CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Akan Menyanyi Sampai Tua, Ara Johari Buka Kedai Makan

26-12-2020 01:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10467| Komen: 65|Original author: Oleh: Saiful

Pendapatan Ara Johari terjejas angkara Covid-19 dan kini dia mahu lebih fokus kepda bisnes makanan yang sedang diusahakannya.

Penyanyi ini kata dia akan membuka sebuah gerai makan di Kampung Baru, KL pada bulan depan.


Ara sendiri akan mengendalikan bahagian masakan lauk agar kualitinya terjaga.


Foto: IG

"Kita bukan selamanya akan menyanyi, takut nanti sesuatu yang buruk berlaku pada suara saya.

"Saya tengok sekarang memang ramai artis terjejas sebab Covid-19. Untuk kelangsungan hidup, saya mesti kena ada back up plan sebab kita tak tahu bila akan zero case.

"Sebelum jadi lebih teruk, baik saya buka kedai makan untuk menjana pendapatan.



"Saya sendiri akan monitor perniagaan ini untuk dua bulan pertama, saya sendiri akan masak sebab tak percaya orang lain masak. Mungkin lepas dua bulan beroperasi, baharu saya boleh suruh orang lain masak," katanya kepada mStar.

Tambah Ara, secara logiknya dia tidak akan menyanyi selamanya.



"Dah tua nanti kita tak tahu ada masalah sakit ke, kita cukup kuat lagi ke untuk menyanyi. Itu yang saya buat persediaan daripada sekarang.

"Walaupun dah buka kedai makan, saya tetap akan seimbangkan kerjaya nyanyian macam biasa." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 26-12-2020 01:37 PM
Lama x nmpk dia ni nynyi tp bgus jgk bingit sgt
Quote sarah82 26-12-2020 01:55 PM
bagus la dia ada perancangan masa depan. betul apa yg dia ckp tu..ada masa kita kat atas ada masa kita kat bawah
Quote nordin84 26-12-2020 02:12 PM
kedai makan ni susah.. untung mmg cpt tp penat yakmat.. tgk jela retis2 yg bukak kedai makan.. semua tutup sbb xpandai manage masa
Quote Fafaaisa 26-12-2020 02:21 PM
Semoga maju jaya ara
Quote Kurex 26-12-2020 02:26 PM
Buat masakan kg, mesti laku
Quote buapakperut 26-12-2020 02:43 PM
ingatkan dh memang kertua sheol
Quote azwanaliori 26-12-2020 02:55 PM
asal aku tgok muka dia mcm muka pengkid kepam
Quote RatuDunia94 26-12-2020 03:37 PM
Edited by RatuDunia94 at 26-12-2020 05:07 PM
nordin84: kedai makan ni susah.. untung mmg cpt tp penat yakmat.. tgk jela retis2 yg bukak kedai makan.. semua tutup sbb xpandai manage masa


Ramai artis yg buka kedai makan end up lingkup.  Satu sebab x jaga kualiti pastu just harap kat org lain uruskan kedai... mcm sheila rusly yg hebat memasak siap ada buku n program masakan paling panas sepanjang ramadan ketuk-ketuk???? Ramadannnnnnnn... Alhamdulillah.. siapakah selebriti yang akan masak dgn sis hari ni? Yang pasti nama nya semakin panas apabila dikatakan suka menayang bahagian2 badan yang tak patut ditayangkan? Uishhhh.. panas..  panas.. anda pasti tak sabar kan? Teruskan bersama dgn sis selepas ini.. ketuk-ketuk?? Ramadannn.. Alhamdulillah kembali selepas ini..

*LAGU - Ketuk-ketuk ramadan rancangan pilihan nombor satuuuu, ketuk-ketuk ramadan bersama maggiii, ketuk-ketuk ramadan bersama Sheila Rusly, hanya di TV satuuuu...

