya pandemik, hendak cecah dua juta penonton pun sukar.


"Kalau program bernas dan menepati cita rasa penonton, saya rasa tiada masalah untuk program itu popular," katanya.

Berdasarkan senario ini, Ajai menyarankan penggiat seni menggunakan peluang untuk menghasilkan lebih banyak kandungan menarik.

"Mungkin penggiat seni atau mana-mana label boleh ambil peluang ini untuk membuat promosi di TV.

"Kalau dahulu, mereka boleh menaja konsert, mungkin bajet yang ada boleh disalurkan menghasilkan lebih banyak program menarik.

"Demografik penonton lebih meluas kerana orang rasa platform adalah selamat untuk mereka menonton TV, berbanding terpaksa bersesak-sesak," katanya.



Ajai berkata, konsert andai dibuka kepada jumlah audiens terhad dianggap tidak berbaloi.

"Selain itu, andai mahu menganjurkan konsert secara atas talian atau penstriman, kita kena dapatkan penaja kerana kosnya sangat tinggi.

"Lagipun, cara ini masih belum diterima secara meluas rakyat Malaysia. Jadi, saranan saya, keluarkan modal untuk menghasilkan kandungan berkualiti," katanya.

Ajai berkata, pembabitan pelabur dalam menghasilkan program TV tidak akan merugikan.



"Pelabur tidak akan rugi dan ini adalah salah satu cara untuk menarik lebih ramai penonton mengenali jenama mereka. Kalau tidak, akan terkubur semuanya.

"Kita juga kena ambil contoh perniagaan makanan dalam talian yang dilihat semakin meningkat," katanya yang menjadi juri program Lagu Cinta Kita (LCK) musim kedua terbitan TV3. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-12-2020 05:13 PM
Jelas tua muka mas idayu ni
Quote cmf_premierleag 31-12-2020 06:16 PM
aku setuju dgn ajai
kpd stsn tv, perbanyakkan la program tv
ni tak, balik2 ulang program tv yg sama smpi mampos.cth mcm astro laaa
and bukan semua org ada akses tu streaming movies mcm netflix amazon tu semua
and kalo nk buat program variaties pun, enuff laa buat pertandingan menyanyi...vokal mania la,gegarvaganza la,mask singer apa jadah la tu semua
dh kering idea ke apa stsn tv ni sume
Quote AshKetchum 31-12-2020 06:23 PM
ko sendiri kalo bagi markah pon tak banyak mana sebok jah nak suroh orang perbanyak itu ini bagai? 2% markah hanat apoo?
Quote kroit92 31-12-2020 06:45 PM
translation:

Buat program tv, tapi sebab ni idea beliau, maka harus jemput beliau sebagai juri tetap.
Quote msel 31-12-2020 08:00 PM
Buat la game show kekeluargaan. Roda impian ke, who wants to be a millionaire ke, perdana ria ke, cari2 barang dalam supermarket ke. Pastu ade game show famili dulu, salah satunya berlumba sambil menyeberang kolam atas pelampung sambil pakai baju seluar topi, tak ingat dah apa nama show tu
Quote shahadah00 31-12-2020 08:36 PM
msel replied at 31-12-2020 08:00 PM
Buat la game show kekeluargaan. Roda impian ke, who wants to be a millionaire ke, perdana ria ke, ca ...

Uols sebut perdana ria terngiang-ngiang suara hadiah seutas jam tangan licorne
Quote Tinot7 31-12-2020 09:11 PM
Game show clever girl, voley ka???
Quote RatuDunia94 31-12-2020 09:39 PM
shahadah00: Uols sebut perdana ria terngiang-ngiang suara hadiah seutas jam tangan licorne


Dan bag samsonite... haha
Quote RatuDunia94 31-12-2020 09:40 PM
Astro ada program best dulu Masteechef Selebriti tp entah kenapa x sambung lg.. best kot.. org bukan nk tgok sangat retis2 tu masak apa tp more tu drama dlm show tu..
Quote RatuDunia94 31-12-2020 09:42 PM
Atau cer buat Are You Hot? Versi malaysia.. dulu suka tgok show ni..  jejantan six pack berlengging..
Quote rogayahtop 1-1-2021 02:28 AM
lawa ajai rambut blonde baju ketat. mcm influencer pinoy yg bagi rumah kat mak.

Quote sinichisenpai 1-1-2021 09:01 AM
Aku rindu prog tv mcm roda impian. Kertu sgt ke dh aku ni
Quote fly_in_d_sky 2-1-2021 08:57 AM
macam pakai gigi palsu
Quote sokmogitu 2-1-2021 09:06 AM
Setuju dgn ajai.. stage show pun dah kurang skrg artis harap token drpd stesen tv  ... tp janganlah buat show nyanyi2  ...buat game show ke, variety show ke, travelog zaman kuarantin ke ... dah kering idea ke?
Quote rose_weedy 2-1-2021 11:46 AM
Stesen bukan xnak buat roda impian apa segala tu. tp kena beli rights tu ambil masa. and some rancangan tu dh xda pun kat luar negara so cmne drg nak beli rights semula. rancangan rancangan best tu semua based on shows luar negara. hmm, maybe Malaysian sendiri kena  create new show yang lebih kurang tp bukan nyanyian la. pening semua nak menyanyi. melawak pun kena nyanyi...
Quote anony-mous 2-1-2021 11:51 AM
rose_weedy replied at 2-1-2021 11:46 AM
Stesen bukan xnak buat roda impian apa segala tu. tp kena beli rights tu ambil masa. and some rancan ...

Setuju. Nyanyi2 mmg i xtgk. Kecewa jugak now tv3 sabtu ahad nyanyi2. Dlu ahad je. Nmpk sgt rakyat malaysia terlampau cintakan hiburan jenis mcm ni. Tv i hanya akn bukak tv1@tv2. Byk program english n kalau malaysia punya, tv2 siap ada drama cina n india malaysia. Seronok jugak layan. Ada dokumentari, bukan 1 genre shj mcm tv3. Pling best bukak netflix.
Quote GegarVaganja 2-1-2021 12:24 PM
msel replied at 31-12-2020 08:00 PM
Buat la game show kekeluargaan. Roda impian ke, who wants to be a millionaire ke, perdana ria ke, ca ...

Ganja rindu Pintar Pintas dengan Di Mana Joe Jambul. Game show yang informative gitu kan. Dulu-dulu punya program tv banyak yang bagus-bagus. Tak tau kenapa dah tahun 2020, makin hanat rancangan sekarang.
Quote YomiuriLandMae 2-1-2021 12:32 PM
nape dorg tak nak buat variety show mcm ala2 strong heart korea.. dulu tv3 ada buat apa tah tajuk melayu dia.. yeke? kot.. host hakak ogy dgn ag selamat..
Quote rose_weedy 2-1-2021 02:51 PM
anony-mous replied at 2-1-2021 11:51 AM
Setuju. Nyanyi2 mmg i xtgk. Kecewa jugak now tv3 sabtu ahad nyanyi2. Dlu ahad je. Nmpk sgt rakyat  ...

betul! adeh. pelbagaikan la. ada yang games, ada yang fakta, ada yang real crime, contoh. tp itula xabis menyanyi

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.045074 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top