CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diparang Jiran Kerana Kerap Keluar Dengan Kakaknya

26-12-2020 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3758| Komen: 18

Tidak tahan menanggung malu kerana kakaknya kerap keluar dengan jirannya, seorang pelajar di Jawa Tengah, Indonesia menghunus parang hingga lelaki itu parah.

Ketua Sub Bahagian Perhubungan Awam Polis Magelang, Abdul Muthohir mengesahkan tangkapan suspek berusia 18 tahun berasal dari Kampung Kwadaran itu.



Gambar hiasan

"Suspek ditahan di rumahnya dan parang digunakan untuk mencederakan mangsa turut ditemui.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, suspek bertindak sedemikian selepas mangsa yang berusia 36 tahun itu kerap membawa kakaknya keluar hingga keluarga mereka malu.

"Suspek ke rumah mangsa pada Ahad dan suspek terus menghunus parang kepada mangsa yang sedang membuka pintu.

"Mangsa sempat melawan dan melarikan diri, namun suspek mengejar dan berjaya menghunus parang pada dada kiri dan bahu kiri mangsa," katanya seperti dilaporkan portal Tribunnews.


Sementara itu Ketua Polis Kajoran, Edy Suryono berkata, mangsa yang parah masih menjalani rawatan di Hospital Tidar Kota Magelang manakala suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Sabit kesalahan, suspek berdepan penjara maksimum lima tahun kerana melakukan penganiayaan hingga mangsa parah.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 26-12-2020 11:19 AM
kalau negara pakistan.mesti kakak nye yang kena bunuh
Quote sarah82 26-12-2020 11:22 AM
Awat pi parang jiran.. Kak dia pun salah juga
Quote MissyMolly 26-12-2020 11:22 AM
Dah suru kawen ke pakai parang melulu jer nih
Quote ikanmasin 26-12-2020 01:14 PM
takde apa2 perbincangan ke trs buat gitu.takde cakap kat kakak tu jg ke..bahaya main hunus parang terus...
Quote makneng 26-12-2020 04:43 PM
kalau jantan yg jenis angkut tino kulu kilir tak ada rasa nak kawen mmg elok diparangkan. tp konfem ke hok jate tak nak kawen dgn tino tu? mcm tak habis cerita je sinetron ni..
Quote exclusive_vvip 26-12-2020 05:06 PM
Edited by exclusive_vvip at 26-12-2020 05:09 PM

korang yg dok tertanya2 takde bincang ke apa,berita x lengkap lah apa..tak reti try search berita lanjut versi indon pulak ke? masuk je la keyword berkaitan n search news..dalam versi indon,jantan tu dah berbini..agaknya dah nasihat kakak tu pun x dengar..pastu jantan tu pulak kot ada cakap yg menyakitkan hati family ni ke..takpun family ni teruk dikutuk oleh jiran tetangga sbb anak pompuan diusung saban waktu oleh laki orang..sampai si adik jadi tertekan..btw, I tak sokong ye perbuatan mengamuk2 ni..
Quote TomyamPuteh 26-12-2020 06:23 PM
Msti jantan ni jnis sengkek. Xde duit nk kawin.
Quote tikusmontok 26-12-2020 06:29 PM
Dah kakak kau garit jugak
Quote tikusmontok 26-12-2020 06:31 PM
exclusive_vvip replied at 26-12-2020 05:06 PM
korang yg dok tertanya2 takde bincang ke apa,berita x lengkap lah apa..tak reti try search berita la ...

Buang masa nak cari news bagai psl indon ngan bodo berpisah tiada
Quote NekNgah 26-12-2020 08:54 PM
Kenapa budak umur 18 tahun yang berjumpa lelaki tu.  Orang muda darah panas menggelegak.  Sepatutnya orang yang lebih tua handle perkara macam ni.
Quote BoongaKertas 26-12-2020 10:47 PM
Pelik2 jer kes depa ni
Quote Tinot7 27-12-2020 02:45 PM
Apecer kakaknya?
Quote binipopeye 28-12-2020 07:02 AM
kakak bole sambung dating.. si adik meringkuk dlm jailed... nasib baik bf parah jer kalo mati mau adik ke tali gantung... kakak dh berair nk kawin tp dpt plak bf laki org.. mampu ke tak tu nk bela... tabur benih confirm jer mampu tuh...   
Quote husna_amal 28-12-2020 12:24 PM
Nasib lah mangsa tak mati, tak pasal2 hukuman lagi berat kena.
Quote Artemesiaa 28-12-2020 12:30 PM
Bila dah terlampau marah apa pun orang berani lakukan.  Dah tak tahan mungkin satu kg membawang pasal kakaknya tu
Quote kroit92 28-12-2020 02:21 PM
Artemesiaa replied at 28-12-2020 12:30 PM
Bila dah terlampau marah apa pun orang berani lakukan.  Dah tak tahan mungkin satu kg membawang pasa ...

dalam perspektif lain,

maybe mak ayahnya kat rumah pegang kepala, malam2 menangis dicerca, dihina, dipulaukan orang kampung ke,
menangis anak daranya dah besar jadi perangai lagu tu. dinasihat tak dengar,
anak lakinya pula kesian tengok mak bapak nye sedih macam tu.. hari2 telan panadol,
ah sudah, bapaknya dah letak tuala basah kat katil, menangis sampai demam (sinetron maximum)

dek kerana sedih bercampur baur dengan perasaan marah dan kecewa terhadap kakaknya,
si ayah, mak dan juga anak lelakinya dah nasihat mereka berdua supaya hentikan hubungan mereka,
tetapi tidak diendahkan.  

apalah yang remaja berumur 18 tahun boleh buat terhadap lelaki dewasa yang telah pun menapak di dunia..
darahnya panas, mentalnya terbatas, emosinya bagaikan ribut..
telinganya hanya dapat menangkap suara ibu dan ayah menangis saban hari..

syaitan pun berbisik..
Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:45 PM
mai ai...dasyat

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.081354 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top