CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlalu Kurus, Elyana Terpaksa Tangguh Rawatan Kemoterapi

28-12-2020 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11911| Komen: 47

Penyanyi Elyana, 33, belum lagi memulakan rawatan kemoterapi kerana dia belum berjaya menaikkan berat badan bersesuaian walaupun sel-sel kansernya sudah merebak.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal yang menghidap kanser limfoma tahap empat ketika dihubungi berkata, walaupun dia kini dalam keadaan sakit, namun dia bersyukur kerana ada masanya dia berasa sihat.

"Namun, selera makan memang belum ada lagi. Sekarang saya makan ubat yang disarankan doktor yang boleh membantu tingkatkan selera makan. Alhamdulillah, ada sikit perubahan," katanya kepada Harian Metro.

Elyana yang popular dengan lagu Kalis Rindu berkata, dia yang memiliki berat badan 41 kilogram (kg) berusaha menaikkan berat badan seimbang bagi memudahkan pergerakannya.


Foto: IG

"Saya seorang yang tinggi, jadi apabila badan terlalu kurus ia menyukarkan saya berjalan dengan seimbang. Jika duduk di kerusi badan saya cepat sakit kerana 'tulang bertemu kayu' dan tak selesa," katanya.

Menurut Elyana, dia sendiri berasakan keadaannya belum cukup kuat untuk menjalani sesi kemoterapi itu kerana terlalu kurus dan tidak berisi.

Apapun, dia meneruskan kehidupan setiap hari dengan bersemangat serta gembira di sisi keluarga.

Katanya, rutin hariannya lebih kepada melayan dua anak, Cinta Sumayyah, 10, dan Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun lima bulan.

Baru-baru ini, Elyana mendedahkan kanser limfoma yang dihidapinya hampir 10 tahun lalu kini sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.

Foto: IG


Katanya, ia diketahui ketika dia dimasukkan ke hospital selama lima hari pada November lalu. Doktor memaklumkan sel kanser lama berkurangan, tetapi mendapati ia juga sudah merebak ke bahagian badan yang lain.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kansernya itu selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 juga memaklumkan kali terakhir dia melakukan rawatan kemoterapi ialah pada 2016. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anggeriklatifah 28-12-2020 03:29 PM
Kesian nya elyana ni..Allahu Akhbar. Zaman dia memula nyanyi zaman iols Bru abis sekolah rendah ni..
Doakan dia supaya cepat sembuhh
Quote husna_amal 28-12-2020 04:15 PM
Semoga ada kekuatan dan tabah menghadapi ujian.
Quote wak_pijah 28-12-2020 05:03 PM
Kesian dia, kuat betul semangat dia nak lawan kanser ni.

Semoga ada keajaiban untuk penyembuhan buat dia hendaknya.
Quote Fazzbulous 28-12-2020 05:14 PM
semoga Allah mengurniakan kesembuhan dan kesihatan yg baik utk elyana..amin2
Quote Heathcote 28-12-2020 08:04 PM
Edited by Heathcote at 29-12-2020 03:52 PM

Thanks for the information keep sharing such informative post keep suggesting such post.















OneVanilla
Quote Mamajiyem 28-12-2020 08:08 PM
Semoga Elyana cepat sembuh..
Quote lampor 28-12-2020 08:09 PM
Hmm.. seriously ada anak kecik lagi? Umur setahun setengah?? Ingatkan dh stop dah...
Quote jerukkedondong 28-12-2020 08:11 PM
Semoga Elyana terus kuatkn semangat..
Kesian sungguh..bahagian dia ..rezeki dia..
Quote cikpolop 28-12-2020 08:14 PM
lampor replied at 28-12-2020 08:09 PM
Hmm.. seriously ada anak kecik lagi? Umur setahun setengah?? Ingatkan dh stop dah...

Anak angkat die kak lampor
Quote bintangct 28-12-2020 08:42 PM
dulu ada follow ig dia.. tgk dia kuat gak makan manan kurang berkhasiat.. akü paling igt magi goreng mamak la.. tak sure skg dia dah jaga makan ke tak? bila dah kurang selera makan mcm ni mmg ikut selera aje la apa2 nak makan...apa2 pun smoga cepat sembuh
Quote idril 28-12-2020 10:04 PM
x silap anak dia cinta sumayyah tu baru 9 tahun. sapa la tulis article ni x memasal jer kang semua keluar calculator walaupun dah basi.....

semoga elyana sembuh.....
Quote Kancilkering 28-12-2020 10:11 PM
dia ada ambil
baby angkat
agaknye macam
mana dia nak gain weight...dan gain energy..?
Quote Tinot7 28-12-2020 10:13 PM
get well soon
Quote Jemahjemah 29-12-2020 08:21 AM
Semoga kuat dan dipermudahkan semuanya elyana
Quote akies 29-12-2020 10:38 AM
Sian baca kisah dia
Quote kucingitam 29-12-2020 11:35 AM
semoga dia kuat dan diberi kesembuhan..
Quote sixret 29-12-2020 02:29 PM
Semoga Elyana terus kuat ya. Insya Allah sembuh suatu hari nanti. Kasihan sungguh. Saya faham naluri seorang ibu.
Quote lampor 29-12-2020 03:55 PM
cikpolop replied at 28-12-2020 08:14 PM
Anak angkat die kak lampor

Oh, tq atas pencerahan
Quote alizna82 29-12-2020 04:59 PM
tabik dgn kekuatan semangat dia melawan kanser. Semoga dipermudahkan semua urusan rawatan.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.106897 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top