CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lara Ramai Kawan Baik Bukan Muslim" - Awal Ashaari Jawab Isu Topi Santa

28-12-2020 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26556| Komen: 169

Tindakan pengacara Awal Ashaari memuat naik foto ketika menghadiri sambutan hari Krismas seorang kenalan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di Instagram.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, Awal berkata, foto bersama isteri, Scha Alyahya dan anak mereka Lara Alana itu dirakam semasa mengunjungi kediaman seorang sahabat baik bagi menghormati jemputan tuan rumah.





"Ramai cuba untuk dapatkan jawapan saya mengenai foto sambutan Krismas yang tular sekarang. Jawapan saya mudah, Lara belajar di sekolah antarabangsa dan ramai kawan baiknya bukan Muslim, mereka sambut Krismas.

"Sebagai kawan, apabila ada sambutan mesti kita akan dijemput dan kita ingin menziarah, tuan rumah beri dress code, kita ikut untuk hormati permintaan mereka.

"Sama macam Hari Raya Aidilfitri, kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya di rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada juga pakai jubah. Mereka juga akan menjamu selera dengan makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tidur malam tu," katanya menjelaskan mengenai foto sambutan hari krismas yang dimuat naik di Instagram.


Kredit foto: IG Awal

Sebelum ini, segelintir netizen beranggapan tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.

Meskipun berbeza agama dan pegangan, Awal berkata mereka masih menghormati keluarganya yang beragama Islam dengan menyediakan juadah halal.

Merujuk kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Awal memberitahu dia turut mengundang kenalan daripada pelbagai bangsa mengunjungi kediamannya bagi meraikan kedatangan 1 Syawal itu.

Awal sekeluarga sentiasa berfesyen mengikut kesesuaian ketika menghadiri jemputan.

"Orang Kristian pun hormat agama kita, mereka selalunya beli makanan kat restoran yang halal jadi kita rasa selesa, dia orang tak minum pun depan kita sebab hormat.

"Bila nak bergambar, mereka akan cari spot yang cantik contohnya kat dinding yang kita dok gantung kad raya, gantung ketupat plastik dan gantung lampu kelip-kelip yang kita beli di Jalan Tunku Abdul Rahman," ujarnya.


Sumber: mStar

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 28-12-2020 03:54 PM
Kisahnya.... so gambar baring atas sofa tu pun kat rumah parents kawan Lara ke?

Hovernya datang rumah orang baring2 buat macam rumah sendiri.
Quote jackreacher 28-12-2020 04:08 PM
Tak payah explen yourself awal. Diorang golongan munafik pu daie tu semua nak cari limelight je. Benda tak salah banyak bunyi. Fitnah pada agama apo? Yang fitnah pada agama tu macam daie syed dengan pengetua sekolah agama menutuh student dia tu. Tak cerita lagi bab ustaz tahfiz gay pencabul. Lepas tu bila produser drama buat skrip sekolah tahfiz gay habis semua panas bontot penghinaan pada agama katanya. Hollywood dah buat menang oscar dah pun cerita skandal seks & salah guna kuasa church/paderi semua tu. Malaysia ada berani nak buat? Buat lawak sikit pendakwah scammer kat MLS pun juri dah sentap konon hina agama. Malaysia ni memang gila bab dok agung-agungkan so called pendakwah ni semua.
Quote bottombikini 28-12-2020 04:09 PM
dia punya korner baring tak hagak2 ye

Quote Thunderclouds 28-12-2020 04:18 PM
sarahmirza replied at 28-12-2020 03:54 PM
Kisahnya.... so gambar baring atas sofa tu pun kat rumah parents kawan Lara ke?

Hovernya datan ...

Yg rumah kwn tuyg pki pyjamas.tgk kt frame byk2 kt blkng depa tu mmg rumah org len.yg baring2 tu mcm photoshoot utk clothing line musim xmas
Quote haznor 28-12-2020 04:26 PM
sarahmirza replied at 28-12-2020 03:54 PM
Kisahnya.... so gambar baring atas sofa tu pun kat rumah parents kawan Lara ke?

