CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kahwin Kali Ketiga, Sabrina Ali Pilih Duda

28-12-2020 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12041| Komen: 53

Description: Selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal, pelakon, Sabrina Ali, akhirnya menamatkan zaman solonya dengan memilih Wanji Aswandi sebagai suami.
Selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal, pelakon, Sabrina Ali, akhirnya menamatkan zaman solonya dengan memilih Wanji Aswandi sebagai suami.

Sabrina dan Wanji disatukan sebagai suami isteri di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu. Sabrina memilih Wanji yang juga duda sejak sembilan tahun lalu.


"Kami mula kenal sejak Ogos lalu. Daripada status kawan ke teman rapat. Barangkali, mungkin disebabkan pernah berkahwin, jadi kami pantas mencipta keserasian dan memahami antara satu sama lain.

"Suami juga berdarah seni seperti saya. Dia bergelar pengarah aksi, penyanyi, pelakon, guru silat, penulis skrip dan buku.

"Kami pernah gagal dalam perkahwinan, sebelum ini. Semoga rumah tangga yang baru dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat," katanya kepada BH Online.

Foto: IG

Sabrina berkata, majlis pernikahannya berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri 50 tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.

"Saya dan suami merancang mengadakan majlis resepsi, tahun depan sebelum bulan Ramadan. Tetapi, semuanya bergantung dengan situasi pandemik COVID-19," katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Khurafat - Perjanjian Syaitan dan Munafik itu memilih untuk tidak berkongsi butiran lanjut pernikahannya.

"Cukuplah, orang tahu saya sudah sah bernikah. Butiran lain seperti mas kahwin, wang dan dulang hantaran, saya memilih untuk tidak mendedahkannya," katanya.

Menerusi perkahwinan pertama, Sabrina dikurniakan cahaya mata perempuan, Ariyana, 13. Dua lagi cahaya mata, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan, 7, pula menerusi perkahwinan kedua. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 28-12-2020 03:39 PM
wah...tahniah...semoga kekal hingga ke syurganya
Quote bondeh 28-12-2020 03:44 PM
Ini perkahwinan ke-4 kot... sebelum dia kahwin dengan abang Shah Slam (lepas Sehati Berdansa berpisah) tuh katanya sheolls janda... senang jodoh juga cam Natasha Hudson tapi sheolls nih takdelah nampak garit kuikuikui
Quote Nnasda53 28-12-2020 03:45 PM
Tahniah moga berkekalan hingga ke jannah.
Suka tgk sabrina ni berlakon menjadi wataknya.
Quote Kurex 28-12-2020 03:49 PM
Tahniah.......
Quote makcun14 28-12-2020 04:04 PM
Senang je kan jodoh dia,sampai tiga kali dapat rasa pakai baju pengantin. Aku umur late 30s baru berlaki.
Apa pun tahniah.. Cantik selendang dia, klasik
Quote anggeriklatifah 28-12-2020 04:05 PM
Aku kenal dia ni berlakon cerita sephia..
Kesian dia dalm cerita tu
Quote diss69 28-12-2020 04:16 PM
Alhamdulillah.. Tahniah, moga kekal hingga hujung nyawa..
Quote husna_amal 28-12-2020 04:28 PM
Dia ni yang hilang anak kat pasar malam tu kan. Sebab leka sangat main enset.
Apa2 pun tahniah dan selamat pengantin baru.
Quote tumpanglalu74 28-12-2020 04:31 PM
Edited by tumpanglalu74 at 28-12-2020 04:32 PM

Antiklimax betol..  Ku sangkekan Apek kering aritu.
Quote jerukkedondong 28-12-2020 04:32 PM
Berapa umur wangji tu...
In shaa Allah boleh dapat anak lagi ni...
Semua laki dia dapat anak...
Subur...subur
Quote little_sis 28-12-2020 04:32 PM
Kalau dah jodoh, sekejap je...
Quote kaedahnya 28-12-2020 04:42 PM
so bukan saiful apek la kan current husbaby dia
Quote Tukul.Besi 28-12-2020 04:44 PM
Tahniah. Yg adik dia si isa dgn risteena muka tua puih tu bila nak kawen pulak?
Quote tagas 28-12-2020 04:46 PM
adik nya isa khan n ruhainies bila pulak

adik bekepit kulu kilir hujung2 akak yg kawen
Quote 4cupcakes 28-12-2020 04:50 PM
Sabrina ali & isa khan adik beradik ke? Ape nama sebenar bapak eh? Ali khan?
Quote makita 28-12-2020 04:56 PM
little_sis replied at 28-12-2020 04:32 PM
Kalau dah jodoh, sekejap je...

Betul...tu sbb org kata jodoh ni x perlu di cari sbb dah set from the top
Quote likecandy 28-12-2020 05:01 PM
Kan dah agak, hari tu gambar ngan apek setakat gambar shooting je
Quote kiah_mai_pulak 28-12-2020 05:03 PM
4cupcakes replied at 28-12-2020 04:50 PM
Sabrina ali & isa khan adik beradik ke? Ape nama sebenar bapak eh? Ali khan?

ye... mungkin lain mak.. sorang lg yg rasanya dh murtad kot, jadi retis indon
Quote buragazz 28-12-2020 05:09 PM
tumpanglalu74 replied at 28-12-2020 04:31 PM
Antiklimax betol..  Ku sangkekan Apek kering aritu.

Haa kann.. aku cam dengau dia kawin ngan Apek...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.247102 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top