CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Income Tax' Saja RM800,000, Ramai Cuba Kira Berapa Pendapatan Sebenar Rizalman

28-12-2020 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 47588| Komen: 275

Tampil membicarakan mengenai kepentingan berzakat dalam kehidupan seorang muslim, pereka fesyen terkenal yang kini juga usahawan, Datuk Rizalman Ibrahim telah bersiaran secara langsung di Instagram bagi melontarkan pandangan dan berbincang mengenai isu tersebut.



Kredit foto: IG Rizalman

Sesi yang dinamakan sebagai ‘Berat Tapi Berkat’ itu turut menampilkan Ustaz Ahmad Husni daripada Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk tampil membincangkan mengenai topik hangat itu.



Namun yang lebih menarik perhatian, dalam sesi kedua sesi ‘live’ tersebut, Rizalman ada menyebut mengenai jumlah cukai pendapatannya untuk tahun 2020 adalah sebanyak kira-kira RM800,000.



Para pengikut dan peminat pereka fesyen terkenal itu rata-rata meluahkan rasa teruja dan ada yang tertanya-tanya berapakah jumlah sebenar pendapatan Datuk Rizalman selama ini.

Malah ada juga yang kagum dengan sifat rendah diri Rizalman yang tidak menunjuk-nunjuk kekayaan dengan membeli kereta berjenama mewah seperti selebriti-selebriti yang lain.



Kredit foto: Twitter

Sering berkongsikan perkara-perkara bermanfaat menerusi ruangan Instagram miliknya, ramai juga netizen yang tampil mengucapkan terima kasih kepada Rizalman kerana sering memuat naik isu-isu berkaitan agama yang dapat membuka mata masyarakat supaya lebih cakna dan prihatin dalam kehidupan.



Sumber: BeautifulNara

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 28-12-2020 03:36 PM
Suka dgn tok Ri ni. Nmpk balance dunia akhirat.
Quote hanezzafirah 28-12-2020 04:02 PM
kaya betul,
bos aku nak bayar income tax 4K sebulan pun semput
Quote EvieWanKenobi 28-12-2020 04:04 PM
bingit pulak vedionya..
muzik sama kuat ngan bercakap..
Quote husna_amal 28-12-2020 04:22 PM
Nak hidup lancar bayar je tax dan zakat yang sepatutnya. Kalau tipu dalam perkara ni biasanya bisnes pun jadi tak betul.
Quote haznor 28-12-2020 04:29 PM
Tengok la siapa pelanggan dia. Mostly VVVIP. Bisnes pun dah berpuluh tahun.
Quote jerukkedondong 28-12-2020 04:38 PM
Semua dah ada....Satu je RI xde...
Bini..
Kawin la cekk oiii
Quote kalkulatorpink 28-12-2020 04:43 PM
RM800K personal tax? Regross 30% tax anggaran RM2.7mil taxable income.. katanya margin keuntungan 30%, income dlm RM9mil... Kot la..
Quote monsterwife 28-12-2020 04:51 PM
Bukan geng Dapig je byr income tax.Melayu pun rmai
Quote Orix 28-12-2020 04:56 PM
bangangnya yg buat anggaran pendapatan tahunan tokri rm60juta tp income tax 800k jah ???? adoi.
Quote Knowlee 28-12-2020 05:03 PM
husna_amal: Nak hidup lancar bayar je tax dan zakat yang sepatutnya. Kalau tipu dalam perkara ni biasanya bisnes pun jadi tak betul.


Tepat sekali kata-katamu. {:good
Quote cupu 28-12-2020 05:08 PM
Dia ni bagus gak... Se weng weng org klu asas agama dia ada...mmg Allah tetap jaga. Salute dia. Caj dia mmg mahal. Berbaloi la otak dia bijak...  Buat2 apa2 mmg perah otak betul..promosi mmg out of the box.Jenama RI dia tu pandai dia promote sampai menjadi. Klu anak tempatan blh create brand dgn nama sendiri tu mmg sebaik baik pencapaian la... Sampai skrg aku fikir brp caj utk anak azrinaz buat masa majlis akikah ke hape hr tu...siap ada unicorn  pusing pusing tu..tgk pun mcm beyond imagination plk utk majlis sebegitu.
Quote naz1641 28-12-2020 05:20 PM
Tok ri selayaknya kawen dgn lopaa, baru nek tanz bertemu buku dgn ruas, boleh mencapub hbs hbsan...aku gerenti kuarga paki itu menikus tak terkutik dilaser tok ri. He'll protect lopaa from her satanic clan
Quote Kurex 28-12-2020 05:39 PM
Kosserrrr aku nak ambik tau tax org lain
Quote gigahertz 28-12-2020 06:20 PM
jerukkedondong: Semua dah ada....Satu je RI xde...Bini..Kawin la cekk oiii

Kalau ada bini boleh jadi tax deduction kan?
Quote mamastoney 28-12-2020 07:03 PM
naz1641 replied at 28-12-2020 05:20 PM
Tok ri selayaknya kawen dgn lopaa, baru nek tanz bertemu buku dgn ruas, boleh mencapub hbs hbsan...a ...

Tergelak aku bc ko bahasakan family paki tu as satanic clan. Mmg si intan tu gelarkan puriz tu setan lan, pdhal perangai dia dan clan dia laaaaaagi setan
Quote missus_meow 28-12-2020 07:03 PM
adelah bape juta tu ... yg penting zakat dia bayar, cukai dia bayar
Quote rookiecake 28-12-2020 07:09 PM
Semoga murah rezeki TokRI. Having said that, dia mesti ada financial/tax advisor yang boleh kurangkan tax Dia. Donation is one of them.
Quote royaldanish 28-12-2020 07:12 PM
Gila tak banyak.. projek yestana utk ID kompom2 tokRI dapat
Quote slyfynx 28-12-2020 07:41 PM
Hahahaha, cerita pasal zakat. Tapi kene jgk selitkan tax berapa.
Nanti x nmpk lak pendapatan byk.
Xpe la.
Asalkan x susahkan orang. Kot.

Lihat semua komen(275)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081065 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top