Setelah menyimpan rahsia selama tiga tahun dan tidak mendedahkan penderitaan kepada mana-mana pihak, penyanyi veteran popular, Uji Rashid akhirnya membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah malang yang ditanggung anaknya, pelakon Cico Harahap. Uji meluahkan rasa hatinya kepada penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi program Telekung Talk selama satu jam di platform Facebook Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Muhaya semalam. Rupa-rupanya, Cico diracun sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu. Akibatnya, kini Cico ada masalah pertuturan, tak mampu membaca dan menulis dengan sempurna.
"Sebenarnya, Cico bukanlah disihir, tetapi diracun rakan-rakannya. Menurut doktor, beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya. "Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini," katanya memetik laporan Xtra. Tambah Uji lagi, Cico rebah sebaik minum minuman itu serta ditinggalkan tanpa bantuan dan sehingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah. "Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu, saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT. "Satu hari, Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee. "Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik," katanya lagi. Uji memaklumkan, dia mengambil keputusan mendedahkan perkara ini secara terbuka kerana sebelum ini terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus mengenai keadaan anaknya. Terjawab sudah perkara sebenar yang telah berlaku. Cepat sembuh ya Cico. - CARI
|
Nenasketum replied at 26-12-2020 12:50 PM
Laaaa kenapa Uji kluar rumah pakai telekung? Tanjat boboi
Abah si Chico ni a banker, tapi Uji sebuk ...
bedahdavas: Kesian Cico. Knowning Cico pun mmg kaki tutttt, kaki clubing semua tu. Overdose kot. Uji sama mcm arwah azean. Bekap ank gila2. Perangai ank semua el ...
ashilalat replied at 26-12-2020 12:43 PM
Uji rashid ni dulu popular sangat2 saing sharifah aini kan. Tp dia ibarat mcm erni vs nabila razali ...
Noraniza_Iblis replied at 26-12-2020 12:49 PM
nek uji ni sejak dok pprt..
dh alzheimer ke? ni bkn 1st time sheols cite anak die kene racun..
dlu ...
ADVERTISEMENT