CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak Kriteria Menantu Pilihan, Ibu Bagi Restu Uyaina Arshad Dengan Raja Syahiran

31-12-2020 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12779| Komen: 71

Description: Ibu kepada pengacara, Uyaina Arshad iaitu Siti Noor Farah mengakui kekasih anaknya yang juga penyanyi, Raja Syahiran memiliki kriteria sebagai menantu pilihan.
Ibu kepada pengacara, Uyaina Arshad iaitu Siti Noor Farah mengakui kekasih anaknya yang juga penyanyi, Raja Syahiran memiliki kriteria sebagai menantu pilihan.

Perkara itu dikongsikan ketika Siti Noor Farah, abang Uyaina iaitu Mohd Azameer Uzreem dan Raja Syahiran membuat kejutan hadir pada program MeleTOP, kelmarin.



Jawapan ibu Uyaina itu selepas pengacara, Nabil Ahmad bertanyakan adakah Raja Syahiran memiliki ciri-ciri menantu pilihan yang dicari.

Siti Noor Farah berkata, Raja Syahiran memiliki banyak kriteria untuk menjadi menantu dan suami kepada anaknya.

"Kriteria menantu banyak. Alhamdulillah, bersyukur pada Allah ia rezeki," katanya.

Foto: IG

Dalam temubual itu juga, Uyaina turut bertanya kepada abangnya sama ada Raja Syahiran 'lepas' menjadi calon suaminya.

"Kalau umi lepas, abang yang nombor dua tu lepas atau tidak?" soal Uyaina.

Jawapan ringkas diberikan abang Uyaina iaitu lepas sambil mengangkat ibu jari sebagai tanda okay dan bersetuju.



Sebelumnya, Raja Syahiran membuat kejutan apabila muncul sebagai penghantar makanan Foodpanda dengan menyerahkan sejambak bunga kepada Uyaina sebelum menjemput masuk ibu dan abangnya.

Raja Syahiran berkata, kejutan dibuat lebih kepada untuk menunjukkan keakraban dalam keluarga.




"Saya dapat bantuan daripada pihak produksi. Kita buat ini bukan lebih kepada kejutan, tapi nak tunjuk keakraban dan segalanya mengenai keluarga. Sebab sekarang ini semua sedang 'struggle' kerana Covid-19. Jadi, nak bawa balik asas kekuatan kita adalah keluarga," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 31-12-2020 01:39 PM
Okayyyyyyyyyy
Quote me12345 31-12-2020 01:45 PM
Lawa mak dia mcm arab
Quote de_ikea 31-12-2020 01:47 PM
Cantik mak uyaina.

Semoga berjodohan ya
Quote cicicumel 31-12-2020 01:50 PM
kerja apa laki ni selain beatbox air liur?
Quote makneng 31-12-2020 01:52 PM
Eeeeee cringe betul gown merah tu bila dia yg pakai..
Quote lattehazelnut 31-12-2020 01:56 PM
Nak jd neelofa 2.0 ke
Asal skirt sume pesen banjir
Quote EvieWanKenobi 31-12-2020 02:03 PM
sesuai ke terkinja2 sambil berhijab..?
Quote akuHavocczz 31-12-2020 02:08 PM
tak.. Siapa dia ni sampai mak dgn boypren masuk meletop?
Quote Kurex 31-12-2020 02:09 PM
Apa bakat dia ni?
Quote adeqbun 31-12-2020 02:11 PM
Bosan dieni..bajet cun dan petah tp sbnrnye anoyying
Quote TomyamPuteh 31-12-2020 02:12 PM
Raja syahiran pon nmpk mcm bdk baik.
Quote NazRysha 31-12-2020 02:25 PM
meluat dgn mimik muka dia ni
tak sesuai jadi pelakon
pengacara ok la
Quote Pujangga22 31-12-2020 02:46 PM
ok lah mak restu jangan ikut jejak jahlop k..
Quote tick 31-12-2020 02:56 PM
bosan la uyaina ni. aku xsuka dia berlakon.
raja syahiran ni nyanyi lagu ape?
Quote Angelina_ 31-12-2020 03:01 PM
Edited by Angelina_ at 31-12-2020 03:05 PM

Uyaina ni skrg mcm anak emas Astro. Hampir semua prog Astro ada dia sbgai artis jemputan. Drama astro pun banyak muka dia. Tak pasti sebab apa. Bukannya populor mcm Siti, Neelofa, Mira filzah, fazura atau Uqasha senrose. Bakat lakunan pun tak ok. Lakunan nya di buat2.  Rezeki dia murah betul d astro pada hal pengacara whi tv3.
Quote akuchenta 31-12-2020 03:01 PM
Teruknya styledbyBu ni
Bu ni Abu ke??
Yg merah tu paling hodoh
Quote gelas_pelastik 31-12-2020 03:04 PM
anak iols kalau nampak dia kat tv dia cakap usu sakinah
menjadi jugakla watak dia
Quote chenta_dewi 31-12-2020 03:14 PM
Angelina_ replied at 31-12-2020 03:01 PM
Uyaina ni skrg mcm anak emas Astro. Hampir semua prog Astro ada dia sbgai artis jemputan. Drama astr ...

Dia ada peminat yimdon
Quote mamajawie 31-12-2020 03:23 PM
fesyen hauk giler..cam acik2 homeless lak lagi2 part baju2 kt vid tiktok tu..

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060605 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top