CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mawar Rashid Macam Tak Suka Anak, Tapi Sibuk Bunting Lagi"

31-12-2020 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12627| Komen: 52

Tindakan pelakon Mawar Rashid menghantar anak sulungnya yang belum mencecah usia dua tahun ke prasekolah mengundang kecaman netizen.

Mawar menerusi Instastory berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang menganggap aktres itu seakan-akan malas menjaga anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael sejak kecil lagi.


Malah, individu tersebut juga mendakwa pelakon berusia 25 tahun itu seperti tidak menyukai anaknya sehingga menyerahkan tanggungjawab penuh kepada pembantu rumah dan ibunya sendiri.

Foto: IG

"Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi, baru setahun. Perasan juga daripada Rafael kecil, Mawar macam tak jaga dia.

"Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak... tapi sibuk bunting lagi," tulis individu tersebut.



Kredit foto: IG


Sebelum ini, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini berkongsi video di Instastory memperlihatkan anak sulungnya itu kelihatan teruja untuk melakukan aktiviti di sebuah prasekolah.

Mawar juga pernah menjelaskan dia terpaksa menghantar anaknya ke prasekolah kerana mahu mencari rezeki seperti menguruskan perniagaan dan kerja dalam bidang seni.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan berkenaan berkata dia sudah memaafkan dan mendoakan agar Allah membersihkan hati individu tersebut.


Biarpun menerima kecaman dan mesej negatif, namun isteri kepada Raf Yaakob ini tetap meluahkan rasa syukur kerana masih ramai peminat yang memberi kata-kata positif kepadanya.

"Astaghfirullah... semoga Allah bersihkan hati awak. Apa-apa pun, saya maafkan awak dan saya doakan awak untuk banyak buat dan cakap tentang kebaikan.

"Semalam dapat DM negatif ini tapi satu ini saja la yang negatif macam ini. Semua DM lain sangat positif. Terima kasih semua," balas Mawar yang kini sedang hamil lapan bulan.




Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri RaysaaChanela yang berusia lima tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 31-12-2020 02:29 PM
Lantak ko la labu
Quote ellejo 31-12-2020 02:41 PM
kenapa raf ada raden dan fazley takde raden?
Quote naina 31-12-2020 02:47 PM
Muda Lagi eh 25 tahun mawar ni. Patutla muka maintain comey pakai baju tudung semua terletak herlok plus berduit dan tak perlu kerut2 muka dgn suara high pitch jaga anak. Asal berduit kuncinya.
Quote tick 31-12-2020 02:53 PM
Astafilullah??
Quote TerataiMelur02 31-12-2020 02:55 PM
Anak dia comel tapi nampak macam comot sentiasa.. Pakaian pun x nampak macam anak org have2
Quote seri_mawr 31-12-2020 02:58 PM
lol....apa kena la nitizen..

dah org tu bekerja...bior le dia ntar anak dia ke prasekolah...dengki betull...

org yg hntr anak kecik2 ke pra sekolah ke play school ke...sejenis berduit jugak...mahai weii...sekolah budak2 kecik2 ni...
Quote prettyuglybabe 31-12-2020 03:39 PM
eleh.. yang mengata tu pun sama jah anak entah terjaga entah tidak..
semua humban kat cikgu sekolah..
cuti humban pulak kat kampung..
Quote NazRysha 31-12-2020 03:40 PM
TerataiMelur02 replied at 31-12-2020 02:55 PM
Anak dia comel tapi nampak macam comot sentiasa.. Pakaian pun x nampak macam anak org have2

tau xpa
aku pun perasan, entahlah kenapa
Quote Megikari 31-12-2020 03:53 PM
Sama je hantar anak ke playschool dgn hantar anak ke nursery/babysitter. Abis tu mak2 lain yg brkerjaya n kena hantar anak kat org lain ni semua x suka anak ke acane?
Quote limau_lemon 31-12-2020 04:00 PM
Playschool bukan sebab makpak malas je.. Tp untuk anak belajar social skills. Apooo netijen ni
Quote slyfynx 31-12-2020 04:27 PM
Ape sumbanagn deme ni eh.
Yang boleh jadi kaya sampai ngidam nk renovate umah bile peknen
Quote Nunie 31-12-2020 04:39 PM
Dia ni hrp time mengandung je la ada news psl dia..jap2 mengidam nk deco rmh..jap2 ngidam nk BLi emas..hakhakhakkk..
Quote cruz2 31-12-2020 04:55 PM
Anak dia nmpk byk ikut gene belah siam mek wa ni
Quote addved 31-12-2020 05:32 PM
Ada-ada je netizen ni, kelakar sungguh!  
Quote kaedahnya 31-12-2020 06:07 PM
dia masuk dewi remaja dulu time dia teenager ke?
Quote emera 31-12-2020 06:12 PM
Ok apa alasan dia sbb bekerja.. sedangkan org yg buat online biz kat rumah pun hantar babysitter.. ingat org yg kena keluar rumah je ke yg boleh hantar??? Kang kalau anak terjatuh ke sbb mak sibuk kerja, netizen ni jugak yg memuaka.. macam laaa hidup korg tu bagus sgt.. ntah2 lagi sedeyyy, pakej tak berduit.
Quote makneng 31-12-2020 06:21 PM
Hello tukang gunting rambut mak pun hantar anak hat umuq 2thn pi taska.. Senang anak tak ganggu time kije.
Quote jargon 31-12-2020 06:21 PM
Just nak tahu si fakely tu ada raden x sbb nampak si raf laki maqar ni beriya namakan diri as raf simgkatan dr raden kekononnya..yg pasti nama dia mohd faizal yaakob..ade yg tahu x?
Quote JalaEmas 31-12-2020 06:25 PM
bodoh punye netizen.. suke hati die bt konklusi hantr ank ke plyschool tu mksd ea tak suke ank..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.132393 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top