CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lupa Tutup Zip Beg, Jutaan Rupiah Bertaburan Di Jalan 'Selamat' Dikutip Orang Ramai

27-12-2020 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4229| Komen: 14

Description: Dua beranak di Bali kerugian lebih 94 juta rupiah (kira-kira RM27,062) selepas wang dibawa mereka bertaburan di jalan raya di wilayah Baturiti, Tabanan, lapor Kompas.
Dua beranak di Bali kerugian lebih 94 juta rupiah (kira-kira RM27,062) selepas wang dibawa mereka bertaburan di jalan raya di wilayah Baturiti, Tabanan, lapor Kompas.


Kredit foto: Agensi


Ketua Polis Baturiti Fachmi Hamdani berkata, ketika itu, seorang lelaki dan anaknya menunggang motosikal bersama dan mereka dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Denpasar

Katanya, beg berwarna hitam berisi wang yang hilang itu, dibawa oleh anak mangsa.

"Ketika berhenti di wilayah Bedugul, anak mangsa mengeluarkan topi di dalam beg dan lupa menutup semula zip beg itu.

"Setibanya di wilayah Abianluang Baturiti, mereka berdua ditegur oleh pemandu trak berwarna merah yang memberitahu ada wang terjatuh dan bertaburan di jalan raya.

"Dua beranak itu kemudiannya terus memeriksa wang di dalam beg dan mendapati wang mereka sudah tiada," katanya


Tanpa berlengah, mangsa terus berpatah balik untuk mencari wangnya yang dikatakan tercicir, tetapi usahanya tidak berhasil.

Susulan insiden itu, mangsa membuat laporan polis.

Difahamkan, wang berkenaan mahu disimpan di dalam sebuah syarikat iaitu PT Manohara Asri.

Tidak lama selepas kejadian itu, tular video menunjukkan orang ramai mengutip wang yang bertaburan di jalan Denpasar-Singaraja.

Namun, Fachmi belum dapat memastikan wang berkenaan adalah milik mangsa kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kita belum dapat pastikan video itu ada kaitan dengan kes kehilangan wang di Baturiti dan akan menyiasat terlebih dulu," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshKetchum 27-12-2020 12:50 PM
kutip jangan tak kutip yachh

[youtube]045MczwFCTc[/youtube]
Quote AshKetchum 27-12-2020 12:55 PM
yang ko cerdik sangat bawak duit sebeban kulu kilir dalam beg tu dah kenapa? dah tu takde seal ke apa duit tu bila bukak zip jah terus melayang? tahniah la sebab tak kena rompak yach
Quote lattehazelnut 27-12-2020 01:08 PM
Nak claim insurance kot..
Quote kroit92 27-12-2020 03:40 PM
teringat beberapa tahun lepas, kat highway. tengah drive tiba2 duit kertas biru merah hijau semua terbang

kat highway tu, tak tau la kalau ada orang berhenti sanggup kutip. bahaya
p/s: bukan duit saya, duit tu terbang dari arah depan. kereta depan la tu
Quote Tinot7 27-12-2020 04:04 PM
Org2 yg kutip musti pikiaq, duit turun dari langit
Quote TOPwind 27-12-2020 04:19 PM
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Quote ikanmasin 27-12-2020 04:28 PM
kecuaian sendiri lah ni..nak dpt balik mcm takde harapan jer..
Quote doubleA 27-12-2020 04:28 PM
Macamana pronounce nama fachmi tu? Fahmi atau facmi? C bunyi macam cawan tu ke atau silent? Macam anak dayah bakar achbar tu sebut akbar kan? Confuse pulak ejaan c ni
Quote Itzy 27-12-2020 09:56 PM
Ni kalau kat jepun mesti takde siapa akan sibuk nak kutip kecuali geng2 pelancong tamak kat jepun. Kejadian sama pernah jadi di singapura bila sorang pengurup wang di malaysia jatuh duit time tunggang motosikal di singapura beberapa tahun yang lepas. Rakyat singapura berpusu2 pakat kutip duit tu.aku ingat orang singapore kaya2 belaka, rupanya ramai jugak yang tingtong gelap mata nampak duut ringgit.
Quote ilacantik 27-12-2020 11:30 PM
doubleA replied at 27-12-2020 04:28 PM
Macamana pronounce nama fachmi tu? Fahmi atau facmi? C bunyi macam cawan tu ke atau silent? Macam an ...

Kalau org Indonesia, biasanya silent C sis, jadi sebutannya Fahmi. Sama juga dengan nama Achmad. Kalau anak dayar bakar tu, kena tanya dia sendiri, nama anak dia ejaan mengikut bahasa apa. Kalau ikut bahasa Hebrew, achbar tu maksudnya mouse. Mungkin mak dia nak ejaan lain daripada yg biasa.
Utk tidak OT, tengah zaman2 susah gini, jgn harap lah dapat balik duit tu, kalau kat Indo sekarang, petty crimes makin menjadi2.
Quote doubleA 28-12-2020 09:30 AM
ilacantik replied at 27-12-2020 11:30 PM
Kalau org Indonesia, biasanya silent C sis, jadi sebutannya Fahmi. Sama juga dengan nama Achmad. K ...

Oh aah satu lagi achmad. Banyak indo je eja nama camni kalau kita ahmad je. Tq sis. Tak koser nak tanya dayah bakar hehe dia pun dok panggil anak dia fahri je bior la dia kan

Utk tak ot, umpama duit turun dari langit agaknya yg kutip ni pikir
Quote husna_amal 28-12-2020 01:04 PM
Cuai sangat. Ada anak pun tak boleh harap sangat.
Quote Artemesiaa 28-12-2020 01:41 PM
Dah berterabur macam tu susah ler nak dapatkan balik dah ler sama ramai yang susah sejak dah kurang pelancong datang
Quote tikusmontok 28-12-2020 03:47 PM
Difahamkan, wang berkenaan mahu disimpan di dalam sebuah syarikat iaitu PT Manohara Asri.



suey kot nama tu, disilet-silet

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053975 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top