Alhamdulillah. Terima kasih Salam Buskers. Alhamdulillah. Anda masih bersama dengan sis dalam rancangan Ketuk-ketukkkk??? RamadAAAAAANNNN! Waaaaa.. hebat lah orang-orang Senawang. Bersemangat walaupun puasa. Ko gelak-gelak kenapa? Ko puasa ke tak? Baiklah seperti yang sis janjikan hari ni artis jemputan sis.... dia memang panas.. sepanas kuali Tefal sis. Siapaa?? Siapa?? Ye betul... Syafiq Kyle!! Betul ke sis dgr ko suka rekod video2 x senonoh? Tapi tu video lama ko kan? "Mana sis dengar ni? Haha.." Eh gila ko? Satu malaysia kecoh! "biasalah bila kita semakin dikenali ramai yang dengki.." Betul tu sekarang nama ko tengah popular ramai la yg dengki. Ok sekarang siapa yg nak masak dulu? Ko kena cabut kad ni dulu. GUA! Maknanyaaaa?? ko la kena masak dulu! Kembali selepas ini..

"muzik KKR"..

Kembali lagi.. ketuk-ketuk???? Ramadannn. Alhamdulillah. Hari ni ko nak masak apa? "Saya nak masak Ayam Masak Merah Ustaz Adam". Amboi kelas nama.. Akak tau tak Ustaz Adam tu sape? "Watak Syafiq dalam drama Nur".. waaa pandai lah akak ni.. bagi.. bagi.. bagi maggi cukup rasa kat akak ni.. Ehhhh ko cari apa tu? La nak hidupkan dapur induction cooker ni just on je. Sebelum tu hari ini kita akan masak menggunakan kuali tefal. Kuali ni tak melekat yer. Sbb dia ada titanium coating. Dan yang bagusnya kuali tefal ni dia siap ada petunjuk bila kuali kita dah panas yer. Haa ko tengok tanda dot dot dot tu.. bila tanda tu dh hilang makna nya kita boleh dah tuang minyak. Cantik tak bekas minyak sis. Terima kasih kepada Room Ace. Baiklah penonton kuali kita dah pon panas. Jadi sis nak tanya ko soalan2 panas. Sebelum tu ko kena pilih jujur atau berani? Oh serai tu ko nak masukkan esok ke? Ok. Betul ke orang cakap ko kurus pasal ambik bahan2 terlarang? Ye la dulu badan ko berisi. Skrg dh kurus. Jd ramai yg cakap ko ambik benda tu. "Sebelum tu sis saya masukkan maggi cukup rasa.. mcm mana lagu dia sis? Sis kan duta" Hebat-hebat rasa maggi cukup rasa! Waaaa.. eh soalan sis td ko tak jawab! "Mana ada sis! Saya masih waras lg sis. Belum gila lg saya nak ambik benda2 haram tu. Saya cuma diet dan bersukan.".. Yela sis ada stalk la IG ko. Wahhh kita jd stalker wakk... ko mmg aktif bermain bola.. haaa.. pandai2 je netizen ni tuduh syafiq kyle ambik benda haram. Dia elok la makcik. Makcik senyum2 je dr tadi. Berkenan ke nak buat menantu? Ke nak buat suami? Ok nampaknya ayam syafiq kyle dh nak masak. Kita berehat sebentar kembali lagi selapas ini.. ketuk-ketuk??? Ramadannn.. KETUK-KETUKKKKK?? RAMADANNNN.. Alhamdulillah kembali selepas ini....pon bungkus dah kedainya dulu. Dia share dgn rakan kongsi. Last2 bergaduh siap saman menyaman..

Tp skrg dh buka restoran Dim Sum tu..
Quote 3480 26-12-2020 03:38 PM
Dia org n9 kn.. msk makanan nogori la..

Kdai mkn kt kl n selangor sblah2 kl ni ssh nk cr yg sedap

Campor yindon ka apa aku pon xtau
Xdak identiti..
Quote Tukul.Besi 26-12-2020 03:41 PM
RatuDunia94 replied at 26-12-2020 03:37 PM
Ramai artis yg buka kedai makan end up lingkup.  Satu sebab x jaga kualiti pastu just harap kat  ...

