CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Sampai Pejabat, Suami Hanya Tahu Isteri Maut Melalui Instagram

30-12-2020 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3098| Komen: 8

Luluh hati seorang suami apabila mengetahui kemalangan meragut nyawa isteri tersayang melalui akaun Instagram (IG) miliknya.

Rahmat Hidayatullah berkata, khabar duka itu diketahui selepas rakannya menunjukkan sekeping gambar kemalangan dan bertanyakan adakah mayat itu isterinya, Pingkan Lumintang, 30.


Menerusi temubual dengan TV One, Rahmat berkata, dia terlalu sedih dengan kehilangan isteri berikutan anak mereka masih terlalu kecil untuk memahami.

Foto: Agensi


"Tentu sangat sedih kerana isteri saya meninggalkan dua anak yang masih kecil. Mereka masih memerlukan seorang ibu," katanya.

Kejadian itu berlaku selepas isterinya terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Ragunan, Pasar Minggu, Jakarta Selatan selepas dilanggar kereta dipandu anggota polis.


Pingkan mengalami cedera di kepala, patah kaki kanan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rahmat berkata, isterinya bekerja bukan saja untuk membantunya malah untuk diberikan kepada orang tuanya.

"Bukan hanya bantu rumah tangga saya, dia juga untuk membantu kelangsungan hidup ibunya," katanya.

Katanya, dia diberitahu kejadian itu oleh orang tidak dikenali menerusi akaun Instagram.

"Saya sendiri mendapat berita daripada seseorang melalui media sosial memberitahu kemalangan di Pasar Minggu.

"Dia bertanyakan adakah benar gambar ini adalah isterinya, saya jawab memang isteri saya," katanya.

Rahmat kemudian menghubungi pejabat isterinya bertanyakan adakah isterinya sudah tiba di pejabat.

"Saya diberitahu isteri tiada di pejabat dan sepatutnya sudah sampai untuk memulakan kerja jam 12 tengah hari," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 30-12-2020 10:02 AM
Kesian kat anak2 arwah.
Quote Mooverine 30-12-2020 10:10 AM
Kesiannya. Sebab tu saya tak suka kalau orang circulate IC dan gambar mangsa kat medsos / whatsapp. Sebab takut macam ni lah, keluarga mangsa sendiri tidak tahu pasal kematian mangsa, tapi orang ramai yang lebih awal tahu. Lepas tu, pergi share-share lagi gambar ngeri mangsa... apalah motif? hairan betul lah..
Quote Yunbin 30-12-2020 10:13 AM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote sukacactus 30-12-2020 10:14 AM
Kesian
Kita nak sampaikan sad news ni pun kadang xsampai hati, ckp berlapik2
Quote mejaputih 30-12-2020 10:20 AM
Rasanya netizen patut stop amik gambo org meninggal tgh jln ni...hormati arwah/mendiang. Let pihak berwajib jalankan tugas dorg menyampaikan berita kepada waris2nya..dorg ada etika dan cara hemah dlm penyampaian..
Quote Supersirap 30-12-2020 12:26 PM
Takziah buat keluarga mangsa, semoga tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini
Quote cikdumbo_92 30-12-2020 12:58 PM
Kesiannya, takziah buat keluarga arwah
Quote cikkilata 31-12-2020 12:25 AM
Uih.. sedeynaya... tahu berita kematian dr org lain yg contact kat media sosial...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.127844 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top