CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A Aida Pilih Bintang Hero Remaja Untuk Drama Baru Terbitannya

28-12-2020 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6294| Komen: 23

Description: Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida memberi peluang kepada beberapa bintang kelahiran Hero Remaja 2017 dan 2020 menerusi drama terbaharu terbitannya, Ustazah Biker yang kini dalam penggambaran.
Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida memberi peluang kepada beberapa bintang kelahiran Hero Remaja 2017 dan 2020 menerusi drama terbaharu terbitannya, Ustazah Biker yang kini dalam penggambaran.


Antara bakat muda terpilih membintangi drama arahan Lizam Togil itu ialah Alif Muhaimin dari Hero Remaja 2017 manakala Azim Yusof, Haziq Nazimuddin dan Umar Hisham pula dari Hero Remaja 2020. 


Kredit foto: IG A Aida

A Aida berkata, kesemua bintang muda itu  sudah melalui uji bakat yang dijalankan, sekali gus ditawarkan peranan bersesuaian dengan pengalaman mereka. 

"Rata-rata yang terpilih masih lagi 'hijau' dalam selok-belok dunia lakonan. Namun, saya ingin beri mereka peluang untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. 

"Walaupun bakat mereka masih baharu, tapi masing-masing mempunyai pakej yang lengkap sebagai pelakon. Saya enggan menyekat minat  dan tidak mahu mereka dilupakan selepas program terbabit tamat. 


"Siapa tahu drama ini membuka jalan yang lebih luas buat mereka untuk terus terbang lebih jauh dalam bidang lakonan," katanya. 

Menurut A Aida, dia mengakui industri seni perlukan pelapis muda kerana kebanyakan pelakon lelaki dan wanita yang sedia ada sudah berkahwin. 

"Industri seni perlukan bakat baharu yang lebih muda untuk menghiasi kaca TV. Ditambah, kalau dilihat kebanyakan stesen televisyen menggunakan wajah pelakon yang sama. 

"Malah, rata-rata pelakon utama yang ada sekarang sudah berkahwin dan mempunyai pendirian tertentu seperti tidak mahu melakukan beberapa adegan yang patut  dilakukan dalam drama," katanya memaklumkan drama Ustazah Biker bakal menemui penonton tahun ini di saluran Salam HD. 


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 28-12-2020 03:10 PM
Perasan gak drama skg bnyk muka2 baru n boleh tahan helok.. bagus2 mcmnila kita mau...
Quote c===8 28-12-2020 03:33 PM
ok la tu pelakun baru bayar murah

kak aida, pesan la kat crew akak make sure drama2 akak dialog dpt didengar dgn jelas
ni bunyi air sungai, bunyi kereta, bunyi angin menenggelamkan suara dialog pelakun2
Quote husna_amal 28-12-2020 04:11 PM
Dari dulu lagi dia suka ambil budak2 hero remaja ni jadi peneraju utama dalam drama.
Quote bakingsoda 28-12-2020 04:40 PM
jangan dibuat cucu ikan pulak nek
Quote alien88 28-12-2020 05:15 PM
yeah.. ini yg kita mau, tambah lagi muka2 baru dlm drama, filem
aslkn lakonan theyolls xkayu, iolls ok ja
Quote RatuDunia94 28-12-2020 10:11 PM
Syarat utama haruslah ada rupa kan..
Quote lattehazelnut 28-12-2020 10:16 PM
Mana gambar hero pose ala majalah mangga..
Bg gambar nenek ni buat ape..
Quote jalfa 28-12-2020 11:39 PM
Cite petang bidadari salju sweet qisminah dgn laki kpop tu cite dato aida kan.aku ingat sapa la dok nyanyi terhoyang hoyang kapla dgn adik qieqie...okla datukk.datuk mmg pandai cari talent yg helokkk...teruskan
Quote BicaraHatiku 28-12-2020 11:43 PM
Kezah nyer.
Quote fealefea 28-12-2020 11:59 PM
Alif muhaimin tu sedih sgt nk jadi heronye. Aura annoying.
Quote minah_selekeh 29-12-2020 12:04 AM
Elok la scout muka2 baru.. Yang ada kat tv ni pun dah muak tengok..
Quote mamajawie 29-12-2020 01:25 AM
jalfa: Cite petang bidadari salju sweet qisminah dgn laki kpop tu cite dato aida kan.aku ingat sapa la dok nyanyi terhoyang hoyang kapla dgn adik qieqie...ok ...


Aku geli tgok cter tu..
Quote irvene 29-12-2020 01:30 AM
fealefea replied at 28-12-2020 11:59 PM
Alif muhaimin tu sedih sgt nk jadi heronye. Aura annoying.

ada penambahan. pendek lak tu
Quote aijinmisaki 29-12-2020 06:29 AM
Nek aida ni memang cougar kan
Quote ifanonline 29-12-2020 09:18 AM
milf tul a.aida ni...
Quote jackreacher 29-12-2020 12:00 PM
Budak-budak baru sekarang banyak yang helok-helok. Baikla a.aida ni ambik berlakon dari terperap kat ig buat apa. Nadir hero remaja baru ni pun not bad la. Aniq & asad motawh juga mohon diketengahkan.
Quote AppropriateNick 29-12-2020 12:40 PM
irvene replied at 29-12-2020 01:30 AM
ada penambahan. pendek lak tu

eh betina mcm ko ni nak laki tinggi2 g la carik omputih, mampu ke dapat? dasar tak sedar diri berkerak. aku takde la suka si alif tu tp dah kenapa sibuk nak kecam ciptaan Allah
Quote irvene 29-12-2020 01:18 PM
AppropriateNick replied at 29-12-2020 12:40 PM
eh betina mcm ko ni nak laki tinggi2 g la carik omputih, mampu ke dapat? dasar tak sedar diri berk ...

oii bangsat ! ada ke aku kutuk ko? ko pun mulut macam jubo lembu, lagi cakap tak hina ciptaan tuhan. dasar jubo bau hancing
Quote salimrock 29-12-2020 01:28 PM
GILF.......

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051343 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top