Hovernya datan ...

Itu la. Sportingnya tuan rumah.
Quote lattehazelnut 28-12-2020 04:27 PM
Awal lain kali post dwibahasa.. ramai org comprehension fail..
Quote evlinne 28-12-2020 04:30 PM
Nape muka scha mcm bengkak botox
Quote angahadnan 28-12-2020 04:30 PM
jackreacher replied at 28-12-2020 04:08 PM
Tak payah explen yourself awal. Diorang golongan munafik pu daie tu semua nak cari limelight je. Ben ...

Ayat hang sempoi.. tepat melekat...bingit aku depa dok hingaq bab krismas ni...
Quote evlinne 28-12-2020 04:30 PM
Nape muka scha mcm bengkak botox
Quote hayrin86 28-12-2020 04:30 PM
Mereka bukannya meraikan, cuma menghormati perayaan kalangan lain aje..
Quote lattehazelnut 28-12-2020 04:38 PM
evlinne replied at 28-12-2020 04:30 PM
Nape muka scha mcm bengkak botox

Mengandung sis.. mmg la muka bengkak..
Quote husna_amal 28-12-2020 04:39 PM
Alasan babitkan anak pula, bukan ke dari dulu dah biasa celebrate christmas kat club malam sampai kena tahan penguatkuasa.
Quote buragazz 28-12-2020 04:39 PM
Cerdik sikit Awal... patutnya tak yah komen.. tak kirala orang dok mintak statement ker.. Netizen memang suka laga2 kan orang...
Quote zeitabaei 28-12-2020 04:43 PM
Meraikan kawan dan sendiri meraikan sgt beza.  Tula pelik netizen ni.  Yg dkt mall deko krismas lawa lawa pastu ambik gambar kira macammana eh.  Mcm awal ni mmg ada dlm ig scha ke ig lara dorang g raya rumah jiran .. Sape kerja multinational company pun akan ada sambutan makan makan mcm jamuan raya cina, aidilfitri, deepavali,  krismas.. Abis staff melayu islam xkan nak protes.  X lari aklidah pun.  Lain lah kita yg beria g sambut, beli pokok krismas dsb.  Ada je instamaous yg g beli pokok krismas.  Tu la dlm tread kak rima i tanya kenapa netizen beria sedih sbb sonia x dpt krismas mcm selalu dgn apaknya.. Mcm kak rima ada bgtaubkatbigs dia pun beli dan hias pkok krismas.  Kalau x silap kak d pun pnh beli utk anak dia ke blogger lain.. Lupa pulak .keluarga naza tu mmg sambut krismas tiap tahun siap tukar hadiah
Quote ellejo 28-12-2020 04:43 PM
nanti adalah acik forom humblebrag mentua dia sepupu sepapat dia yang kokesen tapi dia tak sambut krismas.  
Quote Nnasda53 28-12-2020 04:49 PM
Sebab tu nak belajar menghormati agama lain kena bg penganut agama lain hormat dan faham agama islam kena kita yg mulakan.
Bila dah ko pilih utk turut serta mcm tu mmg mereka tak kan faham la.
Ramai je penganut agama lain hormat bila kita terangkan mana yg boleh dengan tak boleh dalam agama kita.
Quote Tinot7 28-12-2020 04:49 PM
pooodddaaahhh.... depa sambut krismas, takde pulak suruh ko pakai topi kaler merah tu. hang pikiaq org lain pun tak pernah kena jemput pi krismas parti ka? nak konar spin baring pon agak2 la..

kalau shooting baju krismas, awat upload kat insta sendiri? kat hemisphera utara, krismas waktu winter so clothing line kena la winter clothing.
tak tau la shooting kat mesia camne...
nah contoh krismas advert

[youtube]Nrty4kt2KKA[/youtube]

baidewei, muka scha mmg mcm sesuatu sgt.. bengkak air ka?

Quote bulalof 28-12-2020 04:51 PM
damaged control done.
Quote sharlenetexas 28-12-2020 04:52 PM
Bayangkanlah zaman kegemilangan urtv dulu buat photoshoot krismas

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.045492 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top