CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Disihir, Rupa-rupanya Cico Diracun Kawan Sendiri - Uji Rashid

26-12-2020 12:13 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 36770| Komen: 217|Original author: Oleh:

Description: Setelah menyimpan rahsia selama tiga tahun dan tidak mendedahkan penderitaan kepada mana-mana pihak, penyanyi veteran popular, Uji Rashid akhirnya membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah malang ya ...


Setelah menyimpan rahsia selama tiga tahun dan tidak mendedahkan penderitaan kepada mana-mana pihak, penyanyi veteran popular, Uji Rashid akhirnya membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah malang yang ditanggung anaknya, pelakon Cico Harahap.

Uji meluahkan rasa hatinya kepada penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi program Telekung Talk selama satu jam di platform Facebook Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Muhaya semalam.


Kredit Foto - FB Muhaya Momentum via Xtra

Rupa-rupanya, Cico diracun sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu. Akibatnya, kini Cico ada masalah pertuturan, tak mampu membaca dan menulis dengan sempurna.


"Sebenarnya, Cico bukanlah disihir, tetapi diracun rakan-rakannya. Menurut doktor, beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.

"Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini," katanya memetik laporan Xtra.


Kredit Foto - FB Muhayya Momentum via Xtra - Puteri Tunggal Cico, Nur Fitrah

Tambah Uji lagi, Cico rebah sebaik minum minuman itu serta ditinggalkan tanpa bantuan dan sehingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.

"Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu, saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT. 

"Satu hari, Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.

"Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik," katanya lagi.


Kredit Foto - FB Muhayya Momentum via Xtra

Uji memaklumkan, dia mengambil keputusan mendedahkan perkara ini secara terbuka kerana sebelum ini terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus mengenai keadaan anaknya.

Terjawab sudah perkara sebenar yang telah berlaku. Cepat sembuh ya Cico. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fafaaisa 26-12-2020 12:26 PM
Cantik sgt anaknya
Quote najib888 26-12-2020 12:30 PM
"Diracun"? Kawan boh 'dadih' ka?
Quote bedahdavas 26-12-2020 12:31 PM
Kesian  Cico. Knowning Cico pun mmg kaki tutttt, kaki clubing semua tu. Overdose kot. Uji sama mcm arwah azean. Bekap ank gila2. Perangai ank semua elok. Org je yg jahat nk aniaya ank2. Penyudahnya arwah tarak, ank tsadai dlm pnjara indon.
Quote sukacactus 26-12-2020 12:31 PM
Mak dia ada bw jumpa doktor ke dl?
Bkn mak dia je ke yg jaga kat umah dl sebab mak dia yakin kena buatan org kan
Quote ashilalat 26-12-2020 12:43 PM
Uji rashid ni dulu popular sangat2 saing sharifah aini kan. Tp dia ibarat mcm erni vs nabila razali la kot. Sharifah aini tu erni boleh nyanyi dgn  baik. Uji ni nabila razali yg popular gile tp nyanyi gitu2 jah.

Entah mana silapnya rasa Uji ni mcm tak diberi pengiktirafan sewajarnya pulak

Ada anak laki pon, dok susahkan mak. Dah mcm kes arwah azean irdawaty plak uji ni backup anak nya. Mesti ifa raziah sujud syukur dlu x jd kawen dgn cico
Quote weezerfan 26-12-2020 12:46 PM
Edited by weezerfan at 26-12-2020 01:07 PM

Diracun ke didadihkan kawan sendiri?dah tua bangka kot.once bodoh selamanya akan dibodohkan ngan dadah.
Quote Noraniza_Iblis 26-12-2020 12:49 PM
nek uji ni sejak dok pprt..
dh alzheimer ke? ni bkn 1st time sheols cite anak die kene racun..
dlu pun penah die cerita...apooo...

ni cite dlu..
https://murai.my/2017/15602/lehe ... co-selepas-diracun/
Quote Nenasketum 26-12-2020 12:50 PM
Laaaa kenapa Uji kluar rumah pakai telekung? Tanjat boboi
Abah si Chico ni a banker, tapi Uji sebuk kejar kehidupan glamer. Chico ni skolah pun tak abis, tak boleh nak kesian sebab itu perjalanan hidup yang diorang pilih.
Quote becir 26-12-2020 12:50 PM
Cico ni Dari dulu lagi mmg hidup menyusahkan maknya senang ceta
Quote adila39 26-12-2020 12:51 PM
kesiannya... suka biduanita ni masa muda muda... hmm muga Allah mudahkan kehidupan beliau sekeluarga
Quote ashilalat 26-12-2020 12:53 PM
Nenasketum replied at 26-12-2020 12:50 PM
Laaaa kenapa Uji kluar rumah pakai telekung? Tanjat boboi
Abah si Chico ni a banker, tapi Uji sebuk ...

Kau ni pon...dah nama rancangan pon telekung talk. Takkan la nek uji nak pakai baju  mcm ayda jebat yg nampak ketiak, peha, betis, lutut semua tu. Tak selari la dgn tajuk rancangan.
Quote nia_salina 26-12-2020 01:03 PM
bedahdavas: Kesian  Cico. Knowning Cico pun mmg kaki tutttt, kaki clubing semua tu. Overdose kot. Uji sama mcm arwah azean. Bekap ank gila2. Perangai ank semua el ...


i pun rasa o.d sbb o.d mmg boleh buat brain damage smpi lupa bagai
Quote Kerexxx 26-12-2020 01:04 PM
ashilalat replied at 26-12-2020 12:43 PM
Uji rashid ni dulu popular sangat2 saing sharifah aini kan. Tp dia ibarat mcm erni vs nabila razali  ...

Rasanya mcm dct vs misha omar.

Sharifah aina ala2 dct... uji ala2 misha omar sbb suara uji sedap.lg sedap dr dct
Quote sarah82 26-12-2020 01:14 PM
bila baca komen makcik Uji Rashid ni...aku teringat filem cina dulu2 yg racun boleh buat org gila dan sebagainya...mula2 aku ingat tipu saja..rupanya wujud di dunia yg nyata ni...aku nak pi belajar la kat sapa yg mahir bab2 racun sampai buat org jadi gila.

Quote rikuren 26-12-2020 01:22 PM
Noraniza_Iblis replied at 26-12-2020 12:49 PM
nek uji ni sejak dok pprt..
dh alzheimer ke? ni bkn 1st time sheols cite anak die kene racun..
dlu ...

Mungkin orang still kata anak dia disihir kot sebab tu dia cerita lagi sekali dalam live prof muhaya
Quote azimodin 26-12-2020 01:26 PM
Yeye je la racun. Dah report polis ke tidak pasal kena racun tu? Ke OD?
Quote wak_pijah 26-12-2020 01:28 PM
Yg sblh prof muhaya tu sapa, apasal nampak mcm piyu je? Kata pegi tabligh.
Quote Kurex 26-12-2020 01:40 PM
Tp dulu badan cico ni sedap
Quote cupu 26-12-2020 01:40 PM
Cerita nmpak teruk...kemain kena racun bdarah abea muka. Lps tu senyap mcm tu je ke...xreport polis?

Lihat semua komen(217)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061486 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top