Hahaha bodolah aku baca terngiang yach nada sis ketuk2 dalam kepala hotak haku
Quote KIM.K 26-12-2020 03:55 PM
RatuDunia94 replied at 26-12-2020 03:37 PM
Ramai artis yg buka kedai makan end up lingkup.  Satu sebab x jaga kualiti pastu just harap kat  ...

Bukan muka je cantik sis bonda ratu ni, kalau membahan tak pernah tak pedih
Quote jalfa 26-12-2020 04:01 PM
Ara buat masakan minang ke...tp kenapa kg baru dek...situ sesak sikit
Quote gigahertz 26-12-2020 04:04 PM
nordin84 replied at 26-12-2020 06:12 AM
kedai makan ni susah.. untung mmg cpt tp penat yakmat.. tgk jela retis2 yg bukak kedai makan.. semua ...

Pastu hadap komplen org.
X nak bawak goreng.
X nak mayonis
X nak sayur
Apsal air ni masin
Apsal air ni pahit
Yang ni pedas
Yang ni manis
Quote TerataiMelur02 26-12-2020 04:08 PM
RatuDunia94 replied at 26-12-2020 03:37 PM
Ramai artis yg buka kedai makan end up lingkup.  Satu sebab x jaga kualiti pastu just harap kat  ...

Ngek laa
Quote hanihan16 26-12-2020 04:08 PM
ara ni kalau rambut panjang sket muka iras balqish semundur pulak rasanya
Quote Atata 26-12-2020 04:17 PM
RatuDunia94 replied at 26-12-2020 03:37 PM
Ramai artis yg buka kedai makan end up lingkup.  Satu sebab x jaga kualiti pastu just harap kat  ...

Aaaahhahahahahahahahahah
Quote vee_zara 26-12-2020 04:24 PM
Tak tahu la banyak2 artis kat malaysia ni i rasa mcm nak tumbok muka dia ni padahal dia tak bersalahhhh..
Quote Itzy 26-12-2020 04:36 PM
Kedai melayu ni satu je cabaran dia, banyak kuat dengki sihir menyihir. Mak cik aku pernah buka kedai makan, kena sihir dengan pesaing dia, mula2 dia mengamuk2 marah2 baling kerusi hentam meja, asalnya pesaing dia ni baik je tapi bila dia tengok kedai mak cik aku ni makin maju ramai pelanggan mula la dia jeles. Sampaikan pelanggan yang datang duduk di meja pun dihasutnya suruh datang duduk ke meja dia. Gilo betul. Bila cara mengamuk tak jalan, tak berjaya menakutkan mak cik aku, dia buat guna sihir pula. Hantar jin bagi orang tak nampak kedai. Kami pun berikhtiar juga jumpa bomoh gang guna ayat2 quran ni. Alhamdulillah dia stop kejahatan dia. Lepas tu kedai mak cik aku tu lingkup sebab adik beradik yang jahat sibuk nak rebut. Macam mana aku tau semua cerita ni, sebab masa aku kecik salam darjah 5 gitu mak aku datang tolong support bisnes mak cik aku. So tiap2 malam kena duduk kat kedai makan mengadap kerja rumah dan pelanggan. Mak aku ni tak bekerja jadi dia banyak masa terluang, walau dia bukan sihat pun nak tolong sebab penyakit dia tapi kasih dekat kakak sendiri dia tolong juga. Mula2 laku maju gila lepas tu lingkup sebab pak cik aku tamak nak rebut bisnes adik beradik sendiri. Tapi ada hikmahnya juga, kalau tak lingkup aku nak belajar macam mana tetiap malam kena berjaga tolong bisnes mak cik aku. Hasilnya aku dapat 5A upsr hahahah.
Quote matchstick 26-12-2020 05:04 PM
Gmbr kt ikea tu dh mcm muka hazama aku tgk. Kalu kulit gelap sikit mmg sama kot

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.080095 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top