PELAKON sinetron Puteri Yang Ditukar, Nikita Willy sentiasa ditemani ibunya, Yora ketika keluar bersama-sama kekasihnya, pemain bola sepak, Diego Michiels. “Jujurnya, jika saya rindu, saya akan mengikut Michiels balik ke Palembang. Papa dan mama juga akan ikut sekali,” katanya. Tambah Nikita lagi, ketika dia dan kekasihnya itu bercuti ke sebuah pulau baru-baru ini, ibunya turut mengikutnya. “Waktu media heboh menyatakan saya dan dia pergi bercuti di pulau, mama juga ikut saya. “Saya tengah meraikan majlis dan berhibur bersama kawan-kawan,” jelasnya. Katanya lagi, sebagai public figure, dia tahu bagaimana untuk menjaga dirinya.
|
ADVERTISEMENT