CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Takut kalah, jangan masuk," -Altimet

31-12-2020 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3559| Komen: 11

Description: Penyanyi, Altimet, 42, tidak terkejut menyedari keputusan lagu yang layak bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 menjadi perbualan hangat dalam media sosial, sejak beberapa minggu lalu.
Penyanyi, Altimet, 42, tidak terkejut menyedari keputusan lagu yang layak bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 menjadi perbualan hangat dalam media sosial, sejak beberapa minggu lalu.


Baginya, kontroversi keputusan program pencarian lagu terbaik itu termasuk finalis yang didakwa netizen luar jangkaan, timbul setiap tahun.

Dengan nada bergurau, Altimet berkata, tiada jalan penyelesaian untuk isu berkenaan, melainkan semua lagu bertanding dalam AJL.


Foto: IG

"Di Malaysia, boleh dikatakan ada 1,000 lagu dicipta dalam tempoh setahun, jadi semua lagu masuk AJL.

"Buatlah AJL selama seminggu. Kemudian, apabila diumumkan pemenang, masih ada yang tidak berpuas hati kerana ia adalah atas budi bicara juri.


"Ini lumrah pertandingan, apatah lagi ia membabitkan juri profesional. Kita kena terima. Dalam pertandingan, ada menang dan kalah.

"Jika takut atau risau kalah, jangan masuk gelanggang, pertandingan atau perlawanan," katanya kepada BH Online.

Altimet berkata, netizen tidak patut mempersoalkan kenapa penyanyi tertentu mempertaruhkan banyak lagu di pentas akhir.

"Ini kerana penyanyi terbabit banyak mengeluarkan lagu, tidak seperti penyanyi lain yang menunda pengeluaran single berikutan COVID-19. Jadi, tidak perlulah mempersoalkannya," katanya.


Altimet turut menegaskan AJL adalah program pertandingan yang mencari karya terbaik.

"Ini bukan pertandingan persembahan, ini pertandingan penulisan lagu.

"Dari situ, datanglah salah faham kerana netizen ingat pertandingan populariti, ini bukan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

"Sebab itulah, ada tiga pemenang, juara lagu, tempat kedua dan tempat ketiga. Kemudiannya, hadiah sampingan, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik," katanya.

Sebagai penyanyi yang pernah membawa pulang trofi Persembahan Terbaik pada AJL32 menerusi lagu Amboi, Altimet menambah, setiap individu ada pendapat sendiri, begitu juga dirinya.



"Tekaan dalam AJL kali ini, lima sahaja yang betul. Memang saya sudah jangka sebab tahun ini agak luar biasa disebabkan pandemik COVID-19.

"Jika tanya pendapat saya, lagu Too Phat patut masuk AJL, mungkin ada orang tak setuju. Tetapi daripada segi penulisan lagu hip hop, lagu mereka tidak sertai AJL adalah suatu perkara yang tidak adil.

"Sekurang-kurangnya, satu lagu Ahli Fiqir masuk AJL, tetapi tidak," katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan lain, Altimet atau nama sebenar, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Recording Performers Malaysia (RPM).

"Peletakan jawatan saya sudah diterima ahli lembaga. Sebenarnya, saya mahu letak jawatan pada mesyuarat agung (AGM), tahun ini.

"Ketika itu, saya tidak dapat datang ke mesyuarat itu kerana arwah ayah tiri saya dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

"Jadi, apabila perkara ini berlaku, saya fikir lebih baik saya letak jawatan.

"Saya ada perancangan yang akan mengambil banyak masa. Jadi, saya takut tidak boleh memberikan sumbangan produktif sebagai ahli RPM," katanya.



Ekoran kemelut isu royalti yang membelenggu badan kutipan royalti itu, Altimet berkata, pihak yang tidak berpuas hati boleh berjumpa dengan persatuan, bukannya berkongsi dengan media.

"Kalau tidak suka jangan datang kepada media.

"Semua kemusykilan dan rasa tidak puas hati saya sebagai ahli RPM, Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad (MACP) dan Public Performance Malaysia (PPM), tidak pernah disuarakan kepada media, sebaliknya kepada persatuan.

"Seperti keputusan AJL, secara peribadinya, saya rasa ada lagu yang ditulis lagi sedap daripada lagu Amboi, Bunga, dan Kalau Aku Kaya, tetapi tak masuk AJL, tetapi saya tidak suarakan.

"Saya menggunakan saluran yang betul iaitu dengan mencuba lagi. Tetapi dengan kes royalti ini, datang berjumpa dengan persatuan. Sekarang, orang yang bising datang AGM atau tidak? Mereka tak faham situasi sebenar. Jadi, kalau nak faham, pergi sendiri bertanya," katanya.


Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila lagu Sembah dendangan Naim Daniel yang menampilkan gitaris legenda, Man Keedal serta Sakit nyanyian Yonnyboii dan Zynakal gagal mara ke AJL35.

Dua belas lagu dipilih juri bakal bersaing di AJL35 yang akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Februari depan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-12-2020 03:58 PM
Reputs yg lambat bukak benang, atau heshe yg lambat bagi pendapat?
Quote slyfynx 31-12-2020 04:28 PM
Pe mende cite sooooo yesterday ni
Quote azwanaliori 31-12-2020 05:05 PM
bukan dulu sentap pastu merajuk nk bersara terus ke dia ni
Quote tikusmontok 31-12-2020 05:07 PM
engkau bukan ke dah beribu kali kata nak bersara?
Quote sleepandream 31-12-2020 05:31 PM
so ahli yg tak dtg AGM tu takde hak ke? tak silap iols kalau macam badan koperasi, ahli tak pergi mesyuarat, dividen tetap masuk dan setiap tahun dihantar buku annual report
Quote MadameOnion 31-12-2020 07:21 PM
Retis dah dapat ke royalti? Patut amet bg ulasan pasal tu..ajl dan ada juri..dik naimah, yonniboy dgn zynakal pun dah move on
Quote pakwetizzaqyah 31-12-2020 09:09 PM
orang keje gomen pencen sekali, altimet jadi rapper pencen boleh ke sploh kali
Quote sokmogitu 31-12-2020 09:28 PM
Bukan ke dia salah seorang juri Semi Final MM35? Ke aku silap tgk org masa konsert 1 hari tu?
Quote AshKetchum 31-12-2020 09:31 PM
ko paham ke tidak netizen dengan tok tan semua bising pasal apa? celah mana netizen ingat ajhell ni pertandingan populariti? ko nak dihempuk dengan kek lumut penuh kawah bulan macam muka ko tu ke hah timet?
Quote cha-cha 31-12-2020 09:46 PM
Pinjamal version lelaki kertu
Quote RatuDunia94 31-12-2020 09:54 PM
sokmogitu: Bukan ke dia salah seorang juri Semi Final MM35? Ke aku silap tgk org masa konsert 1 hari tu?


X lah sis.  Heols x jd juri tahun ni..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062585 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top